Selasa, 14 Ogos 2018

PENGENALAN KOMUNIKASI


PENGENALAN KOMUNIASI 

1.0        KOMUNIKASI

Komunikasi manusia ditarifkan satu rangkaian proses yang sangat halus melalui interaksi,mengawal antara satu sama lain dan memperolehi kefahaman.Manusia berkomunikasi diantara seseorang individu dengan orang lain dengan tujuan mengenali dan memahami serta mendapatkan maklumat. Definisi umum menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi dan perkongsian makna,pertukaran idea dan pendapat atau perkongsian maklumat sama ada dalam bentuk penulisan,simbol,bunyi-bunyian atau pertuturan yang disampaikan secara bersemuka ataupun melalui media massa. Robbins dan De Cenzo pada tahun 1998 telah menyatakan bahawa komunikasi melibatkan transmisi maksud dan maklumat kepada audiens.Menurut Dr Narimah dan dr Saodah melalui buku mereka yang bertajuk Kursus Komunikasi Organisasi pada tahun 2002, pakar dalam bidang ini iaitu Berelson dan Steiner pada tahun 1964 telah menyatakan komunikasi sebagai proses pemancaran maklumat.Pendapat ini turut disokong oleh Miller pada tahun 1966 dimana menurut beliau komunikasi adalah situasi apabila sumber memancarkan mesej kepada penerima dengan sedar dan bertujuan mempengaruhi perlakuan penerima. Objektif orang yang berkomunikasi atau berinteraksi dengan orang lain adalah untuk membentuk keseragaman. Komunikasi manusia sentiasa berlaku setiap hari yang mana ianya diklasifikasikan kepada empat jenis iaitu:-

i.          Komunikasi Intraperibadi (Intrapersonal)

Komunikasi ini berlaku dalam diri seseorang yang melibatkan perasaan,pemikiran dan cara menilai diri sendiri.Dalam konteks komunikasi jenis ini,didapati individu itu sendiri memegang dua peranan iaitu sebagai sumber dan penerima yangmana mesej disampaikan melalui saluran otak yang akan memproses mesej tersebut kemudian maklumbalas berlaku melalui bercakap sendiri,mengeluh,menjerit atau menolak sesuatu idea untuk diganti dengan idea-idea lain.

ii.         Komunikasi Antara Perseorangan (Interpersonal)        

Komunikasi jenis ini berlaku apabila dua orang komunikator berkomunikasi atau berinteraksi antara satu sama lain yang melibatkan dua atau lebih orang dalam satu masa.Komunikasi jenis ini merangkumkan kesemua unsur komunikasi dengan memindahkan mesej atau idea menggunakan perkataan lisan yang diungkapkan beserta gaya bahasa badan menggunkan saluran penglihatan dan pendengaran.Maklumbalas dalam komunikasi jenis ini sangat tinggi dengan kadar gangguan yang rendah kerana setiap pihak bersemuka dan mempunyai peluang untuk memastikan tujuan interaksi difahami atau tidak seperti perbincangan,nasihat atau arahan.

iii.        Komuniksi Kumpulan Kecil (Small Group)
           
Komunikasi ini terjadi apabila sekelompok atau sebilangan kecil manusia bertemu untuk mengatasi masalah yang dilaksanakan secara formal samaada melalui perbicangan atau mesyuarat.Proses komunikasi menjadi kompleks kerana biasanya jumlah peserta yang berinteraksi adalah diantara empat ke dua puluh orang dimana semua pihak akan menerima sumber yang dibincangkan dan adakalanya berlaku kekeliruan disebabkan ramai penghantar idea atau mesej.

iv.        Komunikasi Awam (Public)

Dari segi komunikasi awam pula,sumber penerima iaitu pengucap akan menyampaikan mesej atau idea kepada audiens yang ramai bilangannya melebihi dua puluh orang contohnya konvensyen,forum dan dialog.Secara umumnya,maklumbalas dalam komunikasi awam adalah terhad dan berlaku secara formal.Biasanya pengucap menyampaikan mesej secara teratur dan berstruktur melalui saluran penglihatan dan pendengaran dengan lebih jelas dengan menggunakan sumber saluran atau visual tambahan seperti transparensi, slaid, carta singkap, power point dan sebagainya.


2.0        KELUARGA

Keluarga ditakrifkan sebagai satu unit terkecil dari masyarakat yang terdiri daripada dua orang atau lebih dengan adanya ikatan perkahwinan atau pertalian darah yang hidup dalam satu rumah tangga di bawah bimbingan seorang ketua rumah tangga serta berinteraksi sesama anggota keluarga dimana setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing sehingga dicipta untuk mempertahankan suatu kebudayaan.Menurut Efikusdian 2016, terdapat beberapa pandangan dari segi definisi keluarga dari beberapa pakar dimana menurut Duval dan Logan,1986,keluarga adalah sekumpulan orang dengan ikatan perkawinan, kelahiran dan pengambilan anak angkat yang bertujuan untuk mencipta serta mempertahankan budaya dan meningkatkan perkembangan fizikal,mental,emosi,serta sosial dari tiap anggota keluarga. Sementara itu menurut pakar yang dikenali sebagai Bailon dan Maglaya,1978 pula,keluarga merupakan dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumah tangga disebabkan adanya hubungan darah,perkawinan atau anak angkat dan saling berinteraksi antara satu dengan yang lain.Justeru itu,setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing dalam membina serta mengekalkan suatu budaya.Keluarga terbahagi kepada beberapa bentuk atau struktur berdasarkan berikut:-

1.     Kekuasaan

1,1  Patriakal iaitu keluarga yang dominan dan pemegang kekuasaan dalam keluarga tersebut adalah dipihak seorang ayah.
1.2   Matrikal adalah keluarga yang dominan dan ibu merupakan pemegang kekuasaan dalam keluarga tersebut.
1.3   Equalitarium pula merupakan keluarga yang mana pemegang kekuasaannya adalah  kekuasaan adalah dibawah genggaman ayah dan ibu.

  1. Perkahwinan
2.1   Monogami adalah keluarga di mana terdapat seorang suami dengan seorang isteri.
2.2   Poligami adalah keluarga di mana terdapat seorang suami dengan lebih dari satu isteri.

3.     Garis Keturunan

3.1   Patrilinear adalah keturunan sedarah yang terdiri daripada sanak saudara dalam beberapa generasi di mana hubungan itu disusun melalui jalur garis seorang ayah.
3.2   Matrilinear adalah keluarga sedarah yang terdiri daripada sanak saudara sedarah dalam beberapa ganerasi di mana hubungan itu disusun melalui jalur garis ibu.

4.     Penempatan

4.1   Patrilokal dimana pasangan suami isteri didapati tinggal bersama atau berhampiran dengan keluarga sedarah suami.
4.2   Matrilokal adalah pasangan suami isteri yang tinggal bersama atau berhampiran dengan keluarga satu isteri
4.3   Neolokal adalah pasangan suami isteri yang tinggal jauh dari keluarga suami maupun istri.

5.     Jenis Ahli Keluarga

5.1   Keluarga sederhana (Nuclear Family) iaitu keluarga yang terdiri dari ayah,ibu dan anak-anak.
5.2   Keluarga Besar (Extended Family) iaitu keluarga yang ditambah dengan sanak saudara contoh kakak, nenek, anak saudara, dan lain-lain.
5.3   Keluarga berantai (Serial Family) iaitu keluarga yang terdiri daripada wanita dan lelaki yang berkahwin lebih dari satu kali dan merupakan satu keluarga sederhana
5.4   Keluarga duda/janda (Single Family) adalah keluarga yang terjadi kerana perceraian atau kematian.
5.5   Keluarga mempunyai gabungan (Composite) adalah keluarga yang perkahwinannya berpoligami dan hidup secara bersama.
5.6   Keluarga hidup bersama (Cahabitation) iaitu dua orang yang berlaku tanpa perkahwinan tetapi membentuk suatu keluarga.



KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM SISTEM KELUARGA

Komunikasi bermaksud memindahkan dan menyampaikan mesej,idea,pemikiran, pengetahunan atau maklumat daripada satu pihak ke pihak lain melalui pertuturan,perbuatan, tulisan atau lukisan yang melibatkan pihak penghantar dan penerima. Pada abad ke 21 ini masyarakat Malaysia telah berkomunikasi dengan cara yang berbeza melalui empat generasi yang berbeza iaitu veteran,anak merdeka,generasi X dan generasi Y. Keluarga berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga "kulawarga" yang bererti "ahli" dan "kelompok kerabat".Keluarga adalah persekitaran di mana beberapa orang yang masih mempunyai hubungan darah, bersatu dan terdiri dari ayah,ibu dan anak-anak. keluarga dapat ditakrifkan sebagai satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama dalam satu kesatuan atau unit masyarakat yang kecil yangmana biasanya ianya melibatkan hubungan darah,ikatan perkawinan atau ikatan lainnya dan tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh ketua keluarga dan makan dalam satu periuk.Keluarga merupakan persekitaran pertama anak-anak sejak dilahirkan dan konteks komunikasi keluarga seringkali menjadi isu utama kepada perbincangan berkaitan dengan berfungsinya sesebuah keluarga sebagai satu entiti kepada masyarakat pasca globalisasi hari ini.

Kepentingan komunikasi dapat dilihat apabila ia merupakan penanda aras bagi seluruh interaksi antara manusia samaada perseorangan,kelompok dan organisasi.Komunikasi berfungsi sebagai satu kaedah dalam memujuk dan medium dalam keakraban hubungan keluarga seperti adik beradik,ibu bapa,saudara mara,kakak,abang dan lain-lain.Pada dasarnya manusia merupakan makhluk sosial yang tidak dapat hidup sendiri yang memerlukan orang lain untuk memenuhi keperluannya terutama dari segi komunikasi di mana ia akan berinteraksi, menyampaikan kehendak,perasaan dan gagasan atau idea yang dimilikinya. Kehidupan manusia diwarnai dengan pergaulan atau komunikasi di antara manusia dalam keluarga,lingkungan masyarakat,sekolah,tempat kerja,organisasi sosial dan lains sebagainya untuk menyampaikan kehendak,perasaan atau idea yang ada pada individu.Komunikasi menjadi asas bagi aliran maklumat kepada seluruh keluarga melalui pelbagai kaedah samaada melalui keluarga,jiran atau teknologi.Komunikasi dijadikan sebagai kaedah dalam perkongsian maklumat.Dalam konteks keluarga,komunikasi menjadi platform dalam menyampaikan maklumat sebagai contoh dalam isteri yang sedang sakit akan menyampaikan makumat dan berinteraksi dengan ahli keluarga lain seperti anak-anak,kakak,ayah atau suami yang terdapat dalam sebuah sistem keluarga itu,dengan ini komunikasi tersebut ia memberi maklumat dalam penjagaan kesihatan mahupun kesejahteraan keluarga itu dan dapat disimpulkan ia membantu dalam peringkat awal kesihatan seseorang individu mahupun sesebuah institusi keluarga dan ianya memberi gambaran bahawa komunikasi yang baik dari pelbagai sudut merupakan penanda arah dalam menjana keluarga bahagia dan hidup secara aman damai tanpa sebarang perselisihan atau perdebatan.

Salah satu kepentingan komunikasi dalam keluarga adalah mempengaruhi dan memberikan penyelesaian dalam membentuk keharmonian sesebuah sistem keluarga.Hal ini dapat dilihat kerana keluarga merupakan satu kesatuan yang mempunyai satu ikatan dan saling mempengaruhi diantara satu sama lain. Komunikasi membina kehangatan,menambah semangat kehidupan seseorang dan memberikan keceriaan dalam hidup sesama manusia.Sebagai contohnya sesebuah keluarga yang berkomunikasi dengan positif bersandarkan motivasi dan asuhan yang baik yangmana ianya memberikan semangat kepada anak-anak atau remaja supaya tidak berputus asa dan tidak mundur dalam pelbagai bidang yang diceburi. Kepentingan komunikasi juga dilihat dapat mengurangkan tekanan kepada semua pihak dan ianya juga dapat mewujudkan komuniti baru dalam sesbuah institusi keluarga dan masyarkat umumnya. Malahan kepentingan dari segi pengaruh ini juga akan membantu remaja yang sedang melangkah kealam dewa untuk tidak terjebak ke dunia sengsara berpandukan dorongan nasihat daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain seperti adik beradik,nenek dan lain-lain sebagai arah hidup normal dan dipenuhi kasih sayang.sementelahan juga,komunikasi dianggap sebagai jambatan menuju penyelesaian terhadap pelbagai permasalahan yang muncul dalam diri,keluarga atau masyarakat.

Fungsi atau kepentingan komunikasi berikutnya adalah dari segi membentuk keperibadian yang mana komunikasi yang baik dan berkesan akan membentuk keperibadian anak atau ahli keluarga lain menjadi terbuka,fleksibel dan bersahabat.Komunikasi dalam keluarga juga membentu dari segi menghiburkan dalam kehidupan sesebuah keluarga. Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Manap 2015,ibu bapa yang memiliki ilmu atau pendidikan yang baik akan membentuk peribadi anak-anak atau ahli keluarga yang lain kerana kerana mereka diajar dan bentuk komunikasi juga berbeza mengikut peredaran zaman.Hari ini kita dapat melihat pendidikan merupakan tugas keluarga yang utama iaitu dari segi memberikan didikan agama atau moral kepada anak-anak atau keluarga lain sebagai mempersiapkan dan mematangkan mereka menjadi anggota masyarakat yang berguna dan baik pada masa akan datang dan menjadi generasi penerus keturunan yang berjaya.Selain itu terbentuknya norma-norma positif juga terhasil daripada komunikasi yang dibina melalui sistem pembelajaran yang dihadapai seharian.Dari sudut ini juga,pastinya membawa kepada pembentukan negara bangsa kerana remaja atau belia hari ini akan menjadi akar penerus masa depan negara dapat dilihat belia atau remaja hari ini mempunyai tanggugjawab dan peranan untuk belajar bersunguh-sunguh demi menatapkan diri dari segi ilmu pengetahuan supaya dapat memberikan sumbangan kepada masa depan negara.


FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KONFLIK DI KALANGAN AHLI KELUARGA

            Era globaliasi ketika ini memperlihatkan isu keruntuhan institusi keluarga menjadi bualan hangat seluruh rakyat Malaysia.Konflik merupakan satu proses yang dinamik dan berlaku dengan mengabungkan persepsi daripada individu dengan pihak lain yang mengalaminya.Selain itu,Konflik merupakan suatu masalah sosial yang timbul disebabkan wujudnya perbezaan pandangan atau pendapat dalam sesebuah kehidupan masyarakat yang membawa kepada masalah Negara.Menurutnya lagi seorang pakar dalam kajian konflik yang dikenali sebagai Alabanessa telah berpendapat bahawa keadaan yang mewujudkan percanggahan peluang dan destinasi oleh mana-mana pihak dalam mencapai sesuatu matlamat merupakan satu konflik.Sementara itu keluarga pula digambarkan sebagai satu kelompok manusia yang hidup bersama dalam satu kesatuan atau unit masyarakat kecil dan dipimpin oleh seorang ketua dimana mempunyai ikatan pertalian darah,ikatan perkahwinan dan sebagainya yang wujud dalam satu bumbung.Para ilmuan yang pakar dalam konflik iaitu Patricia Noller dan Mary Anne Fitzpatrick pada tahun 1993 telah mencatatkan bahawa konflik sebagai bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan berkeluarga.Konflik dalam keluarga berlaku apabila terdapat ahli-ahli keluarga yang tidak bersetuju atau berbeza pendapat mengenai sesuatu perkara dalam sistem kehidupan mereka yang wujud akibat faktor-faktor seperti masalah ekonomi,sosial,rohani dan masalah emosi yang merujuk kepada sumber kewangan,komunikasi,pendidikan atau agama dan masalah tekanan perasaan yang membawa kepada kesan keatas keseluruhan ahli-ahli keluarga.

            Kewangan merupakan perkara yang penting untuk memenuhi keperluan hidup.Wang mahupun harta kekayaan menjadi salah satu daripada tahap pengukur kebahagiaan seseorang.Masalah kewangan sering kali menjadi punca utama dalam konflik keluarga dimana terdapat banyak kes jenayah,penderaan,beban hutang,percerian dan lain-lain berlaku.Perceraian yang berlaku disebabkan oleh masalah ekonomi lazimnya cenderung kepada status ekonomi suami atau bapa.Hal ini kerana suami atau bapa merupakan ketua yang perlu menyara keluarga.Akibat status kewangan yang tidak stabil dan sumber pendapatan yang rendah maka kehidupan keluarganya akan menghadapi masalah yang mana sumber pendapatan yang rendah tidak mampu menampung ahli keluarga di samping peningkatan kos sara hidup dan keperluan yang semakin tinggi di kala ini.Sekiranya masalah ekonomi ini berpanjangan dan semakin serius, kehidupan rumahtangga menjadi tidak terurus dan porak peranda serta memberi tekanan kepada pihak isteri dan keluarga yang lain.Selain itu isu krisis kewangan seperti menghadkan perbelanjaan kewangan anak-anak dan permbelian perbelanjaan dapur juga menjadi punca utama konflik berlaku dimana anak-anak atau ahli keluarga memberontak,mengamuk dan berlaku pertengkaran antara ayah,ibu,anak-anak dan keluarga lain.

            Pada dasarnya manusia merupakan makhluk sosial yang tidak dapat hidup sendiri yang memerlukan orang lain untuk memenuhi keperluannya terutama dari segi komunikasi di mana ia akan berinteraksi,menyampaikan kehendak,perasaan dan gagasan atau idea yang dimilikinya.Kemelut atau konflik komunikasi dikalangan ahli keluarga berlaku disebabkan wujudnya suasana tidak harmoni dan melahirkan ketegangan atau konflik dalam sesebuah ikatan kekeluargaan.Menurutnya lagi kegagalan pasangan suami isteri untuk berkomunikasi dengan berkesana selalunya membawa kepada implikasi yang buruk terhadapa sesebuah rumahtangga dimana komunikasi atau interaksi yang agresif seperti memaksa pasangan menerima sesuatu pendapat dan sikap menengking menimbulkan reaksi pertelingkahan.Selain itu penggunaan nada suara yang turut berubah,menggunakan bahasa kasar atau kesat juga menimbulkan komunikasi yang tegang dikalangan pasangan,anak-anak atau keluarga yang lain.Bahkan suami isteri yang saling tuduh menuduh dan menyatakan bahasa pasangannya adalah punca kebosanan atau penderitaan yang dialami menjadi satu contoh titik komunikasi yang mendatangkan kemusnahan kepada seluruh keluarga yang menghadapi krisis.Kkonflik yang timbul dari segi rohani pula adalah lebih merujuk kepada pendidikan keagamaan.Pendidikan agama merupakan benteng yang kukuh untuk menahan seseorang individu daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak baik atau negatif.Walaubagimanapun mutakhir ini,ibu bapa atau institusi keluarga didapati tidak memberikan memberikan perhatian sewajarnya tehadap isu pendidikan agama anak-anak samaada di peringkat kanak-kanak,remaja dan belia.Perceraian ibubapa menyebabkan anak-anak kekurangan kasih sayang dan perhatian.Peranan sebagai ibubapa tunggal menyebabkan ibubapa tersebut lebih mementingkan aspek kewangan dan material.Hal ini kerana untuk menjamin keperluan keluarga yang perlu ditanggung dan dipenuhi.Namun begitu, tanggungjawab kepada anak-anak terabai termasuk dari aspek kasih sayang dan pendidikan. Kesannya,anak-anak akan kekurangan didikan terutamanya didikan agama.Apabila tiada didikan dan pengetahuan agama,maka anak-anak cenderung melakukan perkara yang sia-sia. Anak-anak yang menjadi mangsa perceraian akan kekurangan kasih sayang dan rasa dipinggirkan.Seterusnya,anak-anak ini akan mencari altenatif lain untuk meluahkan kekecewaannya seperti lari dari rumah,terjebak dengan gejala sosial dan pengambilan pil khayal atau dadah untuk melupakan masalah.Kebahagian keluarga terletak pada banyak faktor dan yang paling utama ialah beragama lalu pengabaian amalan agama membentuk keluarga yang resah,pincang, mudah bergelora dan kesan jangka masa panjang yang negatif kepada ledakan konflik keluarga.

            Konflik dari segi emosi yang wujud akibat tekanan atau kurang keupayaan mengawal emosi dalam diri insan menjadi watak utama kepada ketegangan dan keretakan hubungan kekeluargaan.Akibat Kurang keupayaan mengawal emosi juga menyebabkan seseorang individu itu sensetif,tidak pandai menguruskan masa,kurang kasih sayang dan tiada sikap tanggungjawab dan obses mengejar harta duniawai.Akibat pemikiran yang tidak rasional menyebabkan anak-anak,suami,isteri atau keluarga lain dipukul dan menjadi mangsa buas dan penderaan dan sekaligus menjadi faktor krisis dalam pembangunan keluarga hari ini.Selain itu,terdapat anak-anak yang terpaksa berpisah dengan adik-beradik yang lain kerana mengikut haluan ibu atau bapa yang bercerai yang mana hal ini akan menyebabkan emosi anak-anak menjadi sunyi,murung dan gelisah.Terdapat juga ibu bapa atau keluarga yang memberi hukuman melampau apabila anak-anak atau ahli keluarga lain melakukan kesalahan menyebabkan seluruh keluarga teutama anak-anak berasa tidak selamat dan rasa tidak disayangi serta lari dari rumah.Lazimnya, anak-anak yang kerap dihukum dan dimarahi akan menjadi seorang yang pendendam dan pemarah.Hal ini kerana rasa hormat dan rasa takut yang melampau kepada ibu atau bapa mereka yang sedang bermasalah.Rentetan itu,anak-anak atau ahli keluarga yang lain ini mengalami tekanan emosi yang teruk dan membawa kesan negatif dengan meluahkan perasaan melalui perbuatan dan sikap panas baran atau pemarah kepada orang lain dan penjadi pembuli kepada rakan sebaya yang lemah dan mudah ditindas.Selain itu,tekanan emosi ini juga boleh mewujudkan gejala vandalisme kepada kemudahan awam seperti menconteng papan tanda,dinding bangunan,merosakkan tong sampah awam dan sebagainya. Kemuculan sebarang konflik menyebabkan timbulnya pelbagai fenomena atau permasalahan kekeluargaan dalam sesebuah sistem keluarga.Perlu diingat keluarga merupakan nadi yang akan membentuk personaliti seseorang bermula dari kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku,sikap dan pemikiran seseorang ketika menjangkau  alam dewasa.Maka wajar lah ibu bapa dan keluarga sentiasa saling menyanyangi demi mencapai keluarga yang harmoni dan sehat sejahtera kearah  membentuk pembangunan insaniah.Komitmen yang padu dan jitu haruslah diimplikasikan oleh semua pihak samaada institusi keluarga,komuniti setempat,pertubuhan bukan kerajaan,swasta dan kerajaan dalam membenteras gejala-gejala negatif dalam negara ke arah menuju wawasan 2020.


STRATEGI MENGURANGKAN  KONFLIK KELUARGA         

            konflik berlaku apabila terdapat ahli-ahli keluarga yang tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara dalam kehidupan mereka.Suami berkonflik dengan isteri, ayah berkonflik dengan anak dan ibu juga berkonflik dengan anak malah anak-anak turut berkonflik sesama sendiri.Konflik berupa pergeseran dan pertentangan di antara dua pihak disebabkan perbezaan nilai,kehendak,pendirian dan perasaan dalam usaha memenuhi keperluan dan matlamat dan ianya fenomena biasa apabila wujud interaksi di antara dua pihak atau lebih manusia yang berlaku dari masa ke semasa. Dalam menangani dan mengelakakan masalah konfilk dalam keluarga,langkah-langkah utama yang sebaiknya dilakukan adalah mengimplementasikan strategi yang efektif melalui peranan ibu bapa dan peranan anak-anak serta peranan ahli keluarga dan peranan ahli keluarga yang lain seperti kedua orang tua,adik beradik,sepupu dan saudara mara.Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa adalah contoh tauladan dalam membentuk sahsiah dan jatidiri kepada anak-anak sepertimana kata peribahasa ‘Bagaimana acuan,begitulah kuihnya’ dimana sikap anak-anak didapati suka meniru apa sahaja yang dilakukan oleh orang tua mereka.Lantaran itu,ibu bapa perlu mewujudkan keluarga bahagia dan dengan membataskan pergaulan anak di luar,memberikan kasih sayang dan belaian yang sewajarnya kepada seluruh ahli keluarga seperti menatang minyak yang penuh.Selain itu,ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul dan meluangkan masa bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain.Ekoran daripada itu anak-anak atau ahli keluarga yang lain akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka dan dapat meluahkan isi hati ketika mengalami masalah pelajaran,kemusykilan,masalah,konflik dan sebagainya kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka.Selain itu,didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala gejala sosial,konflik,pergaduhan dan sebagainya di kalangan ahli keluarga.Menurutnya lagi,ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga yang lain dengan memberikan didikan agama seperti mengaji,solat dan lain-lain demi mengajar anak-anak dan ahli keluarga yang lain supaya dapat membezakan antara kaca dengan permata dan melahirkan insane yang mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidup.Ibu bapa seharusnya menunjukkan sikap yang baik untuk dicontohi anak-anak dimana mereka pastinya menjadi ‘Role Model’ kepada ahli seluruh ahli keluarga.

            Selain ibu bapa,setiap anak juga perlu memikul tanggungjawab untuk kebahagian institusi keluarga.Salah satu peranan yang prioriti anak untuk menjamin kebahagiaan keluarga adalah bersahsiah mulia dan berbudi bahasa dan mendukung tanggungjawab dalam meringankan beban keluarga dengan membantu kerja-kerja rumahtangga seperti menyapu,memasak,mengemas rumah,mencuci kereta dan sebaginya.Tingkah laku anak yang sopan dapat melegakan ibu bapa yang menghadapi pelbagai persaingan dalam kerjaya mereka.Hal ini selaras dengan peribahasa, “Yang merah itu saga,yang kurik itu kundi, yang baik itu bahasa, yang indah itu budi”.Lantaran itu,anak yang kecil juga perlu dicelikkan peranan mereka dengan mengubah sikap mereka untuk menjayakan program rumahku, syurgaku.Anak-anak perlu sentiasa bertutur dengan lemah lembut,sopan dan berhemah tinggi melayani ibu bapa mereka dan tidak bertengkar di kalangan adik-beradik atau kaum keluarga yag lain sehingga merisaukan orang tua kita.Budaya salam orang tua juga perlu dipraktikan dalam sistem kekeluargaan dan golongan anak-anak harus meminta kebenaran sebelum membuat sesuatu keputusan kepada kedua orang tua atau yang lebih berumur daripada mereka.Kata-kata hikmat harus sentiasa tertanam dalam bibir anak,seperti “Terima kasih”, “Maafkan saya”,“Bolehkah saya”,“Tolong” dan lain-lain lagi.Segala penat lelah ibu bapa akan reda ketika menghadapi anak mereka yang berperangai murni sekaligus mengelakkan konflik berlaku.Anak-anak itu sendiri perlu ada kesedaran dalam diri bagi menghadapi dunia yang penuh mencabar terutama dalam memilih rakan sebaya dimana mereka perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat sebelum melakukan sesuatu perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu bapa dan ahli keluarga lain bagi mengelak dari terjebak dalam masalah sosial bahkan mereka perlu melibatkan diri secara aktif dalam sukan atau kem motivasi yang dianjurkan oleh Jabatan kerajaan,pertubuhan bukan kerajaan dan swasta. 

Seterusnya adalah dari aspek peranan ahli keluarga lain seperti ibu bapa, kakak,abang,sepupu atau saudara mara bagi membantu menangani krisis dikalangan ahli keluarga. Dalam usaha membentuk sebuah keluarga bahagian setiap anggota keluarga tersebut perlu mengetahui peranan masing-masing dan apabila semua ahli keluarga memahami tugas dan tanggungjawab maka ianya memudahkan pentadbiran institusi kekeluargaan. Konflik adalah rencah hidup yang tidak dapat dielakkan dan akan terus wujud dalam keluarga. Bagi menghadapi konflik keluarga, sumber kepada konflik berkenaan harus dikaji dan diteliti supaya strategi yang diguna pakai dapat mengurangkan konflik tersebut,Menurutnya lagi melibatkan orang tengah atau mediator dapat membantu mengurangkan dan menguruskan konflik dalam keluarga dengan berkesan dimana contohnya kes pergelutan rumah tangga melibatkan penjagaan ibu bapa yang telah uzur yang mana suami atau isteri lebih rela menghantar orang tua mereka ke pusat penjagaan atau mengupah orang untuk menjaga,namun sekiranya adanya orang tengah atau saudara mara dapat membantu menasihati atau memberi pandangan dalam hak penjagaan kedua orang tua tersebut.Ahli keluarga lain juga boleh memberi pandangan kepada keluarga untuk mengikuti sesi kaunseling bagi membantu mengurangkan konflik atau permasalahan yang berlaku dalam sesebuah institusi keluarga.Khidmat nasihat juga merupakan mekanisme terbaik dalam menangani konflik dikalangan ahli kelurga.Dalam usaha mengurangkan konflik,khidmat orang pakar dan mahir seperti kaunselor atau ahli psikologi amatlah diperlukan bagi memberi panduan dan cara-cara mengatasi sebarang bentuk konflik dalam sesebuah keluarga daripada pelbagai krisis seperti isu pengagihan harta,perebutan anak-anak dan sebagainya.Setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing untuk menjamin kebahagian keluarga.Setiap ahli keluarga perlu meluangkan masa bersama seperti melaksanakan aktiviti yang membawa kepada keakraban dan mengeratkan silaturrahim seperti gotong royong dan beriadah dalam usaha mengelakkan konflik dikalangan ahli keluarga.

Tuntasnya,setiap kumpulan masyarakat mempunyai cara komunikasi yang berbeza berdasarkan tatacara dan budaya kehidupan seharian. Lantaran itu akan wujud salah faham dan salah tafsir yang akan menghadirkan konflik dan ianya merupakan lumrah kehidupan dunia sejagat.Semua pihak perlu menghormati diantara satu dengan yang lain semasa berkomunikasi bagi mengelakkan sebarang krisis atau permasalahan berlaku.Segala strategi di atas tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya tidak mendapat kerjasama semua ahli dalam sebuah intitusi kekeluargaan.Konflik tidak seharusnya difikirkan kearah yang perkara-perkara yang negatif dan membawa kepada malapetaka sahaja.Konflik juga akan membawa kepada perkara-perkara yang bermanfaat sekiranya emosi positif di tanam dalam diri setiap individu dan ianya akan memimpin hubungan yang lebih erat dikalangan ahli keluarga dan juga masyarakat setempat kearah usaha mewujudkan institusi keluarga yang utuh sepertimana kata pepatah ‘Bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat’. Kita perlu memahami bahawa setiap ras masyarakat memiliki komposisi komunikasi dan had umur yang berlainan serta cara penyampian perkongsian yang berbeza.Maka wajar bagi semua pihak memainkan peranan mendengar dengan baik,memberi perhatian dan meletakkan kepercayaan diantara satu dengan yang lain kearah melestarikan budaya masyarakat madani dan memiliki entiti yang maju dari segi ilmu,personaliti dan ketrampilan demi menjaga imej dan nama baik negara Malaysia kepada dunia global.

            Berdasarkan hasil perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa institusi kekeluargaan perlu ditadbir dan di urus dengan baik kerana keluarga yang mantap dan stabil dapat menyumbang kepada keharmonian sejagat.Negara juga akan mendapat sanjungan dan pujian terbentuk daripada masyarakatnya yang hidup dalam aman dan damai,saling bergantung dan saling memerlukan dalam pelbagai medium.Seseorang individu seharusnya memiliki sifat yang terpuji dan jujur kepada diri sendiri.Penyebaran pelbagai idea daripada pelbagai medium seperti daripada media sosial,internet dan sebagainya perlu dititikberatkan dan tidak sewenang-wenangnya dan perlu ditapis untuk dalam usaha menyampaikan maklumat yang betul dan sahih serta tidak mendatangkan kemusnahan dan ketakutan kepada amnya dan kepada negara khasnya.Mayarakat juga perlu memainkan peranan mereka dimana sekiranya mereka melihat atau mendengar terdapat salah faham atau pergaduhan dalam sesebuah institusi rumah tangga,mereka hendaklah memaklumkan kepada pihak yang berwajib seperti Pejabat Pembangunan Wanita,Polis dan sebagainya bagi meberikan peluang dan ruang kepada rumah tangga yang bermasalah tersebut mendapat khidmat nasihat daripada orang tang sepatutnya.Peranan swasta juga diperlukan dalam pembangunan masyarakat hari ini dengan menyediakan pelbagai kaedah seperti memberikan buku-buku,risalah berkaitan atau khidmat bimbingan kaunseling kepada masyarakat samaada berbayar atau mengenakan harga pembelian yang murah supaya semua pihak dapat memiliki dan dijadikan panduan dalam hidup berkeluarga.Pihak kerajaan juga disarankan agar menyediakan sumber prasarana kemudahan awam,tempat atau persekitaran yang bersih kearah mewujudkan komunikasi yang ekeftif terutama semasa keluarga beriadah atau bersukan dan ianya sekaligus melahirkan kepercayaan dan keselamatan yang terjamin kepada semua pihak dan semua peringkat tanpa mengira kaum,bangsa dan agama.






Isnin, 13 Ogos 2018

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

1.0      SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

Peredaran masa telah membawa kita ke suatu era yang dilengkapi dengan teknologi serba canggih dan moden sejajar dengan perubahan masa. Kepentingan Sistem Maklumat (Information System-IS) dalam konteks masyarakat abad ini tidak dapat dinafikan lagi. Teknologi IS telah menjadi salah satu keperluan asas masyarakat sepertimana keperluan asas Abraham Moslow yang merangkumi makanan, keselamatan, pakaian dan perlindungan.Oleh yang demikian, sebagai perunding IT dalam syarikat tempat saya bertugas, saya akan menyediakan laporan untuk menyakinkan pihak pengurusan atasan untuk mengguna  pakai Sistem Maklumat bagi mencapai integrasi pengorganisasian. Sistem maklumat didefinisikan sebagai gabungan perkakasan,perisian dan sistem komunikasi yang menyokong operasi perniagaan untuk meningkatkan produktiviti dan membantu pengurus membuat keputusan.

Aplikasi sistem maklumat membawa maksud bagaimana bentuk,cara dan rupa sistem maklumat dalam reality sesebuah organisasi kerana setiap organisasi yang berlainan mempunyai aplikasi sistem maklumat yang berbeza yang dicetuskan oleh pelbagai faktor seperti kesesuian dengan misi dan objektif pembangunan sesebuah organisasi. Sejarah kewujudan sistem maklumat serentak dengan sejarah sains komputer yang bermula lama sebelum disiplin moden sains komputer muncul pada abad ke-20. Mengenai edaran maklumat dan idea, pelbagai sistem maklumat legasi masih wujud hari ini yang sentiasa dikemaskini untuk menggalakkan pendekatan etnografi, untuk memastikan integriti data, dan untuk meningkatkan keberkesanan sosial dan kecekapan keseluruhan proses. Secara umum, sistem maklumat tertumpu kepada proses maklumat dalam organisasi terutamanya dalam perusahaan perniagaan yan mana ianya dilihat dapat dikongsi manfaat dengan masyarakat sekeliling.

Sistem Maklumat (SI) adalah kombinasi dari teknologi maklumat dan aktiviti daripada orang yang menggunakan teknologi itu untuk menyokong operasi dan pengurusan dan ianya adalah kajian berkaitan rangkaian yang saling melengkapi peranti keras dan perisian daripada orang dan organisasi menggunakan untuk mengumpul, menapis, memproses, membuat, dan mengedarkan data. Istilah sistem maklumat yang sering digunakan merujuk kepada interaksi antara orang, proses algoritmik melalui data,teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menyokong proses perniagaan.

Selain itu sistem maklumat juga dilihat boleh menyokong pengurus dan kakitangan bagi menganalisa masalah,mengambarkan subjek yang kompleks serta produk dan perkhidmatan baru. Kewujudan sesebuah organisasi sama ada organisasi kecil,besar,swasta atau awam memainkan peranan penting kepada pembangunan dan standard sesebuah negara. Kerajaan Malaysia misalnya telah menggalakkan pertumbuhan organisasi atau syarikat melalui dasar-dasar yang direka bentuk demi pembangunan bangsa.Melalui galakkan tersebut,ianya membawa kepada organisasi,syarikat atau firma-firma berkembang pesat dan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Namun begitu dinamika dalam arus persekitaran global telah melahirkan implikasi tertentu kepada kestabilan dan kemakmuran firma-firma tersebut serta memaksa mereka membangunkan strategi baru yang kompetatif  sekaligus membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran global yang seringkali berubah dan sukar dijangka.

Sistem maklumat dilaksanakan dalam sesebuah organisasi bagi tujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan organisasi itu. Keupayaan sistem maklumat dan ciri-ciri organisasi, sistem kerja, orang, dan pembangunan dan kaedah pelaksanaan bersama-sama menentukan sejauh mana maksud itu dicapai. Terdapat pelbagai jenis sistem maklumat contohnya sistem pejabat, sistem pemprosesan transaksi sistem sokongan keputusan, sistem pengurusan pangkalan data, sistem pengurusan pengetahuan dan sistem maklumat pejabat. Teknologi maklumat adalah sumber yang sangat penting kepada pembangunan sesebuah syarikat dimana ianya telah mewujudkan jawatan Ketua Pegawai Maklumat(CIO) yang menganggotai lembaga eksekutif dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Ketua Pegawai Operasi (COO) dan Ketua Pegawai Teknikal (CTO). CTO juga boleh berkhidmat sebagai CIO, dan begitu juga sebaliknya. Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO) memberi tumpuan kepada pengurusan keselamatan maklumat. mengendalikan sejumlah besar maklumat, melaksanakan pengiraan kompleks, dan mengawal pelbagai proses serentak.Sistem Maklumat  terdiri daripada lima komponen utama seperti berikut:-

(i)          Manusia

Menurut pakar yang dikenali sebagai Kees Bertens, manusia adalah setiap makhluk yang terdiri dari dua unsur yang satuannya tidak dapat dinyatakan dalam bentuk apapun.Sementara itu menurut  Paula J. C. & Janet W. K. manusia merupakan makhluk yang terbuka, bebas memilih makna di dalam setiap situasi, mengemban tanggung jawab atas setiap keputusan, yang hidup secara berkelanjutan, serta turut menyusun pola hubungan antar sesama dan unggul multidimensional dengan berbagai kemungkinan.Manusia dilihat sebagai pengeluar produk, memberi perkhidmatan, menyelesaikan masalah serta membuat keputusan.Bahkan manusia yang menggunakan komputer dikenali sebagai pengguna akhir end user atau pengguna. Manusia merupakan sumber paling penting dalam sistem maklumat dan melengkapi kepada kewujudan teknologi ICT atau komputer misalnya untuk berkhidmat kepada manusia ,fakta alam sekitar,kerjaya dalam IT untuk menampilkan sistem yang menarik dan praktikal.Malahan penerokaan eksplorasi Web juga dilihat digarap oleh manusia contohnya melalui pembelajaran tentang kandungan maklumat laman web yang tiada had dan menghadapi pelbagai cabaran rintangan adalah untuk mencari maklumat yang anda cari seperti bahan maklumat,tinjauan dan sebagainya.

(ii)         Proses

    Maksud proses menurut para ahli, dikemukakan oleh Soewarno Handayaningrat dalam bukunya yang bertajuk “Pengantar Studi Ilmu Administrasi dan Manajemen” mengatakan bahwa proses adalah sesuatu tuntutan perubahan dari suatu peristiwa dan perkembangan sesuatu yang dilakukan secara terus-menerus.Kaedah-kaedah atau garis panduan bagi orang ramai untuk mengikuti apabila menggunakan perisian, perkakasan, dan data adalah dikenali sebagai satu proses. Proses  ini biasanya didokumentasikan dalam manual yang ditulis oleh pakar komputer. Perisian dan perkakasan mengeluarkan serta menyediakan manual dengan produk mereka. Contonya panduan yang disediakan sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik oleh sesebuah syarikat.

(iii)       Perisian

    Perisian didefinisikan sebagai program yang mengawal operasi komputer dan dokumentasi.Perisian boleh dibahagikan kepada empat kelas utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan, perisian penggunaan, perisian untuk tujuan penyelenggaraan dan keselamatan. Perisian pengendalian membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagai contoh "Operating system", Disk Partition, BIOS, GRUB, MBR dan lain-lain berkaitan. Manakalan perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain berkaitan Perisian penggunaan atau aplikasi pula membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan(tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.Sementara itu Perisian Penyelenggaran dan Keselamatan atau aplikasi penyelenggaraan dan keselamatanmembantu menjalankan tugas-tugas bersifat selenggara pencegahan dan pembetulan (tidak berkenaan dengan komputer) seperti "error checking", "defragment", "device manager", antivirus dan lain-lain perisian berkaitan dengan penyelenggaraan dan keselamatan. Perisian mungkin digambarkan sebagai perisian pengguna akhir. Program-program ini boleh dikategorikan sebagai sama ada permohonan asas atau khusus.Aplikasi asas digunakan secara meluas dalam hampir semua bidang kerjaya. Mereka adalah jenis program yang anda perlu tahu yang perlu dipertimbangkan computer kompeten. Salah satu aplikasi ini adalah penyemak imbas untuk mengemudi, menjelajah dan mencari maklumat di internet. Kedua-dua pelayar yang paling banyak digunakanadalah Internet Explorer Microsoft dan Netscape Navigator.

(iv)        Data

    Data adalah fakta asas atau fakta mentah yang terdiri daripada teks,gambar rajah,grafik,imej dan klip video yang tidak bermakna. Data adalah fakta mentah, belum diproses, termasuk teks, nombor, imej, bunyi. Seperti yang telah kita sebutkan sebelum ini, memproses data menjadi maklumat. Apabila disimpan secara elektronik dalam fail, data boleh digunakan secara langsung sebagai input untuk unit sistem.Menurutnya lagi terdapat empat (4) jenis Fail yang biasa digunakan iaituK Fail dokumen, dicipta oleh pemproses perkataan untuk menyimpan dokumen-dokumen seperti memo, kertas panjang, dan surat. Lembaran kerja fail yang dicipta oleh spreadsheet elektronik untuk menganalisis perkara-perkara seperti belanjawan dan meramal jualan.

    Fail pangkalan data, biasanya dicipta oleh program pengurusan pangkalan data yang mengandungi data yang sangat berstruktur dan dianjurkan. Sebagai contoh, fail pangkalan data pekerja mungkin mengandungi semua nama pekerja, nombor keselamatan sosial, gelaran kerja, dan lain-lain kepingan maklumat yang berkaitan.Seterusnya adalah fail pembentangan, dicipta oleh program grafik persembahan untuk menyimpan bahan-bahan persembahan. Sebagai contoh, fail mungkin mengandungi pemberian penonton, nota pensyarah, dan slaid elektronik. Hampir semua sistem komputer hari ini menambah satu bahagian tambahan kepada sistem maklumat. Bahagian ini, yang dipanggil sambungan, biasanya menggunakan internet dan membolehkan pengguna untuk banyak mengembangkan keupayaan dan kegunaan sistem maklumat mereka.Dalam sistem komputer yang besar, terdapat pakar yang menulis prosedur, membangunkan perisian, dan rakaman data. Walau bagaimanapun, dalam system mikrokomputer, pengguna akhir sering melaksanakan operasi ini. Untuk menjadi pengguna akhir yang kompeten, kita mesti memahami keperluan teknologi maklumat (IT), termasuk perisian,perkakasan dan data.

(v)         Perkakasan

    Perkakasan adalah komponen jenis fizikal yang dihubungkan secara terus dengan komputer atau sistem yang lain. Ia juga merupakan alat yang digunakan sebagai input, dan aktiviti pemprosesan serta output. Perkakasan merupakan satu alat  yang memproses data untuk mewujudkan maklumat . Komputer adalah peranti elektronik yang boleh mengikuti arahan untuk menerima input, proses input, dan menghasilkan maklumat. Walau bagaimanapun, adalah hampir pasti bahawa anda akan bersentuhan, sekurang-kurangnya secara tidak langsung, dengan lain-lain jenis komputer.Dalam dunia siber ini,terdapat empat (4) jenis computer yang dikenali sebagai super komputer, Komputer Kerangka Utama, minikomputer, dan Mikrokomputer dan masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri dalam ssistem maklumat iaitu Superkomputer adalah jenis yang paling berkuasa komputer. Mesin ini adalah computer khas yang berkapasiti tinggi yang digunakan oleh organisasi yang sangat besar. Manakala komputer kerangka utama menginap di wayar khas, bilik berhawa dingin. Walaupun tidak hampir berkuasa sebagai superkomputer, komputer kerangka utama yang mampu kelajuan pemprosesan yang besar dan penyimpanan data. Mini computer pula  dikenali sebagai midrange, komputer, mesin peti sejuk yang bersaiz. Syarikat bersaiz sederhana atau jabatan syarikat-syarikat besar biasanya menggunakan mereka bagi tujuan tertentu. Sebagai contoh, jabatan pengeluaran menggunakan minikomputer untuk memantau proses pembuatan tertentu dan operasi talianpemasangan. Mikrokomputer adalah kurang kuat, tetapi yang paling banyak digunakan dan paling cepat berkembang jenis komputer. Terdapat enam jenis mikrokomputer: desktop, pusat media, notebook, netbook, tablet PC, dan komputer pegang tangan.

 

2.0 KENAPA SISTEM MAKLUMAT DALAM ORGANISASI PENTING?

Evolusi sistem maklumat bermula pada tahun 1970-an.Pada awal 80-an, peranan sistem maklumat selaras dengan perkembangan teknologi komputer, perisian dan rangkaian aplikasi teknologi maklumat dalam pengurusan.Seterusnya pada tahun 1990-an telah muncul dimensi baru di mana konsep sistem maklumat eksekutif melonjak naik dalam pembangunan sesebuah syarikat. Fenomena ini dicetuskan oleh perkembangan bidang buatan (Arificial Arificial Intelligent Intelligent AK) , sistem pakar (Expert (Expert Sistem-ES) dan sistem pekerja pekerja pengetahuan pengetahuan (Knowledge Worker System (Knowledge Worker System-KWS) dan kini sistem maklumat telah membangunan dan digunakan sebagai satu alat (tool) yang berkesan dan berperanan menyediakan organisasi dengan limpahan maklumat dunia siber yang merangkumi Sistem Sokongan Keputusan,Sistem Maklumat Eksekutif,Sistem Pakar,Sistem Pengkomputeran Pengguna Akhir,Sistem Maklumat Strategik,Sistem Maklumat Perniagaan,Sistem Maklumat Bersepadu dan Sistem Maklumat Pengetahuan.

Sistem maklumat ditaktifkan sebagai satu kombinasi terdiri daripada manusia, perkakasan,rangkaian dan perisian data yang bertanggungjawab mewujud, mengumpul, menukar dan mengagihkan maklumat dalam sesebuah organisasi.Menurut mereka lagi sistem ini adalah kitaran proses mewujud atau memperolehi serta mengumpulkan maklumat daripada pelbagai bentuk,memproses dan menukar maklumat yang diperoleh kedalam bentuk yang diinginkan. Dalam konteks persekitaran sistem maklumat dalam sesebuah organisasi perniagaan masa kini,terdapat beberapa justifikasi yang membawa kepada pentingnya pembelajaran sistem maklumat berdasarkan tuntutan dan perubahan persekitaran semasa.Antaranya adalah justifikasi penggunaan teknologi maklumat dalam sesebuah organisasi atau firma menjadi bidang teras kepada pembangunan kejayaan perlaksanaan dasar ekonomi berteraskan pengetahunan (K-Ekonomi) terutama di Negara Malaysia.Ini kerana K-Ekonomi menuntut segenap lapisan masyarakat supaya menggunakan aplikasi dan teknologi maklumat perniagaan pada kadar yang maksima.Pakar dalam bidang sistem maklumat atau teknologi maklumat menjadi pembimbing dan pemimpin kepada masyarakat peniaga khususnya terutama dari sudut penggunaan aplikasi dan teknologi sistem maklumat perniagaan.

Selain itu, justifikasi lain ialah dari aspek pembelajaran mengenai teknologi sistem maklumat merupakan penyokong kepada peningkatan perniagaan melalui siber iaitu perniagaan internet.Kadar kegiatan di internet telah meningkat dan ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) perniagaan semakin sedar bahawa perniagaan dalam talian semakin menguntungkan.Ianya diyakinkan lagi dengan jangkaan bahawa  hasil e-dagang akan meningkat daripada RM 1.6 billion pada tahun tersebut (2004) kepada RM 11.4 billion dalam tahun 2014.Berdasarkan keputusan tersebut,tenaga kerja pakar dalam teknologi sistem maklumat amat diperlukan untuk menjan perkembangan perniagaan secara atas talian seantero dunia. Justifikasi seterusnya adalah teknologi sistem maklumat berperanan penting dalam mengurangkan jurang buta komputer dikalangan pekerja dalam sesebuah organisasi terutama dalama negara Malaysia.Menurut Rancangan Malaysia Ketujuh Kajian Separuh Penggal (2000) didapati kadar buta komputer dan teknologi maklumat agak tinggi.Dengan adanya platform dan projek teknologi maklumat seperti Pusat Komuniti Siber,Pusat Internet Desa,Perpustakaan Siber dan sebagainya ianya dilihat dapat mengurangkan jurang perbezaan diantara masyarakat bandar dan luar banda.Malahan masyarakat luar bandar juga mendapat peluang untuk meningkatkan kadar literasi sistem maklumat dan dapat menjana kewangan dalam mengedarkan perniagaan mereka ke serata dunia.

Bidang teknologi sistem maklumat atau sistem maklumat merupakan penghubung diantara pelbagai industri atau syarikat.Malahan ianya memudahkan syarikat mengaji pekerja atau graduan mahir dalam mengembangkn pasaran sesebuah organisasi.Justeru itu,masyarakat atau pekerja itu sendiri perlu memiliki kemahiran teori,kemahiran menganalisis komputer dengan cekap dan tepat dengan menggunakan daya fikir kreatif dalam membuat keputusan dan mempunyai nilai yang diperlukan dalam industri atau organisasi. Bidang teknologi maklumat dilihat sebagai asas kepada menghramonikan sektor perniagaan dengan teknologi maklumat semasa. Sinergi di antara teknologi sistem maklumat dan perniagaan adalah penting untuk meningkatkan daya saing peniagaan seterusnya membawa kepada kejayaan entitui perniagaan alam maya.Oleh yang demikian,sesebuah syarikat perlu melantik pekerja yang terdiri daripada graduan yang menjurus kepada perniagaan,pengurusan sumber manusia atau sebagainya yang memiliki kemahiran pengetahuan dalam bidang perniagaan terutama sistem maklumat bagi memberikan nilai tambah kepada kemahiran sedia ada. Sistem maklumat mempunyai peranan nya terutama dari aspek menjalankan fungsi pemasaran,menghasilkan strategi pemasaran yang terbaik,memproses data transaksi organisasi dengan cekap,menghubungkan secara atas talian dengan pelanggan dan pembekal,mempercepatkan aktiviti transaksif,membantu organisasi untuk bersaing dan terus bertahan di pasaran,menguruskan rekod-rekod organisasi dan sumber manusiah serta membantu penyelesaian masalah organisasi.

Justifikasi seterusnya dilihat sebagai membantu pembangunan usahawan. Penggunaan dan implimentasi teknologi maklumat berfungsi dalam membantu usahawan IT bumiputera atau firma-firma untuk mengembangkan aktiviti e-niaga ke pentas antarabangsa.Sistem maklumat dalam bidang perniagaan mempunyai fungsi dari sudut Perakaunan iaitu untuk menyimpan semua rekod transaksi organisasi dengan tepat. Sementara itu dari aspek penjanaan dokumen ianya dilihat sebagai pengeluaran dokumen perniagaan seperti invois,penyata bulanan dan sebagainya.Seterunya Laporan kawalan yang menjadi asas kepada laporan yang dijanakan hasil daripada operasipemprosesan transaksi yang bertujuan untukmengawal operasi organisasi.Malahan sistem ini dilihat mempunyai pelbagai kelebihan menggunakan sistem maklumat dalam bidang perniagaan Penjimatan kos operasi,menjimatkan masa,memudahkan pelanggand serta  mengurangkan risiko.Jelasnya ia dilihat menjadi pedoman kepada justifikasi sistem ini kepada perniagaan pada masa kini.

3.0 PROSES YANG TERLIBAT DALAM PERANCANGAN SISTEM MAKLUMAT

            Perancangan sistem maklumat merujuk kepada satu proses yang menggunakan strategi, matlamat dan maklumat organisasi bertujuan mengenalpasti dan memilih sesuatu sistem untuk di bangunkan serta masa yang sesuai untuk membangunkan sistem tersebut.Perancangan sistem ditakrifkan sebagai panduan untuk menunjukkan arah pembangun sistem , rasional pembangunan sistem,situasi semasa, strategi pengurusan, perancangan, mengimplementasi dan belanjawan yang bermatlamatkan mengelakkan pertindihan sistem,menyatukan aplikasi-aplikasi semasa,memastikan sistem dibangunkan mengikut nilai dalam mencapai sesuatu objektif,memastikan sistem dihubungkait dengan perancangan induk serta memastikan pengguna memang menggunakan atau memerlukan sistem tersebut. Proses yang terlibat dalam perancangan sistem maklumat dalam sesebuah organisasi adalah melalui Perancangan Strategik dan Enterprise Analysis atau Peracangan Sistem Perniagaan.

Perancangan stategik merupakan pengenalpastian dan perincian strategi jangka masa panjang.Ianya perlu diusahakan berdasarkan langkah-langkah seperti menyelesaikan  isu-isu perancangan asas, mengumpul maklumat penting, mewujudkan analisa situasi dan mengenalpasti kekangan-kekangan perancangan.Seterusnya sesebuah organisasi perlu setkan objektif dengan menyediakan dokumen perancangan strategic terutama  dari sudut Perancangan Pengoperasian yang mana ianya merupakan pengenalpastian perincian dan penjadualan kerja untuk melaksanakan tugas-tugas strategik. Proses atau langkah dalam perancangan pengoperasian serta dari aspek kenalpasti projek melalui pemilihan gabungan optimum projek dan kemudian menentukan keutamaan lalu menagihkan sumber-sumber dan jadualkan projek dan kemudian menyediakan dokumen perancangan pengoperasian.

            Seterusnya adalah melalui proses Enterprise Analysis atau Perancangan Sistem Perniagaan.Ianya merupakan satu pendekatan yang membantu organisasi dalam membangunkan perancangan sistem maklumat untuk memenuhi keperluan maklumat jangka masa panjang dan pendek organisasi. Objektif dalam proses ini adalah menterjemahkan misi, strategi dan struktur organisasi ke dalam bentuk sistem.Kedua menentukan keutamaan sistem maklumat dan menentukan sumber bagi memastikan ianya mendapat pulangan yang tinggi dan yang ketiga adalah merancang sistem maklumat untuk kegunaan jangka masa panjang berdasarkan proses di dalam organisasi. Terdapat dua (2) kaedah dalam perancangan Enterprise Analysis iaitu perancangan atas ke bawah.Ianya memerlukan kumpulan pengurusan atasan melakarkan strategi, misi, dan objektif organisasi kepada kumpulan penyelidik. Seterusnya penyelidik akan menemubual secara sistematik pengurus-pengurus di alam organisasi untuk mengenalpasti bagaimana objektif akan dilaksanakan dan proses-proses yang terlibat di dalam organisasi. Selepas itu kumpulan penyelidik akan menilai jenis-jenis data yang diperlukan untuk menyokong proses organisasi. Akhirnya kumpulan penyelidik akan membuat rekabentuk untuk mengenalpasti perhubungan antara jenis-jenis data dengan proses organisasi dan yang kedua adalah perancangan bawah ke atas yang mana ianya melibatkan aktiviti pembangunan aplikasi oleh pengguna akhir. Setiap aplikasi perlu menyediakan fungsi perniagaan yang menyokong misi dan objektif organisasi. Terdapat tujuh (7) langkah atau kaedah proses perancangan maklumat bagi memastikan keberkesanan perancangan sistem maklumat organisasi selaras dengan keperluan perniagaan iaitu dari aspek:-

i)             Perancangan Taktika

Pengurusan  taktikal menerangkan tentang bila dan bagaimana sesebubauh  matlamat stategik dapat direalisasilan dalam jangka masa yang pendek.Ianya merupakan satu perancangan yang terperinci dan tertumpu kepada aktiviti-aktiviti tempoh yang terdekat dengan hadirnya pelan yang bertindak untuk mengukur pembangunan dan prestasi dalam perancangan stategik organisasi dan berfokuskan penjadualan pembangunan sistem maklumat (IS.)

ii)           Perancangan Operasi

Percangan operasi adalah berkaitan dengan   pelaksanaan aktiviti-aktiviti harian dengan mengambil berat terhadap tugasan dan sumber yang mesti dilaksanakan. Isu ini mestilah memastikan fungsi sistem tersebut mengutamakan objektifnya termasuk menangani kekangan atau halangan pada fungsi berkiatan contohnya teknologi,sumber manusia dan kewangan.

iii)          Misi Korporat

Proses menentukan misi korporat adalah sangat penting dari setiap sudut fungsi sesebuah organisasi, syarikat atau firma. Semua pengurusan dalam pelbagai peringkat cawangan, cabang dilihat perlu memberi fokus pada misi tersebut. Oleh itu perancangan stategik bermula dengan misi korporat yang memperjelaskan matlamat dan tujuan organisasi secara terperinci dan menyeluruh. Visi dan misi yang digubal menetapkan hala tuju organisasi serta pencapaian yang diinginkan. Selain daripada itu, visi dan misi yang ditetapkan akan menentukan masa hadapan yang lebih baik daripada pencapaian semasa organisasi. Visi dan misi hendaklah difahami dan dikongsi bersama oleh setiap individu dalam organisasi.

vi)   Misi Sistem Maklumat

Misi terdiri daripada komponen matlamat-matlamat yang perlu digapai dengan penggunaan sistem maklumat yang konsiten dengan matlamat pembangunan sesebuah organisasi. Pengurusan sistem maklumat merancang misi sistem maklumat berlandaskan matlamat pembangunan sesebuah organisasi, misalnya misi MARA adalah menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera.Oleh  yang demikian setiap cabang samaada bahagian kewangan, bahagian korporat, bahagian pengurusan dan sebagainya perlu bersatu hati dalam mencapai misi syarikat tersebut.

iv)          Visi Sistem Maklumat

Pengurusan sistem maklumat dalam sesebuah organisasi telah mengariskan visi sistem maklumat terhadap telekomunikasi, perkakasan dan perisian yang bakal menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi berkaitan contohnya seorang pelanggan yang diberikan kebenaran untuk mengakses laman web organisasi untuk mendapatkan maklumat atau carian berkaitan syarikat tersebut.

v)           Perancangan Strategik

Sesebuah organisasi perlu mempunyai perancangan yang strategik yang yang dilakukan untuk perancangan tiga ke lima tahun dalam sistem maklumat syarikat  yang mengandungi tindakan yang perlu digunakan berkaitan teknologi maklumat  dan kemudahan sistem yang memenuhi tiga kriteria yang teridiri daripada sejajar dengan perancangan strategik organisasi,menyediakan seni bina teknologi maklumat untuk membolehkan aplikasi,pangkalan data dan pengguna disambung dan diintegerasikan dalam proses mencapai objektif sesebuah organisasi.

vi)          Belanjawan

Dalam usaha memajukan sesebuah organisasi perancangan aktiviti atau program organisasi perlu selaras dan bersesuian dengan sumber kewangan syarikat. Misalnya jika Syarikat A hendak melaksanakan acara Sukan Larian Amal Peringkat Syaikat,maka mesyuarat perlu dijalankan untuk memastikan sumber kewangan mencukupi dan pelaksanaan aktiviti tersebut disokong dan disertai sejumlah peserta yang mencukupi bagi mengelakkan berlaku pembaziran  perbelanjaan.

 

4.0 SOKONGAN SISTEM MAKLUMAT BAGI PERINGKAT PENGURUSAN

Sistem maklumat didefinisikan sebagai sejenis modul yang berkaitan dengan pengumpulan, pemasukan, penyimpanan, pemprosesan, pengeluaran dan penyebaran maklumat.Sistem maklumat pengurusan didefinisikan sebagai interaksi antara manusia dan mesin yang bertujuan untuk mengurus organisasi melalui pengumpulan dan penyebaran maklumat.Ia merujuk kepada set keseluruhan sistem perniagaan yang direka bentuk untuk memproses data yang rutin serta menjana maklumat bagi kegunaan pembuat keputusan.Sistem ini juga merupakan set komponen yang saling berkaitan antara satu dengan yang lain serta melaksanakan fungsi pemprosesan data atau maklumat dengan cekap.Tujuan Sistem Maklumat Pengurusan (MIS) ditubuhkan adalah untuk membangunkan sistem yang berdaya maju bagi memaksimumkan penggunaan kaedah data terkini yang berkesan terhadap amalan-amalan pengurusan.Pembangunan dan penggunaan sistem maklumat pengurusan dewasa ini berhadapan dengan pelbagai cabaran berikutan perubahan dalam dan luaran dalam sesebuah organisasi.Dalam membantu mencapai matlamat ,visi,misi dan fungsi sesebuah organisasi,beberapa jenis sistem maklumat dibangunkan dengan kesesuaian berlandaskan tiga (3) tahap pengurusan mengikut kategori-kategori yang telah digariskan dalam sistem yang diagihkan kepada berikut:-

i)  Tahap Pengurusan Operasi - Sistem Sokongan Operasi

            Pengurusan operasi merujuk kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan serta mengawasi perlaksanaan operasi harian organisasi.Mereka perlu memastikan tugasan yang telah diberikan dan dijadualkan dapat dilaksanakan tepat pada masanya.Dalam tahap ini masalah yang sering berlaku adalah masalah berstruktur yang dapat ditangani dengan prosedur khusu. Oleh itu Sistem Maklumat Transaksi diwujudkan bagi membantu pengurusan di tahap ini.TPS mampu untuk mengumpul segala maklumat berkaitan dengan urus niaga perniagaan dan memprosesnya bagi menghasilakan output yang relevan. Sistem sokongan operasi dikategorikan kepada tiga iaitu Sistem Pemprosesan Urus Niaga (TPS),Sistem Kawalan Proses(PCS) dan Sistem Kolaboratif Perusahaan(ECS).Sistem Pemprosesan Urus Niaga(TPS) digunakan semasa tahap operasi dimana ia melaksana dan merekod segala urus niaga harian dalam sesebuah organisasi contohnya sistem pengajian,sistem pendaftaran,sistem permintaan pelanggan dan sistem membuat keputusan.

ii)  Tahap Pengurusan Tahap Pertengahan - Sistem Sokongan Pengurusan Taktikal        

            Sementara itu aras kedua dalam sokongan sistem maklumat adalah tahap pengurusan pertengahan iaitu sistem pengurusan taktikal yang mana pengurus bertanggungjawab membuat perancangan yang sederhana dalam organisasi.Ianya melibatkan bidang tugas yang terlibat dalam penjadualan dan belanjawan.Dalam aras ini masalh yang acapkali berlaku adalah bersifat semi-striktur yang memerlukan input maklumat dari peringkat pengurusan strategic dan pengurusan operasi.Ini kerana pengurus di tahap ini berperanan memastikan semua arahan dari pihak pengurusan staretgik dpat dijayakan oleh pengurus operasi. Sistem sokongan pengurusan taktikal terdiri daripada tiga (3) teraju utamanya iaitu Sistem Maklumat Pengurusan(MIS),Sistem sokongan Keputusan(DSS) dan Sistem Automasi Pejabat (OAS).Istilah Sistem Maklumat Pengurusan (MIS) secara umumnya dilihat sebagai interaksi antara manusia dan mesin yang bertujuan untuk mengurus organisasi melalui pngumpulan dan penyebaran maklumat.Terdapat dua definisi DSS iaitu dari sudur definisi am dimana DSS merupakan sistem yang menyediakan kemudahan untuk penyelelesaian masalah dan komunikasi dalam penyelesaian masalah berstruktur.Pengertian kedua adalah dari aspek khusus iaitu DSS meujuk kepada sebuah sistem yang menyokong para pengurus atau sekumpulan kecil pengurus yang bertugas sebagai pasukan menyelesaikan masalah yang menemui penyelesaian pada masalah separa berstruktur dan memberi maklumat atau cadangan berkaitan dengan keputusan yang tertentu.

            Sistem maklumat pengurusan dapat membantu pengurus-pengurus peringkat pertengahan menjalanklan kerja-kerja pemantauan, pengawalan, pembuat keputusan dan juga aktiviti-aktiviti pengurusan secara pelaporan berkala contohnya sistem kawalan perlokasian semula melaporkan tentang kos pemindahan,pencarian dam pembiayaan rumah bagi pekerja di semua bahagian syarikat dengan tujuan membantu mengetahui sama ada kos sebenar melebihi belanjawan yang ditetapkan atau tidak.Terdapat enam (6) ciri-ciri MIS seperti membolehkan pengguna akhir menghasilakan laporan yang diperlukan melalui pengaturcaraan tertentu,mampu menyediakan maklumat untuk kegunaan para pengurus strategik dan taktikal, menyediakan laporan dalam bentuk salinan lembut atau bercetak, menggunakan data dalaman dan luaran, menyediakan laporan menggunakan format kekal dan seragam contohnya laporan kewangan berkala akan mempunyai medan dan jenis data  yang sama pada lokasi yang sama pada setiap laporan. MIS telah digunakan secara meluas dalam organisasi pengurusan perniagaan seperti perbankan,Jabatan Bendahari,Jabatan Akauntan,Jabatan Kastam,Jabatan Pendaftaran dan lain-lain.Peranan MIS dalam pengurusan antaranya adalah sistem ini menyediakan maklumat-maklumat yang membantu pengurusan dalam operasi,pengurusan dan pemprosesan membuat keputusan.Selain itu sistem maklumat pengurusaan merupakan sistem berkomputer kerana ia melibatkan penggunaan perkakasan,perisian,pengkalan data, prosedur, analisis, model, pengawalan, pengawasan,p erancangan dan pemprosessan keputusan.Malahan di dalam sesebuah organisasi,pengawalan dan penyelarasan operasi, proses membuat keputusan adalh sangat rumit dan kompleks,oleh itu pihak pengurusan memerlukan maklumat tentang aktiviti seperti maklumat jualan

 

            MIS berperanan dalam pengurusan kerana sistem maklumat pengurusan merupakan satu sistem bersepadu.Dalam pembangunan sesebuah organisasi,pengawalan dan penyelarasan operasi serta proses membuat keputusan agak rumit dan kompleks.Oleh itu pihak pengurusan memerlukan memerlukan maklumat tentang perjalanan aktiviti harian syarikat seperti maklumat jualan,promosi dan pemasaran,aktiviti persaing,jumlah pembayaran gaji dan kos-kos yag terlibat.MIS bergantung kepada sistem pemprosesan transaksi yang wujud bagi mendapatkan data dari pelbagai pihak. Di tahap pengurusan taktikal,pengurus bertanggungjawab membuat perancangan jangka pendek yang sederhana bagi organisasi,Anatar bidang tugas yang terlibat ialah penjadual dan perancangan belanjawan.Selain itu pengurus juga bertanggungjawab untuk mengagih-agihkan sumber serta mengawasi perlaksanaan tugas setiap unit dibawahnya. MIS mempunyai kemampuan analitikal yang amat terhad. ini menjadi landasan penting dalam membantu pengurusan pelbagai peringkat menjalankan kerja-kerja pemantauan, pengawalan dan membuat keputusan dalam sesebuah pentadbiran. Sebagai contoh,sistem kawalan lokasi dapat melaporkan tentang kos pemindahan,pencaria dan pembiayaain rumah bagi pekerja di sebuah firma dengan tujuan mengetahui samaada kos sebenar melebihi belanjawan yang ditetapkan atau tidak. MIS digunakan secara meluas alam pengurusan organisasi perniagaan pada abad ini terutama syarikat kewangan dan perbankn,pertukaran Wang,Jabatan Akauntan,Jabatan Pendaftara,Jabatan Kastam dan lain-lain.MIS merupakan sistem khusus yang diterbitkan pengurus dalam menguruskan sesebuah organisasi kearah mencapai matlamat dan objektifnya melalui unsur fungsi,sumber,pengawalan dan sebagainya.Sistem Ini memberikan impak positif terhadap industri syarikat kecil dan syarikat besar kerana ianya boleh di akses serta merta melalui telefon,laptop dan sebagainya.Selain itu pengguaan sistem maklumat pengurusan dalam pengeluaran dan pengoperasian yang fleksibel membenarkan firma atau kilang-kilang besar menawarkan kuantiti barangan dan amaun yang boleh diubah suai.Ianya jelas dilihat dengan penggunaan sistem ini,pelbagai manafaat dipeolehi oleh pelbagai pihak.

            Seterusnya pula adalah Sistem sokongan Keputusan(DSS) yang ditakrifkn oleh pakar yang dikenali sebagai Turban et.al(2005) sebagai pendekatan atau kaedah untuk menyokong dalam membuat keputusan.DSS juga berasaskan web dan internet dibangunkan untuk menyokong pembutan keputusan,menyediaan capaian dan menganalisa data.Sesetengan DSS disasarkan kepada pengurusan demi menarik minat pelanggan dengan menyediakan maklumat atau peralatan yang membantu dalam membuat keputusan sesuatu produk misalnya. Turban at.al (2005) berpendapat tiada ciri-cri tertentu dn piawaiaan terhadap sistem DSS.Business Intelligence adalah berkaitan rapat dengan sistem ini namun ia lebih kepada pelaksanaan web.Aplikasi ini adalah berkaitan dengan e-dagang yang tergolong dalam pengursan pembangunan produk dan nilai rantaian perniagaan. DSS dalam konteks sokongan keputusan dalam sesebuah organisasi bercirikan keupayaannya dari sudut sokongan membuat keputusan pada semua tahap pengurusan iaitu daripada eksekutif,atasan dan pengurusan lini.DSS juga menyokong untuk independent dan sequential decision dan ianya menjelaskan bahawa keputusan boleh dijalankan sekali,beberapa kali atau berulang kali bahkan sistem ini juga menyokong dalam kepelbagaian proses membuat keptusan,reka bentu,kumpulan maya dan pelaksanaan sesuatu aktiviti. Menurut Laudon dan Laudon (2oo2) kompenan DSS terdiri aripada lima (5) perisian iaitu pangkalan data yang digunakan untuk pertanyaan dan analisis,perisan sistem ydng dibangunakan melalui model tertentu,perlombongan data dan perlatan analisis,antara muka pengguna dan penggunan sistem.

iii)    Tahap Pengurusan Strategik - Sistem Pengurusan Stategik

Tahap yang tertinggi dalam struktur piramid sokongan sistem maklumat adalah sistem pengurusan stategik.Pengurusan tahap ini bertanggungjawab mengenalpasti visi, misi, matlamat, objektif, stategi dan polisi-polisi organisasi yang perlu dilaksanakan. Oleh itu perancangan perlu di buat dengan teliti bagi memastikan sebarang keputusan yang diambil tidak akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Masalah yang timbul dalam tahap ini kebiasanya adalah tidak berstrukur dan ianaya menjadi landasan peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul pengurus tahap ini.Dalam usah membantu pengurus tahap ini Sistem Maklumat Eksekutif (Axecutive Information System-EIS),Sistem Sokongan Eksekutif )Executive Support System-ESS) dan Sistem Autonomi Pejabat(Office Automation System_OAS) diwujudkan.          

     Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) mula diperkenalkan oleh Robin Mathew melalui kajiannya yang dijalankan di Kingston BusineEIS School di United Kingdom pada pertengahan tahun 1980-an. Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) ditakrifkan sebagai penggunaan sistem komputer yang saling berhubung secara lagsung diantara komputer peribadi dengan komputer terminal melalui konteks pelaksanaan proses urus niaga.Ia menjadi medium yng memudahkan segala maklumat dan laporan dihantar terus kepada pihak eksekutif dan pengurusan kerana di sistem ini dihubungakan dalam pelbagai peringkat dalam organisasi. EIS merupakan ‘tools’ yang menyediakan capaian secara langsung terhadap maklumat yang relevan iaitu mengikut masa,tepat dan boleh digunakan dalam semua aspek perniagaan bersesuian dengan kehendak eksekutifnya. Objektif sistem ini adalah untuk menyediakan akses yang mudah dan cepat khususnya terhadapa faktor-faktor kejayan kritikal bagi sesebuah firma.Selain itu terdapat tiga (3) objektif utama kearah pembangunan EIS iaitu menyokong pengetahuan pengurus,capaian maklumat yang tepat dan sebagai sokogan kepada sistem sedia ada.

     Terdapat lapan (8) saluran utama dalam menyokong konsep dan prinsip EIS iaitu antara muka pengguna,pengkalan data eksekutif, kemudahan kumpul dan gabung data,teknik persembahan,teknik perlombongan data,teknik perancangan,tekinik komunikasi dan alat pembangunan. Melalui penggunaan EIS pengurus eksekutif mendapat maklumat daripada pelbagai sumber termasuk memo, surat, jadual, laporan, mesyuarat, panggilan telefon dan sebagainya.EIS dijadikan sebagai alat sokongan dn mejadi keperluan semasa para eksekutif dalam sesebuah organisasi contohnya esekutif boleh melihat rekod dan laporan yang terkini serta dapat membanti esketutif meneliti dan menilai maklumat yang dilaporan dengan had masa yang maksimum. EIS memperbaiki sistem kawalan dan perancangan organisai kerana sifatnya yang sentiasa membekalkan maklumat secara berterusan dan ianya dilihat meningkatkan kecekapan memperolehi data dengan membaiki sistem komunikasi dan kaedan akses maklumat.Ianya menyediakan pelbagai kemudahan seperti sistem status online,analisis data,tepat dan menghadkan masa dengan baik dan dapat memberikan eksekutif memperolehi ketepatan yang efiseien dalam membuat keputusan.

            Kesimpulanya, kesemua sistem yang dibangunkan secara amanya berperanan untuk menyokong pembuat keputusan dengan menyediaakan maklumat yang berkaitan dengan faktor kejayan yang perlu diusahakann untuk mencapai objektif yang ditetapkan dalam setiap peringkat sistem pengurusan sokongan. sistem ini menjadi landasan penting dalam menyokong dan mempertingkatkan prestasi pengurusan organisasi,syarikat atau firma-firma dalam konteks persekitaran semasa. MIS digunakan pada peringkat pengurusan sesebuah organisasi dengan menyediakan laporan-laporan bagi para pengurus syarikat serta menyediakan akses dalam talian kepada perkembangan terbaru organisasi. Ianya memberikan pendedahan tentang kepentingan ilmu penggunaan teknologi terkini bagi memastikan semua masrakat tidak ketinggal di belakang kerana bidang ini telah menjadi sumber pembangunan ekonomi serantau. Sistem maklumat,sistem komputer dan internet telah memberikan pelbagai faedah kepada organisasi,masyarakat dan individu.Pembangunan aplikasi sistem maklumat membolehkan organisasi meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja pada zaman siber ini.Dalam memajukan dunia siber semua puhak perlu mempelajari proses dan prosedur sesuati sistem sebagai nada kepada pembangunan dalam perancangan dan membukaan sesebuah sistem dalam meningkatkan keupayaan sesebuah organisasi.Teknologi cepat berkembang melalui masa dan memberikan faedah kepada dunia.Semua pihak dalam struktur organisasi perlu bersama-sama menghadapi kesulitan dan kerumitan prosedur dan proses sepanjang pembangunan sesebuah organisasi untuk mengapai matlamatnya.

 

 



Pembangunan kerjaya dalam organisasi

Bagaimana berlaku pembangunan kerjaya dalam organisasi?      T erdapat tiga faktor utama berlakunya pembangunan kerjaya yang mana ianya me...