Isnin, 30 Julai 2018


KOSMETIK  MENGANDUNGI  RACUN  BERJADUAL


Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd ditubuhkan pada 01hb Disember 2006 secara kecil-kecilan dan telah melayarkan bantera perniagaanya menjadi Syarikat Korporat yang secara meluas pada 01hb Mei 2008. Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd terletak di negeri perak dan beralamat di Wisma Vida Beauty, C-G-5 Greentown Suria,Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Perak. Syarikat ini beroperasi bermula pada jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari isnin hingga Sabtu.(Empayar:2018). Pengasas syarikat ini ialah Datuk Seri Dr Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Dr Vida iaitu seorang usahawan dan jutawan selebriti berjaya di Malaysia.Beliau dilahirkan di negeri Kelantan dan telah berkecimpung dalam dunia perniagaan kosmetik hampir 16 tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Pendidikan dan Perniagaan di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.Seterusnya melanjutkan pelajaran hingga peringkat  PHD jurusan Biologi di Universiti Charles Molnar, Hungary. Visi Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd adalah mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran dengan pakej lengkap beserta produk yang berkualiti dan yang terbaik dan misi Syarikat tersebut pula adalah menjadi ikon kecantikan dan sumber inspirasi kepada semua lapisan umur terutamanya wanita yang menginginkan kejayaan di dalam dunia perniagaan. Moto Syarikat ini ialah Vida Beauty sentiasa mengutamakan keperluan dan kehendak pelanggan mengikut keadaan semasa. Slogan syarikat pula adalah “Kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki" dan "Vida Beauty melengkapi dunia kecantikanmu"
  
Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd mempunyai tiga puluh lapan (38) cawangan di beberapa negeri dalam Malaysia iaitu Perak, Kelantan, Pulau Pinang, Terangganu, Kedah dan Kuala Lumpur. Vida Beauty mempunyai tenaga pekerja seramai satu ratus dua puluh (120) orang yang berkelulusan dan berdaya kental dalam membantu meningkatkan operasi dan sasaran yang diaturkan oleh pihak pengurusan syarikat.Mereka terdiri daripada pengurus,pemasrana,pembungkusan sehingga ke peringkat penjualan. Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengeluar produk-produk kesihatan dan kecantikan. Antara produk keluaran Vida Beauty yang terkenal ialah Pamoga,Vida Beauty Pamoga 6, Vida Beauty Pamoga Cream,Vida Beauty Vitalia,Vida Beauty Ginger SPA,Qu Puteh Million Cell,Qu Puteh Collagen,Qu Puteh Kosmetik,Qu Puteh Serum,Supra Qu Puteh,Qu Puteh Mineral lipstick Stemcell,Qu Puteh. Menurut pakar yang dikenali sebagai Regester dan Larkin (2002) isu ditakrifkan sebagai satu keadaan atau peristiwa sama ada dalaman atau luaran organisasi yang mana jika ia berterusan akan mengakibatkan kesan yang signifikan terhadap fungsi dan prestasi organisasi terhadap kepentingnya pada masa akan datant. Dalam tugasan saya ini, isu yang saya dapati bagi Syarikat Vida Beuty Sdn Bhd, adalah kosmetik yang dipasarkan didapati mengandungi racun berjadual sebagaimana yang dipetik dari laporan berita Mstar bertarikh 27 Mei 2017.


‘Qu Gebu AP’ Krim yang merupakan salah satu produk yang paling laris milik jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai Dr Vida, telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas alasan keselamatan pada tahun 2017 kerana didapati mengandungi racun berjadual. FBHQP (2016) menyatakan diawal pemasaran produk ‘Qu Gebu AP Krim pada tahun 2016 ianya dijual dengan harga RM 32.00 untuk satu produk dan hanya dijual di farmasi yang terpilih.Walaubagaimanpun KKM telah mengumumkan produk Qu Gebu AP Krim sebagai salah satu diantara tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual pada sidang berita yang diadakan pada 27 Mei 2017 selain daripada produk Night Glowing, Night Glow, Glowing Speed Gold Day Cream dan Glowing Speed Gold.Menurut berita Mynewshub (2017) Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, racun-racun berjadual yang dikesan di dalam produk-produk berkenaan adalah merkuri, hydroquinone dan tretinoin.Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.Malahan ia juga didapati boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.Ketua Pengarah KKM juga berkata “Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” jelasnya. Produk kosmetik yang dicampur dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.


Oleh yang demikian Kementerian Kesihatan Malaysia menegaskan, penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta kerana penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Menurutnya lagi “Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Ketua Pengarah tersebut juga menegaskan bahawa Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. Produk yang tersenai lagi tidak dibenarkan diimport,dikilang,diedar dandijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.Berhubung perkara tersebut juga, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menasihatkan orang ramai yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik itu untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Intihanya, para pengguna atau pengemar peralatan kosmetik dan orang ramai adalah perlu untuk menyemak status notifikasi sesuatu barangan atau produk kecantikan yang ingin dibeli atau digunakan. Orang awam  mestilah mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik yang tersenarai sebagai berbahaya dan mengandungi racun dan bahan kimia yang terlarang kerana ianya membawa kepada kemudaratan dan kesan yang berpanjangan terhadap sistem badan manusia. Pihak Kerajaan dibawah kelolaan Kementerian kesihatan Malaysia telah menyediakan kemudahan laman sesawang rasmi untuk dilayarai iaitu  National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) untuk memudahkan pengguna mengetahui dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan produk-produk kecantikan yang sedang berlumba-lumba dipasaran pada masa kini. Oleh itu setiap individu perlu peka dan mengambil tanggungjawab dalam membeli barangan dipasaran dan berhati-hati serta perlu memiliki sifat was-was dalam diri untuk kesihatan dan sebagai langkah berjaga-jaga demi kesejahteraan sejagat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pembangunan kerjaya dalam organisasi

Bagaimana berlaku pembangunan kerjaya dalam organisasi?      T erdapat tiga faktor utama berlakunya pembangunan kerjaya yang mana ianya me...