Isnin, 31 Julai 2017

KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM KELUARGA

KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM KELUARGA

Komunikasi bermaksud memindahkan dan menyampaikan mesej,idea,pemikiran, pengetahunan atau maklumat daripada satu pihak ke pihak lain melalui pertuturan,perbuatan, tulisan atau lukisan yang melibatkan pihak penghantar dan pada abad ke 21 ini masyarakat Malaysia telah berkomunikasi dengan cara yang berbeza melalui empat generasi yang berbeza iaitu veteran,anak merdeka,generasi X dan generasi Y.Perkataan Keluarga berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga "kulawarga" yang bererti "ahli" dan "kelompok kerabat". Keluarga adalah persekitaran di mana beberapa orang yang masih mempunyai hubungan darah, bersatu dan terdiri dari ayah,ibu dan anak-anak. Keluarga dapat ditakrifkan sebagai satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama dalam satu kesatuan atau unit masyarakat yang kecil yangmana biasanya ianya melibatkan hubungan darah,ikatan perkawinan atau ikatan lainnya dan tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh ketua keluarga dan makan dalam satu periuk.Keluarga merupakan persekitaran pertama anak-anak sejak dilahirkan dan konteks komunikasi keluarga seringkali menjadi isu utama kepada perbincangan berkaitan dengan berfungsinya sesebuah keluarga sebagai satu entiti kepada masyarakat pasca globalisasi hari ini.

Kepentingan komunikasi dapat dilihat apabila ia merupakan penanda aras bagi seluruh interaksi antara manusia samaada perseorangan,kelompok dan organisasi. Komunikasi berfungsi sebagai satu kaedah dalam memujuk dan medium dalam keakraban hubungan keluarga seperti adik beradik,ibu bapa,saudara mara,kakak,abang dan lain-lain. Pada dasarnya manusia merupakan makhluk sosial yang tidak dapat hidup sendiri yang memerlukan orang lain untuk memenuhi keperluannya terutama dari segi komunikasi di mana ia akan berinteraksi, menyampaikan kehendak,perasaan dan gagasan atau idea yang dimilikinya. Kehidupan manusia diwarnai dengan pergaulan atau komunikasi di antara manusia dalam keluarga,lingkungan masyarakat,sekolah,tempat kerja,organisasi sosial dan lains sebagainya untuk menyampaikan kehendak,perasaan atau idea yang ada pada individu.Komunikasi menjadi asas bagi aliran maklumat kepada seluruh keluarga melalui pelbagai kaedah samaada melalui keluarga,jiran atau teknologi.Komunikasi dijadikan sebagai kaedah dalam perkongsian maklumat.Dalam konteks keluarga,komunikasi menjadi platform dalam menyampaikan maklumat sebagai contoh dalam isteri yang sedang sakit akan menyampaikan makumat dan berinteraksi dengan ahli keluarga lain seperti anak-anak,kakak,ayah atau suami yang terdapat dalam sebuah sistem keluarga itu,dengan ini komunikasi tersebut ia memberi maklumat dalam penjagaan kesihatan mahupun kesejahteraan keluarga itu dan dapat disimpulkan ia membantu dalam peringkat awal kesihatan seseorang individu mahupun sesebuah isntitusi keluarga dan ianya memberi gambaran bahawa komunikasi yang baik dari pelbagai sudut merupakan penanda arah dalam menjana keluarga bahagia dan hidup secara aman damai tanpa sebarang perselisihan atau perdebatan.

Salah satu kepentingan komunikasi dalam keluarga adalah mempengaruhi dan memberikan penyelesaian dalam membentuk keharmonian sesebuah sistem keluarga.Hal ini dapat dilihat kerana keluarga merupakan satu kesatuan yang mempunyai satu ikatan dan saling mempengaruhi diantara satu sama lain.Komunikasi membina kehangatan,menambah semangat kehidupan seseorang dan memberikan keceriaan dalam hidup sesama manusia.Sebagai contohnya sesebuah keluarga yang berkomunikasi dengan positif bersandarkan motivasi dan asuhan yang baik yangmana ianya memberikan semangat kepada anak-anak atau remaja supaya tidak berputus asa dan tidak mundur dalam pelbagai bidang yang diceburi.Kepentingan komunikasi juga dilihat dapat mengurangkan tekanan kepada semua pihak dan ianya juga dapat mewujudkan komuniti baru dalam sesbuah institusi keluarga dan masyarkat umumnya.Malahan kepentingan dari segi pengaruh ini juga akan membantu remaja yang sedang melangkah kealam dewa untuk tidak terjebak ke dunia sengsara berpandukan dorongan nasihat daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain seperti adik beradik,nenek dan lain-lain sebagai arah hidup normal dan dipenuhi kasih sayang.sementelahan juga,komunikasi dianggap sebagai jambatan menuju penyelesaian terhadap pelbagai permasalahan yang muncul dalam diri,keluarga atau masyarakat.

Fungsi atau kepentingan komunikasi berikutnya adalah dari segi membentuk keperibadian yang mana komunikasi yang baik dan berkesan akan membentuk keperibadian anak atau ahli keluarga lain menjadi terbuka,fleksibel dan bersahabat. Komunikasi dalam keluarga juga membentu dari segi menghiburkan dalam kehidupan sesebuah keluarga. Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Manap 2015, ibu bapa yang memiliki ilmu atau pendidikan yang baik akan membentuk peribadi anak-anak atau ahli keluarga yang lain kerana kerana mereka diajar dan bentuk komunikasi juga berbeza mengikut peredaran zaman.Era ini kita dapat melihat pendidikan merupakan tugas keluarga yang utama iaitu dari segi memberikan didikan agama atau moral kepada anak-anak atau keluarga lain sebagai mempersiapkan dan mematangkan mereka menjadi anggota masyarakat yang berguna dan baik pada masa akan datang dan menjadi generasi penerus keturunan yang berjaya.Selain itu terbentuknya norma-norma positif juga terhasil daripada komunikasi yang dibina melalui sistem pembelajaran yang dihadapai seharian.Dari sudut ini juga,pastinya membawa kepada pembentukan negara bangsa kerana remaja atau belia hari ini akan menjadi akar penerus masa depan negara dapat dilihat belia atau remaja hari ini mempunyai tanggugjawab dan peranan untuk belajar bersunguh-sunguh demi menatapkan diri dari segi ilmu pengetahuan supaya dapat memberikan sumbangan kepada masa depan negara. 

Kesimpulanya, kita perlu memahami bahawa setiap ras masyarakat memiliki komposisi komunikasi dan had umur yang berlainan serta cara penyampian perkongsian yang berbeza. Maka wajar bagi semua pihak memainkan peranan mendengar dengan baik, memberi perhatian dan meletakkan kepercayaan diantara satu dengan yang lain kearah melestarikan budaya masyarakat madani dan memiliki entiti yang maju dari segi ilmu, personaliti dan ketrampilan demi menjaga imej dan nama baik negara Malaysia kepada dunia global.



Ahad, 30 Julai 2017

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH


KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH


Kemahiran berfikir ditakrifkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep,aplikasi,analisis,sintaksis dan menilai maklumat melalui penghasilan pengamatan dan pengalaman.Kemahiran berfikir merupakan landasan kepada kepercayaan dan keyakinan dalam sesuatu tindakan dan ianya didapati selari dengan apa yang diutarakan oleh pengasas sebuah badan pemikiran kritis yang dikenali sebagai The Center for Critical Thinking’ di Amerika Syarikat iaitu Dr.Richard Paul.Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir,cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.Menurut seorang tokoh pemikir bernama Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir dapat dikaitkan dengan pemikiran  lateral yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah,tetapi juga melihat perkara itu berdasarkan pelbagai perspektif bagi tujuan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

            Terdapat dua komponen utama dalam kemahiran berfikir iaitu merangkumi berfikir secara kritis dan berfikir secara kreatif.Kemahiran berfikir secara kritis menekankan kebolehan analitikal terutama bagaimana untuk meneliti hujah, menganalisis, mengkategorikan dan penakulan dalam mencapai sesuatu maklumat atau kesimpulan..Menurut Beyer (1985), pemikiran kritis ialah process of determining the authenticity,accuracy and worth of information or knowledge claim.Beliau juga menambah bahawa pemikiran kritis mempunyai dua dimensi utama iaitu kerangka minda dan beberapa operasi mental yang spesifik.Sementara itu,kemahiran secara kreatif pula dilihat sebagai kaedah pemikiran yang memfokuskan kepada penerokaan idea, penjanaan pengetahuan serta membangunkan pendapat yang akan membawa kepada penghuraian. Menurut Anne,2012 pula kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti

Kepenting kemahiran berfikir adalah dari aspek keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah dipelajari kepada situasi yang lain atau baru.Kemahiran berfikir penting dalam proses meninggikan keupayaan menangani masalah kerana melaluinya hal demikian individu dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan tindakan.Bahkan juga dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dgn lebih  produktif.Kemahiran berfikir dapat digunakan terutama dalam menganalisa sesuatu masalah dan isu untuk mendapatkan fakta yang spesifik contohnya bagaimana hendak bekerja dengan ketua yang sukar tanpa menjejaskan hubungan seperti menarik rambut rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak.Tujuan utama kemahiran berfikir dapat dilihat dari perspektif berikut:

a)      Membanding dan membeza

Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang  membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu.Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara dua tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan seperti  nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti segi tiga dan piramid, dua peristiwa dan sebagainya.Alat berfikir yang boleh digunakan ialah Pengurusan Grafik Membanding dan  Membeza.

b)     Membuat kategori

Kemahiran mengkategori ialah aktiviti minda yang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan mimilih maklumat serta meletakkan sesuatu perkara itu di bawah satu label ,tajuk dan sebagainya, anda sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda mengklasifikasi dan mengkategori.

c)      Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan

Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan.Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap  bahagian itu berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.


Penyelesaian Masalah Dan Tujuan

            Penyelesaian masalah didefinisikan sebagai satu proses yang kognitif yang mana pelbagai maklumat akan digunakan dalam usaha mencari jalan penyelesaian dalam mencapai sesuatu matlamat. Antara ahli pakar yang telah memperkenalkan pendekatan penyelesaian masalah adalah John Dewey (1910) dan Helen Harris Perlman (1957, yang mana menurut kedua-dua teori tersebut menjelaskan penyelesaian masalah sebagai satu bentuk kaedah pertolongan yang melibatkan proses-proses tertentu.Sementara itu,ahli pakar bernama Torrence (1973) telah mengtakrifkan penyelesaian masalah sebagai suatu proses dimana seseorang itu menjadi peka terhadap masalah dan ini menyebabkan individu tersebut mencuba untuk mencari jalan penyelesaian,mengubah andaian dan mengubah kehidupan.Konsep penyelesaian masalah termasuk dalam kompenan berfikir secara kritis dan kreatif.
            Kemahiran penyelesaian masalah diperlukan apabila wujud sesuatu rintangan dalam mencapai matlamat.Penyelesaian masalah merupakan keupayaan menggunakan minda untuk mencari idea dan langkah-langkah mengatasi kekurangan atau halangan yang ada untuk mencapai objektif yang dihasratkan.Menyelesaikan masalah dengan bijak adalah penting dalam kehidupan seharian kita kerana dapat memajukan lagi kehidupan kita dengan ciptaan dan rekaan teknologi yang lebih canggih dan menjadikan kehidupan kita lebih selesa dan selamat. Pengasas terkenal teori penyelesaian masalah telah mencipta Model Polya.Model ini merupakan satu model pengajaran yang terulung dan sering dijadikan sumber rujukan utama para penyelidik lain. Model penyelesaian masalah yang diutarakan oleh Polya (1957) ini berasaskan heuristik. Model ini telah merupakan satu model pengajaran yang terulung dan sering dijadikan sumber rujukan utama para penyelidik lain. Heuristik ialah sesuatu strategi atau teknik mental yan dilakukan tetapi tidak semestinya diakhiri dengan penyelesaian yang diingini. Dalam konsep ini maslaah dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil dengan mengambil kira faKtor-faktor gambaranmenyeluruh dan mengasingkan fakta penting berkaitan masalah yang bermula dari belakang di mana langkah yang akhir diberi perhatian dahulu dan kemudian berganjak ke langkah pertama untuk menyemak sama ada ia menepati matlamat.Model Polya ini mengandungi empat fasa iaitu memahami masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak masalah dan penyelesaiaannya semula

            Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu. Menyelesaikan sesuatu masalah boleh dijadikan sebagai cabaran kepada seseorang. Seseorang akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya terdesak untuk menanggani keadaan yang tidak menyenangkan. Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif,maka pilihan itu hendaklah dipertimbangkan semula ataupun ditolak. Kepentingan penyelesaian masalah dapat dilihat terutama dalam membantu mentor memberikan proses pertolongan dengan lebih tersusun,cekap dan berkesan.Manfaat atau kebaikan penyelesaian masalah adalah dari segi kerahsiaan mana-mana pihak yang bersengketa terjamin,membantu mengelakkan berlaku kelambatan yang diakibatkan oleh prosedur atau birokrasi dimana ianya dilaksanakan secara jujur dan amanah.Selain itu kaedah penyelesaian masalah juga dapat dilaksanakan secara rasional dan objektif dengan melihat sebab dan rintangan,mengamalkan proses penyelesaian masalah yang sistematik,membantu meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah.

Intihanya, negara Malaysia sedang menuju Wawasan 2020 dan berada dalam zaman ledakan teknologi dan maklumat.Dalam usaha mencapai negara maju,negara kita sedang berada dalam zaman persaingan ekonomi perindustrian yang hebat dan memerlukan persaingan daya fikir yang bersifat kritis,inovatif, imaginatif dan kreatif.Rakyat Malaysia perlu memiliki pemikiran yang berkualiti, logik, kreatif dan inovatif dalam mencapai transformasi impian Wawasan 2020 demi mencapai matlamat negara maju dengan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai kearah pembangunan sejagat.Dalam melahirkan insan minda pertama, setiap lapisan masyarakat yang bermula daripada kanak-kanak hingga peringkat warga tua perlu belajar dan berinteraksi bagaimana untuk terus memperoleh pengetahuan sepanjang hayat mereka.Masyarakat seharusnya dapat bersama-sama menggabung jalin ilmu yang berbeza serta mewujudkan dan memanfaatkan pengetahuan baharu melalui penggunaan teknologi hari.  Dengan menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting,termasuk pemikiran kritis, penaakulan, pemikiran kreatif dan inovasi teknologi berkompeten ianya mampu melatih minda dan mental dalam masyarakat Malaysia yang berdaya saing serta mahir dalam pelbagai bidang bahkan mampu membolehkan percambahan pemikiran serta mengeksplotasikan kemahiran berfikir berlaku dikalangan masyarakat tanpa mengira kaum dan keturunan.

Pembangunan kerjaya dalam organisasi

Bagaimana berlaku pembangunan kerjaya dalam organisasi?      T erdapat tiga faktor utama berlakunya pembangunan kerjaya yang mana ianya me...