Khamis, 19 Julai 2018

WHATSAPP SEBAGAI MEDIUM PERANTARA DI DALAM ORGANISASI


WHATSAPP SEBAGAI MEDIUM PERANTARA DI DALAM ORGANISASI

1)         SUDUT PEMBERI ARAHAN

            Penggunaan Whatsapp dalam kategori ini diklasifikasikan sebagai saluran arahan penghantaran maklumat daripada golongan atasan atau eksekutif yang mengandungi fakta melalui ciri-ciri mesej yang jelas,selaras dan relevan.Bentuk Whatsapp yang dihantar perlu menggunakan bahasa penulisan yang formal dan penghantaran agihan tugasan ditujukan beserta dengan nama dan masa 'date line'. Pemakluman ini bertujuan memudahkan individu melaksankan arahah-arahan tersebut berlandaskan maklumat yang tepat dan difahami. Sebagai contoh seorang pengurus Syarikat memberi arahan "kepada Encik Firdaus Fikri dari Bahagian Promosi, dipohon untuk menyediakan salinan dokumen risalah reka bentuk pembungkusan barang ATO Z,seterusnya dihantar kepada saya pada tanggal 12 Disember 2018, iaitu pada esok hari jam 5.00 petang".Dalam bentuk arahan tersebut, walaupun terdapat ramai ahli membacanya namun jelas menunjukkan kepada si penama. Malahan kaedah ini dilihat mempunyai kelebihanya iaitu ahli-ahli lain dapat membantu mengingatkan Encik Firdaus Fikri berkaitan 'Whatsapp' tugasan tersebut supaya tugasan diselesaikan segera dan tidak dilupakan atau tertangguh.Selain itu,tindakan susulan bagi arahan melalui 'Group Whatsapp' tersebut juga perlu diambil iaitu pengurusan mengeluarkan memo arahan sebagai tanda arahan rasmi organisasi kepada pekerja.Tidak dinafikan bentuk arahan-arahan Whatsapp adakalanya tidak menepati masa dan tidak bersesuaian contohnya  berlaku semasa pekerja sedang bercuti, atau arahan dihantar selepas waktu berkerja namun pihak atasan perlu mempunyai 'skill' komunikasi atau kebolehan' mengarah dan menyelaras kumpulan agar ahli-ahlinya memberi sumbangan yang paling maksimum dan tidak menimbulkan konflik. Selain itu, para pekerja pula mestilah meletakkan nilai keutamaan kepada pembangunan dan matlamat syarikat atau organisasi dari sudut ekonominya serta memiliki kualiti keperibadian yang tinggi


2)         KOMUNIKASI

            Komunikasi di dalam penggunaan Kumpulan Whatsapp adalah proses transaksi maklumat melalui alam maya. Penyebaran maklumat tersebut adalah menggunakan talian internet yang terdapat dalam telefon pintar yang mengandungi adroid dan lain-lain.Fungsi nya pula dilihat sebagai pemudah cara diantara semua ahli dan memerlukan susunan perkataan atau mesej difahami oleh ahli-ahlinya. Walaubagaimanapun,individu atau ahli perlu mempunyai gaya komunikasi yang sesuai mengendalikan proses transaksi maklumat untuk mengelakkan penyaluran pelbagai maklumat yang tidak bersesuaian dengan 'Group' contohnya teks mesej dan berita palsu serta video dan gambar-gambar yang tiada kaitan dengan ahli dan sebagainya. Melalui penghantaran whatsapp seperti video,mesej, gambar-gambar contohnya berkaitan tips-tips Pengeluaran Produk yang efisen berkaitan kepakaran dalam setiap unit atau bahagian dan percambahan ilmu kepada semua ahli dan berkongsi idea sekaligus menambahkan kemahiran dalam organisasi masing-masing dan meningkatkan kualiti dan imej produk dan perkhidmatan dalam organisasi.


3)         ASPEK PERBINCANGAN 

            Perbincangan yang efektif membawa kepada keputusan yang cemerlang dan mecapai amtlamatnya. Ciri-ciri perbincangan yang jelas adalah dinilai melalui gaya toleransi,tindakbalas ataupun penyertaan dalam pasukan Whatsapp. Selain itu penyampai idea perlu memiliki lebih banyak maklumat untuk diketengahkan kepada kumpulan. Selain itu terdapat juga pasukan Whatsapp yang ahlinya terdiri daripada golongan eksekutif atau ketua-ketua Bahagian sahaja dalam organisasi. Kaedah Perbincangan pula lebih formal dan berorientasikan perilaku rasmi dan perlu mengandungi ilmu,maklumat dan naskah yang menarik, mencukupi serta relevan untuk meningkatkan penyertaan ahli dan mengelakkan pembaziran masa dalam perbincangan kumpulan. Ianya dilihat memfokuskan kepada pencapaian prestasi dan matlamat syarikat contohnya Ketua Bahagian Penyelidikan Sistem Maklumat Pemasaran Syarikat  memaklumkan berkaitan keperluan pelaksanaan Penyelidikan dan Pembangunan Pemasaran kepada Group Eksekutif. Perbincangan pasukan ini akan menjurus kepada formal membawa dan melibatkan penyelarasan maklumat yang pelbagai seperti konsep pemasaran, sampel, saiz, prosedur persampelan,pelan,alat mekanikal,kos dan sebagainya.Kualiti dan kuantiti menjadi ukuran dalam meningkatkan kualiti dan seterusnya melebarkan  pasaran jualan produk organisasi ke peringkat global. Perbincangan mampu membuat semua ahli boleh membuat analisis,memperincikan serta membuat penilaian ataupun menerima pendapat dan jalinan idea daripada orang di dalam group whatsapp tersebut. Kaedah ini juga mampu memujuk,memberitahu dan memupuk hubungan usahasama di kalangan ahli. Perbincangan melibatkan semua ahlinya tanpa mengira ras dan kedudukan samaada dalam bentuk .Semua ahli bebas menyumbangkan idea-idea tanpa ada sebarang prejudis.Contohnya 


         


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pembangunan kerjaya dalam organisasi

Bagaimana berlaku pembangunan kerjaya dalam organisasi?      T erdapat tiga faktor utama berlakunya pembangunan kerjaya yang mana ianya me...