Isnin, 30 Julai 2018

REPUTASI


REPUTASI

Komunikasi korporat didefinisikan sebagai hubungan perniagaan dan reputasi syarikat dengan pihak berkepentingan utama dari sudut dalaman dan luaran. Komunikasi korporat adalah satu disiplin pengurusan yang mendalam disamping disiplin pengurusan yang lain seperti sumber manusia, kewangan dan pemasaran. Pembentukan organisasi yang mantap sangat berkait rapat dengan komunikasi korporat yang wujud dalam sesebuah organisasi melalui elemen pembentukan imej, pengurusan indentiti dan reputasi. Reputasi merujuk kepada kumpulan tanggapan masyarakat awam terhadap penonjolan yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Reputasi merupakan aset penting dan wajib dimiliki oleh organisasi untuk membuktikan kualiti serta menjadi penanda aras kepada keberkesanan dan pencapaian sesebuah organisasi tersebut.Menurut pakar yang dikenali sebagai sebagai Cornelissen (2008) reputasi boleh ditakrifkan sebagai sebuah perwakilan subjek kolektif berkaitan imej masa lampau organisasi berdasarkan komunikasi atau pengalaman yang lepas yang terbentuk dari masa ke semasa.

Menurut kajian Trimanah (2012) reputasi merujuk kepada konsep yang penting bagi organisasi atau syarikat perusahaan di dunia. Dalam era komunikasi yang serba moden dan canggih ini, reputasi menjadi salah satu faktor penentu dalam usaha untuk meningkatkan dan mempertahankan kewujudan organisasi. Oleh yang demikian, reputasi perlu dikelola dengan baik dengan menciptakan komunikasi yang bernas,tepat dan strategik. Reputasi tidak sama dengan imej atau indentitikorporat yang mana ianya melibatkan satu proses membangun, mempertahankan dan meningkatkan reputasi dalam jangka masa yang panjang dan ianya dianggap mampan dan stabil.Reputasi korporat menjadi keutamaan bagi sesebuah pembangunan industri manakalan menurut kamus dewan edisi keempat reputasi adalah merujuk kepada nama baik. Reputasi korporat didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi dan keuntungan korporat. Reputasi merupakan penilaian terhadap sebuah organisasi terutama berkaitan produk yang ada didalamnya melalui faktor kepercayaan dari khalayak atau orang ramai. Melalui proses pengambilan keputusan khalayak, maka reputasi menjadi komponen yang sangat dinilai dan dipertimbangkan.

Reputasi korporat yang baik memiliki kelebihan dari sudut pekerja bermotivasi untuk bekerja keras dan menikmati serta mempunyai kepuasan kerja yang tinggi. Selain itu para pelanggan juga akan berkeyakinan dengan pembelian produk dan perkhidmatan syarikat dan para pelabur tertarik untuk membuat pelaburan yang lebih kepada syarikat tersebut. Ini akan membawa kepada kos modal yang tinggi kepada syarikat dan meningkatkan dan menyebabkan penganalisis kewangan memberikan liputan danc adangan yang baik kepada syarikat. Dengan prestasi syarikat atau organisai yang baik akan meningkatkan keupayaan syarikat dan para wartawan media juga bersedia memberikan liputan berita-berita positif berkaitan syarikat atau organisasi tersebut disebarkan secara meluas dan membawa kepada keuntungan organisasi. Reputasi korporat berkembang dari masa kesemasa hasil daripada prestasi yang konsisten, dan dikukuhkan dengan komunikasi yang efektif. Selaras dengan peredaran zaman, pengurusan reputasi memerlukan ketelusan, kepercayaan dan kebolehlihatan kepada kumpulan-kumpulan berkepentingan dalam sesebuah organisasi yang terbahagi kepada dua iaitu pihak berkepentingan dalaman seperti pemegang saham, ahli lembaga pengarah dan pekerja serta pihak berkepentingan luaran yang terdiri daripada pelanggan, pembekal, pembuat undang-undang dan para media.Menurut Fombrun dan Van Riel (2004) reputasi korporat membantu sesebuah syarikat atau organisasi dalam melahirkan keupayaan tersendiri dan saling berdaya saing dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kompleks.


KOSMETIK  MENGANDUNGI  RACUN  BERJADUAL


Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd ditubuhkan pada 01hb Disember 2006 secara kecil-kecilan dan telah melayarkan bantera perniagaanya menjadi Syarikat Korporat yang secara meluas pada 01hb Mei 2008. Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd terletak di negeri perak dan beralamat di Wisma Vida Beauty, C-G-5 Greentown Suria,Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Perak. Syarikat ini beroperasi bermula pada jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari isnin hingga Sabtu.(Empayar:2018). Pengasas syarikat ini ialah Datuk Seri Dr Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Dr Vida iaitu seorang usahawan dan jutawan selebriti berjaya di Malaysia.Beliau dilahirkan di negeri Kelantan dan telah berkecimpung dalam dunia perniagaan kosmetik hampir 16 tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Pendidikan dan Perniagaan di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.Seterusnya melanjutkan pelajaran hingga peringkat  PHD jurusan Biologi di Universiti Charles Molnar, Hungary. Visi Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd adalah mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran dengan pakej lengkap beserta produk yang berkualiti dan yang terbaik dan misi Syarikat tersebut pula adalah menjadi ikon kecantikan dan sumber inspirasi kepada semua lapisan umur terutamanya wanita yang menginginkan kejayaan di dalam dunia perniagaan. Moto Syarikat ini ialah Vida Beauty sentiasa mengutamakan keperluan dan kehendak pelanggan mengikut keadaan semasa. Slogan syarikat pula adalah “Kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki" dan "Vida Beauty melengkapi dunia kecantikanmu"
  
Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd mempunyai tiga puluh lapan (38) cawangan di beberapa negeri dalam Malaysia iaitu Perak, Kelantan, Pulau Pinang, Terangganu, Kedah dan Kuala Lumpur. Vida Beauty mempunyai tenaga pekerja seramai satu ratus dua puluh (120) orang yang berkelulusan dan berdaya kental dalam membantu meningkatkan operasi dan sasaran yang diaturkan oleh pihak pengurusan syarikat.Mereka terdiri daripada pengurus,pemasrana,pembungkusan sehingga ke peringkat penjualan. Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengeluar produk-produk kesihatan dan kecantikan. Antara produk keluaran Vida Beauty yang terkenal ialah Pamoga,Vida Beauty Pamoga 6, Vida Beauty Pamoga Cream,Vida Beauty Vitalia,Vida Beauty Ginger SPA,Qu Puteh Million Cell,Qu Puteh Collagen,Qu Puteh Kosmetik,Qu Puteh Serum,Supra Qu Puteh,Qu Puteh Mineral lipstick Stemcell,Qu Puteh. Menurut pakar yang dikenali sebagai Regester dan Larkin (2002) isu ditakrifkan sebagai satu keadaan atau peristiwa sama ada dalaman atau luaran organisasi yang mana jika ia berterusan akan mengakibatkan kesan yang signifikan terhadap fungsi dan prestasi organisasi terhadap kepentingnya pada masa akan datant. Dalam tugasan saya ini, isu yang saya dapati bagi Syarikat Vida Beuty Sdn Bhd, adalah kosmetik yang dipasarkan didapati mengandungi racun berjadual sebagaimana yang dipetik dari laporan berita Mstar bertarikh 27 Mei 2017.


‘Qu Gebu AP’ Krim yang merupakan salah satu produk yang paling laris milik jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai Dr Vida, telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas alasan keselamatan pada tahun 2017 kerana didapati mengandungi racun berjadual. FBHQP (2016) menyatakan diawal pemasaran produk ‘Qu Gebu AP Krim pada tahun 2016 ianya dijual dengan harga RM 32.00 untuk satu produk dan hanya dijual di farmasi yang terpilih.Walaubagaimanpun KKM telah mengumumkan produk Qu Gebu AP Krim sebagai salah satu diantara tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual pada sidang berita yang diadakan pada 27 Mei 2017 selain daripada produk Night Glowing, Night Glow, Glowing Speed Gold Day Cream dan Glowing Speed Gold.Menurut berita Mynewshub (2017) Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, racun-racun berjadual yang dikesan di dalam produk-produk berkenaan adalah merkuri, hydroquinone dan tretinoin.Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.Malahan ia juga didapati boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.Ketua Pengarah KKM juga berkata “Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” jelasnya. Produk kosmetik yang dicampur dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.


Oleh yang demikian Kementerian Kesihatan Malaysia menegaskan, penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta kerana penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Menurutnya lagi “Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Ketua Pengarah tersebut juga menegaskan bahawa Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. Produk yang tersenai lagi tidak dibenarkan diimport,dikilang,diedar dandijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.Berhubung perkara tersebut juga, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menasihatkan orang ramai yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik itu untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Intihanya, para pengguna atau pengemar peralatan kosmetik dan orang ramai adalah perlu untuk menyemak status notifikasi sesuatu barangan atau produk kecantikan yang ingin dibeli atau digunakan. Orang awam  mestilah mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik yang tersenarai sebagai berbahaya dan mengandungi racun dan bahan kimia yang terlarang kerana ianya membawa kepada kemudaratan dan kesan yang berpanjangan terhadap sistem badan manusia. Pihak Kerajaan dibawah kelolaan Kementerian kesihatan Malaysia telah menyediakan kemudahan laman sesawang rasmi untuk dilayarai iaitu  National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) untuk memudahkan pengguna mengetahui dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan produk-produk kecantikan yang sedang berlumba-lumba dipasaran pada masa kini. Oleh itu setiap individu perlu peka dan mengambil tanggungjawab dalam membeli barangan dipasaran dan berhati-hati serta perlu memiliki sifat was-was dalam diri untuk kesihatan dan sebagai langkah berjaga-jaga demi kesejahteraan sejagat.



Khamis, 19 Julai 2018

WHATSAPP SEBAGAI MEDIUM PERANTARA DI DALAM ORGANISASI


WHATSAPP SEBAGAI MEDIUM PERANTARA DI DALAM ORGANISASI

1)         SUDUT PEMBERI ARAHAN

            Penggunaan Whatsapp dalam kategori ini diklasifikasikan sebagai saluran arahan penghantaran maklumat daripada golongan atasan atau eksekutif yang mengandungi fakta melalui ciri-ciri mesej yang jelas,selaras dan relevan.Bentuk Whatsapp yang dihantar perlu menggunakan bahasa penulisan yang formal dan penghantaran agihan tugasan ditujukan beserta dengan nama dan masa 'date line'. Pemakluman ini bertujuan memudahkan individu melaksankan arahah-arahan tersebut berlandaskan maklumat yang tepat dan difahami. Sebagai contoh seorang pengurus Syarikat memberi arahan "kepada Encik Firdaus Fikri dari Bahagian Promosi, dipohon untuk menyediakan salinan dokumen risalah reka bentuk pembungkusan barang ATO Z,seterusnya dihantar kepada saya pada tanggal 12 Disember 2018, iaitu pada esok hari jam 5.00 petang".Dalam bentuk arahan tersebut, walaupun terdapat ramai ahli membacanya namun jelas menunjukkan kepada si penama. Malahan kaedah ini dilihat mempunyai kelebihanya iaitu ahli-ahli lain dapat membantu mengingatkan Encik Firdaus Fikri berkaitan 'Whatsapp' tugasan tersebut supaya tugasan diselesaikan segera dan tidak dilupakan atau tertangguh.Selain itu,tindakan susulan bagi arahan melalui 'Group Whatsapp' tersebut juga perlu diambil iaitu pengurusan mengeluarkan memo arahan sebagai tanda arahan rasmi organisasi kepada pekerja.Tidak dinafikan bentuk arahan-arahan Whatsapp adakalanya tidak menepati masa dan tidak bersesuaian contohnya  berlaku semasa pekerja sedang bercuti, atau arahan dihantar selepas waktu berkerja namun pihak atasan perlu mempunyai 'skill' komunikasi atau kebolehan' mengarah dan menyelaras kumpulan agar ahli-ahlinya memberi sumbangan yang paling maksimum dan tidak menimbulkan konflik. Selain itu, para pekerja pula mestilah meletakkan nilai keutamaan kepada pembangunan dan matlamat syarikat atau organisasi dari sudut ekonominya serta memiliki kualiti keperibadian yang tinggi


2)         KOMUNIKASI

            Komunikasi di dalam penggunaan Kumpulan Whatsapp adalah proses transaksi maklumat melalui alam maya. Penyebaran maklumat tersebut adalah menggunakan talian internet yang terdapat dalam telefon pintar yang mengandungi adroid dan lain-lain.Fungsi nya pula dilihat sebagai pemudah cara diantara semua ahli dan memerlukan susunan perkataan atau mesej difahami oleh ahli-ahlinya. Walaubagaimanapun,individu atau ahli perlu mempunyai gaya komunikasi yang sesuai mengendalikan proses transaksi maklumat untuk mengelakkan penyaluran pelbagai maklumat yang tidak bersesuaian dengan 'Group' contohnya teks mesej dan berita palsu serta video dan gambar-gambar yang tiada kaitan dengan ahli dan sebagainya. Melalui penghantaran whatsapp seperti video,mesej, gambar-gambar contohnya berkaitan tips-tips Pengeluaran Produk yang efisen berkaitan kepakaran dalam setiap unit atau bahagian dan percambahan ilmu kepada semua ahli dan berkongsi idea sekaligus menambahkan kemahiran dalam organisasi masing-masing dan meningkatkan kualiti dan imej produk dan perkhidmatan dalam organisasi.


3)         ASPEK PERBINCANGAN 

            Perbincangan yang efektif membawa kepada keputusan yang cemerlang dan mecapai amtlamatnya. Ciri-ciri perbincangan yang jelas adalah dinilai melalui gaya toleransi,tindakbalas ataupun penyertaan dalam pasukan Whatsapp. Selain itu penyampai idea perlu memiliki lebih banyak maklumat untuk diketengahkan kepada kumpulan. Selain itu terdapat juga pasukan Whatsapp yang ahlinya terdiri daripada golongan eksekutif atau ketua-ketua Bahagian sahaja dalam organisasi. Kaedah Perbincangan pula lebih formal dan berorientasikan perilaku rasmi dan perlu mengandungi ilmu,maklumat dan naskah yang menarik, mencukupi serta relevan untuk meningkatkan penyertaan ahli dan mengelakkan pembaziran masa dalam perbincangan kumpulan. Ianya dilihat memfokuskan kepada pencapaian prestasi dan matlamat syarikat contohnya Ketua Bahagian Penyelidikan Sistem Maklumat Pemasaran Syarikat  memaklumkan berkaitan keperluan pelaksanaan Penyelidikan dan Pembangunan Pemasaran kepada Group Eksekutif. Perbincangan pasukan ini akan menjurus kepada formal membawa dan melibatkan penyelarasan maklumat yang pelbagai seperti konsep pemasaran, sampel, saiz, prosedur persampelan,pelan,alat mekanikal,kos dan sebagainya.Kualiti dan kuantiti menjadi ukuran dalam meningkatkan kualiti dan seterusnya melebarkan  pasaran jualan produk organisasi ke peringkat global. Perbincangan mampu membuat semua ahli boleh membuat analisis,memperincikan serta membuat penilaian ataupun menerima pendapat dan jalinan idea daripada orang di dalam group whatsapp tersebut. Kaedah ini juga mampu memujuk,memberitahu dan memupuk hubungan usahasama di kalangan ahli. Perbincangan melibatkan semua ahlinya tanpa mengira ras dan kedudukan samaada dalam bentuk .Semua ahli bebas menyumbangkan idea-idea tanpa ada sebarang prejudis.Contohnya 


         


Rabu, 18 Julai 2018

PASUKAN WHATSAPP DALAM ORGANISASI


KATEGORI WHATSAPP DI DALAM ORGANISASI.

a) ‘Group Whatsapp’ rasmi

Penubuhan Group Rasmi Whatsapp Organisasi dijelaskan sebagai satu rangkaian berhubungan virtual mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan organisasi serta disokong kewujudnya oleh semua orang. Maklumat atau tugasan yang diarahkan melalui Whatsapap rasmi juga disalurkan pada waktu kerja. Penghantaran arahan tugasan selepas waktu berkerja,sakit atau bercuti juga berlaku namun ianya dilihat  atau maklumbalas berkaitan kerja-kerja yang dilaksanakan.Golongan atasan juga sebagai peringatan bersama untuk dilaksanakan mengikut prosedur kerja semasa telah bersedia atau bertugas semula berlandaskan struktur kerja yang ditetapkan bawah dan ke atas dimana golongan pekerja bawahan boleh menyampaikan pendapat organisasi.Bentuk komunikasi ’Group Whatsapp Rasmi’ mengamalkan komunikasi ke bos bertujuan sebagai medan untuk menyampaikan amanat pengurusan kepada anak dapat memberitahu dan menyampaikan maklumat kepada semua kakitangan berkaitan dasar,prosedur,norma atau prestasi organisasi dalam memastikan matlamat dan objektif. Kumpulan Whatsapp rasmi organisasi kebiasanya dicipta oleh majikan atau sesebuah organisasi.Manakala ahli-ahli di dalam Group Whatsapp rasmi merangkumi buah mereka. Semua ahli dalam group Whatsapp rasmi biasanya mempunyai ciri-ciri gaya percakapan yang profesional dengan gaya tatabahasa dan penulisan yang organisasi biasanya terdiri daripada semua unit atau bahagian yang ada di dalam betul dan sistematik dan terkawal. Penubuhan ’Group Whatsapp rasmi’ sesebuah diarahkan. Para majikan juga akan menyalurkan pelbagai maklumat di dalam golongan pekerja bawahan sehingga ke peringkat pengurusan tertinggi organisasi dari pelbagai unit mahupun bahagian. Perkara-perkara yang disalurkan atau  akan menamakan pekerja yang di kehendaki untuk menyelesaikan tugasan yang dihantar ke dalam group ini diterima oleh semua orang, maka biasanya majikan berfungsi dengan bebas, kreatif, berkeyakinan dan penuh dedikasi Whatsapp Group rasmi seperti pengetahuan teknologi, latihan kerja, kewangan dan sebagainya dalam usaha menyusun strategi ke arah kecekapan dan keberkesanan pengurusan. Organisasi membekalkan maklumat kepada pekerja supaya dapat

b) ‘Group Whatsapp’ Tidak Formal

Kumpulan whatsapp tidak formal lahir sebagai saluran komunikasi atas talian yang tidak terikat dengan sebarang etika dalam menyampaikan sebarang informasi dan berkonsepkan saluran maklumat yang pelbagai. Kumpulan Whatsapp tidak formal memperlihatkan setiap ahli pasukan dapat berkomunikasi diantara satu dengan yang lain bercirikan gaya bahasa dan penulisan bebas yang senang difahami,fleksibel dan juga tidak di kawal oleh pengurusan atau majikan. Whatsapp tidak formal didalam sentiasa berubah-ubah.Transaksi rangkaian penghantaran idea, mesej atau maklumat sesebuah organisasi diitubuhkan oleh mana-mana individu untuk tujuan berkongsi ingin di sebarkan. Bentuk Komunikasi tidak formal berlaku secara tidak sengaja pelbagai maklumat-maklumat terkini samaada berkaitan organisasi atau tidak kepada semua ahli. Semua ahli boleh menyalurkan apa sahaja bentuk maklumat yang dan tidak dijangka akan berlaku yang mana penyampaian info-info semasa akan lawak dan tempat makan dan perbualan akan bertambah rancak apabila musim berlaku diantara pekerja dengan rakan sekerja. perbicangan lebih santai dan terus (direct). Sebab semua kawan-kawan dan tiada had formal dalam perbualan. Contohnya kakitangan syarikat akan berkongsi pengalaman peribadi, cerita-cerita perayaan pula ada di kalangan ahli yang berjual beli dan membuat promosi barangan masing-masing di dalam group tidak formal.

c) Pasukan whatsapp bercampur-campur

Whatsapp bercampur-campur bermaksud semua pihak berhak untuk menyebarkan,berkongsi dan menerima maklumat yang mengabungkan perbincangan formal dan tidak formal di bercampur-campur terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan tidak dalam sesebuah organisasi. Keahlian di dalam Group Whatsapp membataskan had umur,dan jantina. Malahan ahli-ahli di dalam group ini juga  mendapatkan ahli luar daripada organisasi untuk memberikan maklumat berkaitan terdiri dari pelbagai lapisan hierarki dan ‘admin’ juga dibenarkan untuk jenis-jenis perbincangan di dalam ‘group’.Kategori penyebaran dan penghantaran maklumat yang ingin dikongsi.sehingga kepada contohnya golongan lelaki akan mesej atau maklumat juga bercampur-campur daripada pelbagai jenis urusan termasuk kerja, beriadah, keluarga dan sebaginya. Semua ahli bebas menyampaikan membuat perkongsian gambar,video dan idea berkaitan sukan yang diminati berkaitan bola dan badminton dan berlaku percambahan idea. Malahan pengurusan contohnya Group Whatsapp Bola Sepak, badminton dan lain-lain. Semua golongan akan mengambil bahagian untuk bersoal jawab berkaitan apa yang disebarkan juga akan bersama-sama memberi pandangan walaupun ianya tidak berkaitan dengan faham,kebocoran maklumat syarikat dan sebagainya. tugasan-tugsan sebenar di dalam organisasi. Adakalanya semua golongan juga akan bercerita berkaitan kerja di dalam group ini secara santai dan tidak terbatas dan dihalang oleh prosedur organisasi. Namun, group whatsapp jenis ini akan berhati-hati menyebarkan maklumat untuk mengelakkan berlaku salah.



Pembangunan kerjaya dalam organisasi

Bagaimana berlaku pembangunan kerjaya dalam organisasi?      T erdapat tiga faktor utama berlakunya pembangunan kerjaya yang mana ianya me...