Sabtu, 20 Julai 2019

DEFINISI LATIHAN SECARA KESELURUHAN


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LATIHAN    

            Latihan merupakan satu kaedah perlaksanaan yang bersistematik yang mempunyai prosedur dan aturan yang tersendiri dalam memastikan sesuatu kemahiran dan bakat dapat diperkembangkan. Latihan juga boleh menjadi satu instrumen dalam meningkatkan kemahiran, tabiat dan juga pengetahuan yang boleh dikembangkan melalui latihan. Latihan juga disifatkan sebagai satu kaedah perlaksanaan dalam sesebuah organisasi dalam memastikan kemahiran dan pengetahuan berada dalam tahap yang optimum dalam melaksanakan pekerjaan yang diberikan.Latihan juga diibaratkan sebagai satu aktiviti yang berstruktur yang dilaksanakan bertujuan untuk memberikan pengetahuan, atau aturan untuk seseorang dalam meningkatkan prestasi dan kemahiran mereka dalam sesuatu perkara. Latihan juga diibaratkan sebagai persediaan bagi seseorang terhadap sesuatu perkara, yang mana ianya melibatkan beberapa perlaksanaan aktiviti dalam meningkatkan prestasi berdasarkan kepada kemahiran dan pengetahuan yang terlibat. Pendefinisian yang lebih singkat tentang latihan adalah sesuatu keadaan yang melatih seseorang dalam meningkatkan sesuatu yang ingin ditingkatkan sama ada secara fizikal, emosi dan juga intelektual

            Terdapat pelbagai faedah yang dapat diperoleh melalui latihan dan pembangunan kepada sesebuah pengurusan organisasi sama ada organisasi itu kecil atau besar. segala perancangan dan strategi yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi dapat dicapai apabila mempunyai perkaitan terhadap latihan iaitu pabila seseorang pekerja menjalani latihan, dia akan mendapat pengalaman baru dan mampu untuk mengaplikasikan di dalam pekerjaannya. Selain itu, pekerja juga dapat merangka pelbagai strategi yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh organisasi.Seterusnya adalah aspek keberkesanan iaitu memberi kesan positif terhadap pengurusan organisasi supaya lebih kompetitif dan berkesan dalam menjalankan tugas. Secara tidak langsung dengan adanya latihan dapat meningkatkan persaingan antara pekerja untuk melakukan tugas dengan lebih berkesan dan berkualiti serta meningkatkan kefahaman antara pekerja dan majikan. Selain itu, latihan dan pembangunan juga dapat membina hubungan baik ketika bekerja, sama ada pekerja dengan pekerja mahupun pekerja dengan majikan.



            Dengan melihat kepada perubahan arus globalisasi dunia yang semakin canggih khususnya dalam perkembangan teknologi itu sendiri, latihan yang diberikan adalah sangat penting, kerana ianya mempunyai keupayaan dalam mengasah kemahiran dan menambahkan pengetahuan tidak kira ianya berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada pekerjaan yang dijalankan oleh seseorang individu tersebut. apatah lagi dengan adanya kompleksiti pengetahuan, kecelaruan media massa dan juga perubahan yang konsisten dalam bidang pekerjaan menjadikan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada semakin berkembang dari hari ke hari seiring dengan ledakan globalisasi abad ini. Latihan ditakrifkan sebagai satu aktiviti pembelajaran yang berorientasikan matlamat jangka pendek yang mengkehendaki seseorang individu itu melaksanakan tugasnya dengan efektif dan efisien sejurus selepas tamat program pembelajarannya. Contohnya, seorang kerani yang biasanya menggunakan mesin taip untuk menulis dokumen menjalani latihan agar mahir menggunakan komputer dan perisian Microsoft Office yang baru dibeli oleh majikan sebagai gantian kepada mesin taip yang bersifat konvensional.

CADANGAN LATIHAN PALING DIGEMARI DALAM ORGANISASI

            Teknik latihan mentor,latihan bersama jurulatih, ceramah dan pembelajaran kendiri merupakan teknik latihan paling disukai dan digemari oleh organisasi dalam membentuk pekerja atau pelatih mahir dalam bidang kerja seterusnya mencapai matlamat organisasi. Kaedah teknik mentor yang meliputi kaedah persembahan oleh jurulatih untuk menyampaikan kandungan latihan menerusi pengalaman yang telah sedia ada. Kaedah ini menekankan konsep model atau contoh-contoh fizikal untuk memudahkan pemahaman pelatih. Hasilnya pelatih cepat memahami berdasarkan kepada model yang ditunjukkankan tersebut. Semakin banyak majikan kembali kepada masa depan dengan melaksanakan program latihan perantisan, satu pendekatan yang bermula semasa “Zaman Pertengahan”. Latihan demontrasi merupakan proses berstruktur yang membolehkan individu menjadi pekerja mahir melalui gabungan pengajaran dalam kelas dan latihan dalam kerja. Kaedah ini digunakan dengan meluas untuk melatih individu bagi pelbagai jenis kerjaya termasuklah juruelektrik dan tukang paip.

            Latihan demontrasi secara asasnya melibatkan perletakkan pelajar atau perantis di bawah asuhan seorang tukang yang mahir. Cadangan teknik latihan yang ketiga ini melibatkan sikap individu. Ianya latihan yang bersifat psikologi yang mana ianya penting dalam membentuk sahsiah diri pekerja yang bertanggungjawab, berkebolehan, berkepimpinan dan berkaliber serta beramanah dalam menjalankan pekerjaan yang diceburi. Latihan ini juga dikenali sebagai latihan sentiviti, yang mana ianya berfungsi sebagai salah satu medium untuk mengasah interaksi sosial antara pekerja dan pekerja serta antara pekerja dan pelanggan. Ianya akan melalui beberapa kajian kes dan senario yang tertentu yang mana akan melibatkan penyelesaian permasalahan yang tertentu. Melalui latihan mentor, pelatih atau pekerja akan melalui beberapa situasi yang membolehkan mereka untuk mengenalpasti, menilai dan bertindak balas dengan kaedah yang bersesuaian dalam penyelesaian dalam permasalahan. Ianya sekaligus menunjukkan bahawa, pekerja tersebut mempunyai motivasi dalam melawan dan mengawal perasaan yang negatif yang membolehkan kerja yang dilakukan merosot

            Kaedah latihan bersama jurulatih ditakrifkan sebagai teknik hubungkait secara terus antara pelatih atau individu dan jurulatih dalam memberi arahan-arahan yang jelas. Jurulatih akan bertindak sebagai juru pandu dan memberi sokongan kepada pelatih, dengan lain perkataan jurulatih lebih membantu secara langsung kepada individu-individu supaya segala persoalan tentang pengetahuan, skil dan pengalaman terjawab. Kaedah ini juga boleh memudahkan pemahaman pelatih dimana sebarang bentuk kemusykilan akan dijawab oleh jurulatih secara terperinci–dari satu individu kepada individu yang lain. Walaubagaimanapun kaedah ini memerlukan masa dan kawalan yang lebih semasa latihan dijalankan. Masalah akan wujud apabila jurulatih tidak mencukupi bagi satu-satu sesi latihan disamping kos yang agak tinggi implikasi dari jurulatih yang lebih ramai. Latihan yang melibatkan pengetahuan iaitu teknik ceramah. Selain dari penimbahan ilmu dalam pekerjaan secara langsung, pelatih juga boleh menerima latihan dalam meningkatkan pengetahuan secara intensif semasa berlangsuang sesi ceramah. Latihan ini adalah latihan yang berbentuk seminar. Dalam latihan seminar ini, ianya memberikan satu aspek pendedhana yang lebih berfokus kepada pelatih mahupun pekerja dan dalam masa yang sama mereka turut mempunyai masa untuk berehat

            Teknik latihan yang paling digemari dalam memacu pembangunan organisasi adalah Teknik pembelajaran kendiri iaitu latihan bersifat tidak formal. Ia adalah merupakan asas terhadap kaedah pembelajaran kendiri dimana anggapan bahawa pembelajaran yang paling efektif adalah apabila pelajar atau pelatih itu sendiri dapat mengenal pasti apakah dia permasalahan yang dihadapi. Pendekatan yang digunakan pada permulaannya, adalah pelatih dikehendaki mengenal pasti apakah tanggungjawab efektifnya bersesuaian dengan maklumat yang mungkin ditemui, dan kemudiannya memberi pelatih ‘outline’ terhadap maklumat yang diperlukan dan berharap pelatih dapat menggunakannya untuk menyiapkan sesuatu projek. Ia adalah sebahagian dari program yang dirancang bersama laporan yang dihantar kepada seseorang seperti pengurus bahagian, ketua bahagian atau orang yang bertanggungjawab didalam memastikan latihan dapat dijalankan dengan jayanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pembangunan kerjaya dalam organisasi

Bagaimana berlaku pembangunan kerjaya dalam organisasi?      T erdapat tiga faktor utama berlakunya pembangunan kerjaya yang mana ianya me...