Selasa, 16 Julai 2019

Teknik Latihan Dalam Kerja


8 teknik atau cara yang paling digemari oleh orgnisasi dalam Teknik Latihan Dalam Kerja (On The Job Training)


            Latihan ditakrifkan sebagai satu aktiviti pembelajaran yang berorientasikan matlamat jangka pendek yang mengkehendaki seseorang individu itu melaksanakan tugasnya dengan efektif dan efisien sejurus selepas tamat program pembelajarannya. Contohnya, seorang kerani yang biasanya menggunakan mesin taip untuk menulis dokumen menjalani latihan agar mahir menggunakan komputer dan perisian Microsoft Office yang baru dibeli oleh majikan sebagai gantian kepada mesin taip yang bersifat konvensional.Latihan dalam kerja diklasifikasikan sebagai latihan yang dilaksanakan di tempat kerja sebenar. Latihan ini merujuk kepada latihan keatas pekerja baru atau pekerja yang tidak berpengalaman untuk belajar dengan memerhatikan rakan sekerja atau pengurus melaksanakan sesuatu kerja di samping mencuba atau meniru gelagat tersebut.Teknik latihan dalam kerja memberi peluang kepada pekerja baru memperolehi ilmu,mempelajari selok belok di tempat kerja dan melakukan kerja dengan bimbingan penyelia yang berpengalaman.Kaedah atau teknik ini merupakan latihan tertua dan paling kerap dilakukan sebagai latihan formal sesebuah organisasi.Terdapat lapan teknik atau cara yang paling digemari oleh orgnisasi dalam Teknik Latihan Dalam Kerja (On The Job Training):

i.          Pusingan Kerja (Job Rotation) 

     Pusingan Kerja (Job Rotation) didefinisikan sebagai kaedah di mana sesebuah organisasi melaksanakan dasar memberi peluang melaksanakan kerja lain bagi memastikan setiap pekerja mempunyai kemahiran yang luas.Tujuan utama teknik pusingan kerja diadakan oleh organisasi adalah untuk memberi pendedahan dan pemahaman tentang fungsi keseluruhan organisasi disamping menyesuaikan kakitangan dengan aktiviti-aktiviti dalam organisasi.Latihan melalui pusingan kerja dilakukan dengan menempatkan pelatih dibeberapa jabatan di dalam satu organisasi secara bergiliran yang mana ianya direka bentuk untuk menambah kemahiran pelatih atau pekerja melalui bimbingan dan pemantauan seorang penyelia.Melalui kaedah ini, pelatih juga akan memperolehi pelbagai pengalaman kerja serta berpeluang melihat hubungan bahagian-bahagain organisasi secara menyeluruh. Pusingan kerja juga merupakan suatu cara yang baik untuk melengkapkan pekerja dengan kemahiran pengurusan am. Pusingan kerja haruslah disesuaikan dengan keperluan dan keupayaan pelatih supaya berkesan.
ii.         Latihan Panduan Kerja
            Kerja mengandungi penjelasan secara terperinci tentang perkara-perkara yang dipelajari. Latihan panduan kerja menjadi bekalan dan rujukan kerja-kerja mereka kerana latihan panduan dan dilaksanaan oleh pelatih atau pekerja sepanjang tempoh latihan.Panduan kerja  dipecahkan kepada empat langkah latihan bemula dengan mempersiapkan pelatih atau pekerja memahami harapan organisasi,memperkenalkan tugasana secara berperingkat agar mereka mampu melaksanakan kerja dengan baik dan berkesan,penyelia juga akan memantau perkembangan prestasi kerja pelatih sehingga mereka mampu berdikari sendiri.Teknik latihan panduan kerja memerlukan pemantauan dijalankan dari masa kesemasa sekaligus memaklumkan prestasi kerja pelatih setiap masa bertujuan memberi peluang kepada pekerja membuat penambahbaikan dan mengatasi kelemahan mereka.
iii.        Teknik Bimbingan dan Kaunseling
            Teknik ketiga dalam kaedah latihan dalam kerja adalah melalui bimbingan dan kaunseling. Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah laku ke arah yang positif manakala Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih .

iv.        Teknik Mentor

            Kaedah terakhir iaitu kaedah keempat dalam hierarki latihan semasa kerja adalah teknik mentor yang mana teknik ini didefinisikan sebagai kaedah melibatkan pemadanan pasangan kakitangan lama atau kanan denga yang muda atau pekerja baru.Kaedah ini dilihat mampu memberikan imej positif kepada pelatih baru kerana akan mendapat nasihat,sokongan dan bantuan kakitangan yang berpengalaman dan berpandangan jauh dan mengetahui selok belok tugasan yang digalas. Pementoran terbahagi kepada dua fungsi iaitu aspek mentor memberikan penajaan, kejurulatihan, melindungi dan sokongan kepada menti dan fungsi psikososial yang bermaksud mentor memberi sokongan berbentuk emosi atau kaunseling kepada menti.Setiap organisasi mempunyai tahap kepelbagaian yang berbeza dari aspek kepercayaan, orientasi, keprihatinan, tekanan, kekuatan dan kelemahan. Oleh itu, pekerja baru akan diberi ruang dan peluang melakukan tugasan tersebut sambil dilihat dan awasi oleh kakitangan lama dan dalam masa yang sama sebarang kelemahan,kesilapan atau kesalahan kerja yang dilakukan oleh pelatih dapat ditegur dan dibetulkan secara terus oleh pekerja lama.

v.         Demonstrasi.

Demonstrasi atau kadang kala di gelar ‘sitting next to Nellie’, adalah merupakan kaedah yang selalu digunakan ketika latihan dijalankan. Ia meliputi kaedah persembahan oleh jurulatih untuk menyampaikan kandungan latihan menerusi pengalaman yang telah sedia ada. Kaedah ini menekankan konsep model atau contoh-contoh fizikal untuk memudahkan pemahaman pelatih. Hasilannya pelatih cepat memahami berdasarkan kepada model yang ditunjukkankan tadi. Walaubagaimanapun, kaedah ini memberi kesan negatif kepada jurulatih sendiri. Kepayahan untuk mendapatkan model yang benar-benar sesuai ujud apabila penerangan yang diberikan bersama model yang ditunjukkan tidak dapat membantu pemahan pelatih. Sebaliknya pelatih keliru dengan model tidak sesuai semasa penerangan. Disamping itu juga kos yang agak tinggi diperlukan kerana implikasi dari model yang hendak digunakan tadi.

vi.        Latihan bersama Jurulatih.
Kaedah ini adalah berbeza dengan kaedah Demonstrasi dimana ianya adalah hubungkait secara terus antara pelatih (individu) dan jurulatih dalam memberi arahan-arahan yang jelas. Jurulatih akan bertindak sebagai juru pandu dan memberi sokongan kepada pelatih, dengan lain perkataan jurulatih lebih membantu secara langsung kepada individu-individu supaya segala persoalan tentang pengetahuan, skil dan pengalaman terjawab. Kaedah ini juga boleh memudahkan pemahaman pelatih dimana sebarang bentuk kemusykilan akan dijawab oleh jurulatih secara terperinci–dari satu individu kepada individu yang lain. Walaubagaimanapun kaedah ini memerlukan masa dan kawalan yang lebih semasa latihan dijalankan. Masalah akan ujud apabila jurulatih tidak mencukupi bagi satu-satu sesi latihan disamping kos yang agak tinggi implikasi dari jurulatih yang lebih ramai

vii.       Latihan Buat Kendiri.

Ia adalah merupakan asas terhadap kaedah pembelajaran kendiri dimana anggapan bahawa pembelajaran yang paling efektif adalah apabila pelajar atau pelatih itu sendiri dapat mengenal pasti apakah dia permasalahan yang dihadapi. Pendekatan yang digunakan pada permulaannya, adalah pelatih dikehendaki mengenal pasti apakah tanggungjawab efektifnya bersesuaian dengan maklumat yang mungkin ditemui, dan kemudiannya memberi pelatih ‘outline’ terhadap maklumat yang diperlukan dan berharap pelatih dapat menggunakannya untuk menyiapkan sesuatu projek. Ia adalah sebahagian dari program yang dirancang bersama laporan yang dihantar kepada seseorang seperti pengurus bahagian, ketua bahagian atau orang yang bertanggungjawab didalam memastikan latihan dapat dijalankan dengan jayanya.

viii.      Pembelajaran Tindakan.

Dalam pembelajaran tindakan, sekumpulan pelatih pengurusan dikehendaki bekerja sepenuh masa mengkaji dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh jabatan-jabatan organisasi sendiri atau yang dihadapai oleh organisasi-organisasi lain. Setiap pelatih akan diberi tugasan dalam projek-projek yang tertentu. Dari masa ke semasa, pelatih yang terlibat akan bermesyuarat akan membincangkan penemuan dan kemajuan tugasan atau projek masing-masing. Ahli-ahli kumpulan pembelajaran tindakan lazimnya akan mahu memperbaiki sebarang kekurungan mereka jika kekurangan dirasakan sedang menjejskan keberkesanan mereka dalam menjalankan tugasan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pembangunan kerjaya dalam organisasi

Bagaimana berlaku pembangunan kerjaya dalam organisasi?      T erdapat tiga faktor utama berlakunya pembangunan kerjaya yang mana ianya me...