Sabtu, 20 Julai 2019

Pembangunan kerjaya dalam organisasi


Bagaimana berlaku pembangunan kerjaya dalam organisasi?

    Terdapat tiga faktor utama berlakunya pembangunan kerjaya yang mana ianya merujuk kepada  faktor fasa penilaian, faktor fasa haluan dan faktor fasa pembangunan. Dalam hal ini, untuk merealisisaikan pembangunan kerjaya setiap individu perlulah melibatkan diri dalam dua aktiviti yang penting iaitu perancangan kerjaya dan pengurusan kerjaya.Perancangan kerjaya merupakan suatu proses yang melibatkan tiga perkara iaitu fasa individu mengenali diri sendiri, menyedari peluang, kekangan dan pilihan yang ada, serta akibat dari setiap pilihan. Dalam fasa ini ini individu mengenalpasti matlamat berkaitan kerjaya. Selain itu individu mampu memprogramkan pekerjaan, pelajaran, dan lain-lain pengalaman yang dapat menunjukkan arah dan langkah-langkah bagi mencapai matlamat kerjaya yang spesifik. Faktor Fasa Penilaian Fasa penilaian melibatkan pelbagai aktiviti yang dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pekerja. Ini penting untuk membantu pekerja memilih kerjaya yang sesuai dengan lebih realistik dan membantu menentukan kelemahan yang perlu diatasi. Penilaian ini boleh dilakukan oleh pekerja secara kendiri ataupun disediakan oleh organisasi. 

    Terdapat beberapa cara digunakan bagi membantu proses penilaian kendiri iaitu buku kerja kerjaya Biasanya mengandungi latihan-latihan dan soalan-soalan yang mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pekerja.Pelaksanaan bengkel perancangan kerjaya dilakukan dan para pekerja perlu menjawab dengan jujur dan tepat supaya ia boleh memberi diagnostik yang tepat. Pelaksanaan bengkel perancangan kerhaya dilakukan oleh jabatan sumber manusia ataupun firma perunding luar. Ketika bengkel dilaksanakan, pekerja akan diberi maklumat tentang peluang kerjaya di dalam organisasi dan pekerja juga diberi maklum balas tentang aspirasi dan strategi kerjaya mereka.

             Proses penilaian kendiri dari sudut individu melibatkan beberapa aktiviti iaitu latihan menilai kemahiran merujuk kepada mengenalpasti kemahiran yang ada pada seseorang pekerja contoh latihan yang menyenaraikan beberapa bentuk kemahiran dan pekerja dikehendaki menyatakan tahap kecekapan mereka serta tahap keseronokan mereka dalam menggunakan setiap kemahiran.Aktiviti kedua adalah inventori kemahiran untuk mengukur minat berkaitan pekerjaan seseorang. Biasanya seseorang itu menyatakan minat mereka tentang beberapa aktiviti seperti mengutip derma,  mengendalikan kanak-kanak, dan bercakap di hadapan orang ramai. Setiap jawapan akan diberikan markah bagi mengenalpasti pekerjaan yang sesuai dengan individu.Aktiviti ketiga bagi menentukan proses penilian kendiri ialah Menentukan nilai hidup seseorg yg mana nilai-nilai yang menjadi keutamaan  bagi seseorang pekerja akan dikenalpasti. Umumnya, latihan ini mengandungi satu senarai nilai-nilai kehidupan dan memerlukan pekerja menentukan pada tahap mana satu-satu nilai itu penting baginya. Dengan mengetahui nilai yang menjadi keutamaan bagi seseorang individu akan membantu pekerja membuat pemilihan yang sesuai.              

    Selain itu, dalam fasa penilian dalam aspek organisasi pula, organisasi menyediakan lima kaedah dan teknik terbaik untuk mengukur keberkesanan proses pembangunan kerjaya iaitu menyediakan pusat latihan yang man ianya digunakan untuk mencari individu yang berbakat dalam bidang pengurusan.Manakala untuk tujuan pembangunan kerjaya, ia digunakan untuk memberi maklumbalas tentang kelemahan dan kekuatan yang tidak boleh diperolehi semasa menggunakan latihan dalam penilaian kendiri. Seterusnya organisasi menjalankan ujian Psikologi yang mana ianya pendekatan ujian personaliti digunakan untuk mengukur personaliti dan sikap yang biasanya boleh membantu pekerja memahami minat dan kemahiran mereka. Selepas itu organisasi membuat penilaian prestasi melalui satu sumber yang memberikan maklumat tentang pencapaian pekerja pada masa lalu. Dalam pada itu ramalan kenaikan pangkat dilaksanakan yang mana keputusan yang dibuat oleh pengurus tentang potensi pekerja mereka untuk kenaikan pangkat. Melalui ramalan kenaikan pangkat, ia membolehkan organisasi mengenalpasti pekerja yang berpotensi tinggi untuk diberikan latihan dan tugasan yang dapat meningkatkan pengalaman dan kemahiran mereka.

              Fasa penilian dari pandangan organisasi seterusnya melibatkan perancangan penggantian yang mana ia merujuk kepada suatu aktiviti pembangunan kerjaya yang memberikan penekanan kepada penyediaan pekerja untuk memenuhi jawatan eksekutif. Ini bermakna keperluan pembangunan organisasi berdasarkan perancangan strategik perlulah diketahui. Kemudian, pekerja yang di kenalpasti berpotensi untuk memegang jawatan pengurusan atasan akan diberi latihan dan lain-lain tugasan yang dapat menyediakan mereka untuk jawatan tersebut.Fasa penilaian ini akan menjana maklumat tentang perbezaan pekerja dari segi kemahiran, minat dan nilai hidup mereka. Selain daripada itu, pekerja pula akan lebih memahami diri mereka sendiri dan mendapat penjelasan samada jawatan yg mereka pegang sekarang atau jawatan yang mereka ingini pada masa depan, sesuai dengan mereka atau tidak. Mereka juga akan mendapat lebih banyak maklumat tentang peluang pekerjaan yang wujud dan sesuai untuk mereka.

         Faktor Fasa Haluan  Fasa haluan melibatkan penentuan jenis kerja yang dikehendaki oleh pekerja dan langkah-langkah yang perlu diambil supaya matlamat dapat dicapai. Terdapat dua pendekatan utama yang digunakan dalam fasa ini iaitu pendekatan kaunseling Kerjaya Individu merujuk kepada sesi bersemuka di antara pekerja dan kaunselor yang bertujuan untuk membantu pekerja menilai aspirasi kerjaya pekerja terlibat. Di antara topik yang dibincangkan ialah tanggungjawab pekerjaan sekarang, minat dan objektif kerjaya. Pendekatan perkhidmatan maklumat pula menjurus kearah perkhidmatan yang memberikan pelbagai maklumat pembangunan kerjaya kepada pekerja. Diantara perkhidmatan maklumat yang disediakan adalah seperti Sistem pengiklanan jawatan di mana organisasi mengumumkan kekosongan jawatan di dalam itu sendiri dan yang penting pekerja dapat mengetahui maklumat ini dengan mudah. Perlu menyatakan dengan jelas mengenai spesifikasi dan kriteria yang digunakan dalam pemilihan kerana membantu pekerja menentukaa samada mereka layak untuk memohon jawatan tersebut atau tidak.            

    Seterusnya  Inventori Kemahiran dimana proses Inventori kemahiran adalah rekod yang disimpan oleh syarikat yang mengandungi maklumat tentang kebolehan, kemahiran, pengetahuan dan pendidikan setiap pekerja. Syarikat boleh menggunakan maklumat ini untuk mendapatkan gambaran tentang keperluan latihan dan pembangunan serta mengenalpasti pekerja-pekerja yg boleh dinaikkan pangkat atau dipindahkan.Seterusnya laluan kerjaya berlaku yang mana fasa ini memberikan maklumat bernilai dalam menentukan haluan dan peluang kerjaya yang wujud dalam sesebuah organisasi. Laluan kerjaya menunjukkan langkah-langkah yang mungkin bagi sesuatu kerjaya, jangkaan tempoh masa, dan kelayakan yang diperlukan bagi mencapai setiap langkah. Contohnya kerja staf akademik disebuah universiti tempatan mungkin bermula dengan tutor, kemudian pensyarah, profesor madya serta profesor. Selain itu melalui fasa haluan organisasi menyediakan Pusat Sumber Kerjaya yang mana ianya merupakan satu koleksi bahan pembangunan kerjaya seperti buku kerja, buku dan video bagi kegunaan pekerja. Biasanya pusat sumber diselenggarakan oleh jabatan sumber manusia sesebuah organisasi, tetapi terdapat juga dari kolej-kolej dan universiti tempatan yang menyediakan pusat sumber kerjaya untuk kegunaan pelajar yang baru tamat pengajian.

    Faktor masa pembangunan ini merujuk kepada Melibatkan tindakan-tindakan membentuk dan meningkatkan kemahiran sebagai persediaan untuk mendapatkan peluang jawatan yang diingini. Ini adalah kerana bagi memenuhi keperluan kenaikan pangkat dalam sesebuah organisasi pertumbuhan dan peningkatan diri sememangnya sangat diperlukan. Antara program yang sering disediakan Program mentor iaitu satu program yang melibatkan pembentukan suatu hubungan yang berorientasikan pembangunan di antara pekerja kanan dan pekerja baru ataupun rakan sekerja. Melibatkan aktiviti seperti memberi tunjuk ajar, nasihat sokongan dan lain-lain oleh pekerja kanan. 

    Selain itu terdapat juga  Program Jurulatih yang mana Program jurulatih suatu program yang melibatkan perjumpaan di antara pengurus dan pekerja secara berterusan bagi membincangkan matlamat dan pembangunan kerjaya. Fasa pembangunan juga melibatak teknik pusingan kerja. Teknik ini memperlihatkan pekerja diberi pelbagai jenis pekerjaan agar beliau dapat berbagai-bagai jenis kemahiran. Ini akan menjadikan pekerja tersebut lebih fleksibel dalam memilih laluan kerjaya. Di samping itu, organisasi juga akan mendapat pekerja yang lebih terlatih dan berkemahiran dalam pelbagai bidang. Bahkan dalam fasa pembangunan juga organisasi atau syarikat menyediakan program bantuan melanjutkan pelajaran kepada pekerja. Program ini akan membantu menyara perbelanjaan yuran pelajaran termasuk seminar, kursus, bengkel, dan menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi.  Ada sesetengah organisasi menawarkan program ini sebagai biasiswa dan ada juga yang menawarkan sebagai pinjaman kepada pekerja.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pembangunan kerjaya dalam organisasi

Bagaimana berlaku pembangunan kerjaya dalam organisasi?      T erdapat tiga faktor utama berlakunya pembangunan kerjaya yang mana ianya me...