Isnin, 30 Julai 2018

REPUTASI


REPUTASI

Komunikasi korporat didefinisikan sebagai hubungan perniagaan dan reputasi syarikat dengan pihak berkepentingan utama dari sudut dalaman dan luaran. Komunikasi korporat adalah satu disiplin pengurusan yang mendalam disamping disiplin pengurusan yang lain seperti sumber manusia, kewangan dan pemasaran. Pembentukan organisasi yang mantap sangat berkait rapat dengan komunikasi korporat yang wujud dalam sesebuah organisasi melalui elemen pembentukan imej, pengurusan indentiti dan reputasi. Reputasi merujuk kepada kumpulan tanggapan masyarakat awam terhadap penonjolan yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Reputasi merupakan aset penting dan wajib dimiliki oleh organisasi untuk membuktikan kualiti serta menjadi penanda aras kepada keberkesanan dan pencapaian sesebuah organisasi tersebut.Menurut pakar yang dikenali sebagai sebagai Cornelissen (2008) reputasi boleh ditakrifkan sebagai sebuah perwakilan subjek kolektif berkaitan imej masa lampau organisasi berdasarkan komunikasi atau pengalaman yang lepas yang terbentuk dari masa ke semasa.

Menurut kajian Trimanah (2012) reputasi merujuk kepada konsep yang penting bagi organisasi atau syarikat perusahaan di dunia. Dalam era komunikasi yang serba moden dan canggih ini, reputasi menjadi salah satu faktor penentu dalam usaha untuk meningkatkan dan mempertahankan kewujudan organisasi. Oleh yang demikian, reputasi perlu dikelola dengan baik dengan menciptakan komunikasi yang bernas,tepat dan strategik. Reputasi tidak sama dengan imej atau indentitikorporat yang mana ianya melibatkan satu proses membangun, mempertahankan dan meningkatkan reputasi dalam jangka masa yang panjang dan ianya dianggap mampan dan stabil.Reputasi korporat menjadi keutamaan bagi sesebuah pembangunan industri manakalan menurut kamus dewan edisi keempat reputasi adalah merujuk kepada nama baik. Reputasi korporat didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi dan keuntungan korporat. Reputasi merupakan penilaian terhadap sebuah organisasi terutama berkaitan produk yang ada didalamnya melalui faktor kepercayaan dari khalayak atau orang ramai. Melalui proses pengambilan keputusan khalayak, maka reputasi menjadi komponen yang sangat dinilai dan dipertimbangkan.

Reputasi korporat yang baik memiliki kelebihan dari sudut pekerja bermotivasi untuk bekerja keras dan menikmati serta mempunyai kepuasan kerja yang tinggi. Selain itu para pelanggan juga akan berkeyakinan dengan pembelian produk dan perkhidmatan syarikat dan para pelabur tertarik untuk membuat pelaburan yang lebih kepada syarikat tersebut. Ini akan membawa kepada kos modal yang tinggi kepada syarikat dan meningkatkan dan menyebabkan penganalisis kewangan memberikan liputan danc adangan yang baik kepada syarikat. Dengan prestasi syarikat atau organisai yang baik akan meningkatkan keupayaan syarikat dan para wartawan media juga bersedia memberikan liputan berita-berita positif berkaitan syarikat atau organisasi tersebut disebarkan secara meluas dan membawa kepada keuntungan organisasi. Reputasi korporat berkembang dari masa kesemasa hasil daripada prestasi yang konsisten, dan dikukuhkan dengan komunikasi yang efektif. Selaras dengan peredaran zaman, pengurusan reputasi memerlukan ketelusan, kepercayaan dan kebolehlihatan kepada kumpulan-kumpulan berkepentingan dalam sesebuah organisasi yang terbahagi kepada dua iaitu pihak berkepentingan dalaman seperti pemegang saham, ahli lembaga pengarah dan pekerja serta pihak berkepentingan luaran yang terdiri daripada pelanggan, pembekal, pembuat undang-undang dan para media.Menurut Fombrun dan Van Riel (2004) reputasi korporat membantu sesebuah syarikat atau organisasi dalam melahirkan keupayaan tersendiri dan saling berdaya saing dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kompleks.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pembangunan kerjaya dalam organisasi

Bagaimana berlaku pembangunan kerjaya dalam organisasi?      T erdapat tiga faktor utama berlakunya pembangunan kerjaya yang mana ianya me...