Selasa, 14 Ogos 2018

PENGENALAN KOMUNIKASI


PENGENALAN KOMUNIASI 

1.0        KOMUNIKASI

Komunikasi manusia ditarifkan satu rangkaian proses yang sangat halus melalui interaksi,mengawal antara satu sama lain dan memperolehi kefahaman.Manusia berkomunikasi diantara seseorang individu dengan orang lain dengan tujuan mengenali dan memahami serta mendapatkan maklumat. Definisi umum menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi dan perkongsian makna,pertukaran idea dan pendapat atau perkongsian maklumat sama ada dalam bentuk penulisan,simbol,bunyi-bunyian atau pertuturan yang disampaikan secara bersemuka ataupun melalui media massa. Robbins dan De Cenzo pada tahun 1998 telah menyatakan bahawa komunikasi melibatkan transmisi maksud dan maklumat kepada audiens.Menurut Dr Narimah dan dr Saodah melalui buku mereka yang bertajuk Kursus Komunikasi Organisasi pada tahun 2002, pakar dalam bidang ini iaitu Berelson dan Steiner pada tahun 1964 telah menyatakan komunikasi sebagai proses pemancaran maklumat.Pendapat ini turut disokong oleh Miller pada tahun 1966 dimana menurut beliau komunikasi adalah situasi apabila sumber memancarkan mesej kepada penerima dengan sedar dan bertujuan mempengaruhi perlakuan penerima. Objektif orang yang berkomunikasi atau berinteraksi dengan orang lain adalah untuk membentuk keseragaman. Komunikasi manusia sentiasa berlaku setiap hari yang mana ianya diklasifikasikan kepada empat jenis iaitu:-

i.          Komunikasi Intraperibadi (Intrapersonal)

Komunikasi ini berlaku dalam diri seseorang yang melibatkan perasaan,pemikiran dan cara menilai diri sendiri.Dalam konteks komunikasi jenis ini,didapati individu itu sendiri memegang dua peranan iaitu sebagai sumber dan penerima yangmana mesej disampaikan melalui saluran otak yang akan memproses mesej tersebut kemudian maklumbalas berlaku melalui bercakap sendiri,mengeluh,menjerit atau menolak sesuatu idea untuk diganti dengan idea-idea lain.

ii.         Komunikasi Antara Perseorangan (Interpersonal)        

Komunikasi jenis ini berlaku apabila dua orang komunikator berkomunikasi atau berinteraksi antara satu sama lain yang melibatkan dua atau lebih orang dalam satu masa.Komunikasi jenis ini merangkumkan kesemua unsur komunikasi dengan memindahkan mesej atau idea menggunakan perkataan lisan yang diungkapkan beserta gaya bahasa badan menggunkan saluran penglihatan dan pendengaran.Maklumbalas dalam komunikasi jenis ini sangat tinggi dengan kadar gangguan yang rendah kerana setiap pihak bersemuka dan mempunyai peluang untuk memastikan tujuan interaksi difahami atau tidak seperti perbincangan,nasihat atau arahan.

iii.        Komuniksi Kumpulan Kecil (Small Group)
           
Komunikasi ini terjadi apabila sekelompok atau sebilangan kecil manusia bertemu untuk mengatasi masalah yang dilaksanakan secara formal samaada melalui perbicangan atau mesyuarat.Proses komunikasi menjadi kompleks kerana biasanya jumlah peserta yang berinteraksi adalah diantara empat ke dua puluh orang dimana semua pihak akan menerima sumber yang dibincangkan dan adakalanya berlaku kekeliruan disebabkan ramai penghantar idea atau mesej.

iv.        Komunikasi Awam (Public)

Dari segi komunikasi awam pula,sumber penerima iaitu pengucap akan menyampaikan mesej atau idea kepada audiens yang ramai bilangannya melebihi dua puluh orang contohnya konvensyen,forum dan dialog.Secara umumnya,maklumbalas dalam komunikasi awam adalah terhad dan berlaku secara formal.Biasanya pengucap menyampaikan mesej secara teratur dan berstruktur melalui saluran penglihatan dan pendengaran dengan lebih jelas dengan menggunakan sumber saluran atau visual tambahan seperti transparensi, slaid, carta singkap, power point dan sebagainya.


2.0        KELUARGA

Keluarga ditakrifkan sebagai satu unit terkecil dari masyarakat yang terdiri daripada dua orang atau lebih dengan adanya ikatan perkahwinan atau pertalian darah yang hidup dalam satu rumah tangga di bawah bimbingan seorang ketua rumah tangga serta berinteraksi sesama anggota keluarga dimana setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing sehingga dicipta untuk mempertahankan suatu kebudayaan.Menurut Efikusdian 2016, terdapat beberapa pandangan dari segi definisi keluarga dari beberapa pakar dimana menurut Duval dan Logan,1986,keluarga adalah sekumpulan orang dengan ikatan perkawinan, kelahiran dan pengambilan anak angkat yang bertujuan untuk mencipta serta mempertahankan budaya dan meningkatkan perkembangan fizikal,mental,emosi,serta sosial dari tiap anggota keluarga. Sementara itu menurut pakar yang dikenali sebagai Bailon dan Maglaya,1978 pula,keluarga merupakan dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumah tangga disebabkan adanya hubungan darah,perkawinan atau anak angkat dan saling berinteraksi antara satu dengan yang lain.Justeru itu,setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing dalam membina serta mengekalkan suatu budaya.Keluarga terbahagi kepada beberapa bentuk atau struktur berdasarkan berikut:-

1.     Kekuasaan

1,1  Patriakal iaitu keluarga yang dominan dan pemegang kekuasaan dalam keluarga tersebut adalah dipihak seorang ayah.
1.2   Matrikal adalah keluarga yang dominan dan ibu merupakan pemegang kekuasaan dalam keluarga tersebut.
1.3   Equalitarium pula merupakan keluarga yang mana pemegang kekuasaannya adalah  kekuasaan adalah dibawah genggaman ayah dan ibu.

  1. Perkahwinan
2.1   Monogami adalah keluarga di mana terdapat seorang suami dengan seorang isteri.
2.2   Poligami adalah keluarga di mana terdapat seorang suami dengan lebih dari satu isteri.

3.     Garis Keturunan

3.1   Patrilinear adalah keturunan sedarah yang terdiri daripada sanak saudara dalam beberapa generasi di mana hubungan itu disusun melalui jalur garis seorang ayah.
3.2   Matrilinear adalah keluarga sedarah yang terdiri daripada sanak saudara sedarah dalam beberapa ganerasi di mana hubungan itu disusun melalui jalur garis ibu.

4.     Penempatan

4.1   Patrilokal dimana pasangan suami isteri didapati tinggal bersama atau berhampiran dengan keluarga sedarah suami.
4.2   Matrilokal adalah pasangan suami isteri yang tinggal bersama atau berhampiran dengan keluarga satu isteri
4.3   Neolokal adalah pasangan suami isteri yang tinggal jauh dari keluarga suami maupun istri.

5.     Jenis Ahli Keluarga

5.1   Keluarga sederhana (Nuclear Family) iaitu keluarga yang terdiri dari ayah,ibu dan anak-anak.
5.2   Keluarga Besar (Extended Family) iaitu keluarga yang ditambah dengan sanak saudara contoh kakak, nenek, anak saudara, dan lain-lain.
5.3   Keluarga berantai (Serial Family) iaitu keluarga yang terdiri daripada wanita dan lelaki yang berkahwin lebih dari satu kali dan merupakan satu keluarga sederhana
5.4   Keluarga duda/janda (Single Family) adalah keluarga yang terjadi kerana perceraian atau kematian.
5.5   Keluarga mempunyai gabungan (Composite) adalah keluarga yang perkahwinannya berpoligami dan hidup secara bersama.
5.6   Keluarga hidup bersama (Cahabitation) iaitu dua orang yang berlaku tanpa perkahwinan tetapi membentuk suatu keluarga.



KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM SISTEM KELUARGA

Komunikasi bermaksud memindahkan dan menyampaikan mesej,idea,pemikiran, pengetahunan atau maklumat daripada satu pihak ke pihak lain melalui pertuturan,perbuatan, tulisan atau lukisan yang melibatkan pihak penghantar dan penerima. Pada abad ke 21 ini masyarakat Malaysia telah berkomunikasi dengan cara yang berbeza melalui empat generasi yang berbeza iaitu veteran,anak merdeka,generasi X dan generasi Y. Keluarga berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga "kulawarga" yang bererti "ahli" dan "kelompok kerabat".Keluarga adalah persekitaran di mana beberapa orang yang masih mempunyai hubungan darah, bersatu dan terdiri dari ayah,ibu dan anak-anak. keluarga dapat ditakrifkan sebagai satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama dalam satu kesatuan atau unit masyarakat yang kecil yangmana biasanya ianya melibatkan hubungan darah,ikatan perkawinan atau ikatan lainnya dan tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh ketua keluarga dan makan dalam satu periuk.Keluarga merupakan persekitaran pertama anak-anak sejak dilahirkan dan konteks komunikasi keluarga seringkali menjadi isu utama kepada perbincangan berkaitan dengan berfungsinya sesebuah keluarga sebagai satu entiti kepada masyarakat pasca globalisasi hari ini.

Kepentingan komunikasi dapat dilihat apabila ia merupakan penanda aras bagi seluruh interaksi antara manusia samaada perseorangan,kelompok dan organisasi.Komunikasi berfungsi sebagai satu kaedah dalam memujuk dan medium dalam keakraban hubungan keluarga seperti adik beradik,ibu bapa,saudara mara,kakak,abang dan lain-lain.Pada dasarnya manusia merupakan makhluk sosial yang tidak dapat hidup sendiri yang memerlukan orang lain untuk memenuhi keperluannya terutama dari segi komunikasi di mana ia akan berinteraksi, menyampaikan kehendak,perasaan dan gagasan atau idea yang dimilikinya. Kehidupan manusia diwarnai dengan pergaulan atau komunikasi di antara manusia dalam keluarga,lingkungan masyarakat,sekolah,tempat kerja,organisasi sosial dan lains sebagainya untuk menyampaikan kehendak,perasaan atau idea yang ada pada individu.Komunikasi menjadi asas bagi aliran maklumat kepada seluruh keluarga melalui pelbagai kaedah samaada melalui keluarga,jiran atau teknologi.Komunikasi dijadikan sebagai kaedah dalam perkongsian maklumat.Dalam konteks keluarga,komunikasi menjadi platform dalam menyampaikan maklumat sebagai contoh dalam isteri yang sedang sakit akan menyampaikan makumat dan berinteraksi dengan ahli keluarga lain seperti anak-anak,kakak,ayah atau suami yang terdapat dalam sebuah sistem keluarga itu,dengan ini komunikasi tersebut ia memberi maklumat dalam penjagaan kesihatan mahupun kesejahteraan keluarga itu dan dapat disimpulkan ia membantu dalam peringkat awal kesihatan seseorang individu mahupun sesebuah institusi keluarga dan ianya memberi gambaran bahawa komunikasi yang baik dari pelbagai sudut merupakan penanda arah dalam menjana keluarga bahagia dan hidup secara aman damai tanpa sebarang perselisihan atau perdebatan.

Salah satu kepentingan komunikasi dalam keluarga adalah mempengaruhi dan memberikan penyelesaian dalam membentuk keharmonian sesebuah sistem keluarga.Hal ini dapat dilihat kerana keluarga merupakan satu kesatuan yang mempunyai satu ikatan dan saling mempengaruhi diantara satu sama lain. Komunikasi membina kehangatan,menambah semangat kehidupan seseorang dan memberikan keceriaan dalam hidup sesama manusia.Sebagai contohnya sesebuah keluarga yang berkomunikasi dengan positif bersandarkan motivasi dan asuhan yang baik yangmana ianya memberikan semangat kepada anak-anak atau remaja supaya tidak berputus asa dan tidak mundur dalam pelbagai bidang yang diceburi. Kepentingan komunikasi juga dilihat dapat mengurangkan tekanan kepada semua pihak dan ianya juga dapat mewujudkan komuniti baru dalam sesbuah institusi keluarga dan masyarkat umumnya. Malahan kepentingan dari segi pengaruh ini juga akan membantu remaja yang sedang melangkah kealam dewa untuk tidak terjebak ke dunia sengsara berpandukan dorongan nasihat daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain seperti adik beradik,nenek dan lain-lain sebagai arah hidup normal dan dipenuhi kasih sayang.sementelahan juga,komunikasi dianggap sebagai jambatan menuju penyelesaian terhadap pelbagai permasalahan yang muncul dalam diri,keluarga atau masyarakat.

Fungsi atau kepentingan komunikasi berikutnya adalah dari segi membentuk keperibadian yang mana komunikasi yang baik dan berkesan akan membentuk keperibadian anak atau ahli keluarga lain menjadi terbuka,fleksibel dan bersahabat.Komunikasi dalam keluarga juga membentu dari segi menghiburkan dalam kehidupan sesebuah keluarga. Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Manap 2015,ibu bapa yang memiliki ilmu atau pendidikan yang baik akan membentuk peribadi anak-anak atau ahli keluarga yang lain kerana kerana mereka diajar dan bentuk komunikasi juga berbeza mengikut peredaran zaman.Hari ini kita dapat melihat pendidikan merupakan tugas keluarga yang utama iaitu dari segi memberikan didikan agama atau moral kepada anak-anak atau keluarga lain sebagai mempersiapkan dan mematangkan mereka menjadi anggota masyarakat yang berguna dan baik pada masa akan datang dan menjadi generasi penerus keturunan yang berjaya.Selain itu terbentuknya norma-norma positif juga terhasil daripada komunikasi yang dibina melalui sistem pembelajaran yang dihadapai seharian.Dari sudut ini juga,pastinya membawa kepada pembentukan negara bangsa kerana remaja atau belia hari ini akan menjadi akar penerus masa depan negara dapat dilihat belia atau remaja hari ini mempunyai tanggugjawab dan peranan untuk belajar bersunguh-sunguh demi menatapkan diri dari segi ilmu pengetahuan supaya dapat memberikan sumbangan kepada masa depan negara.


FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KONFLIK DI KALANGAN AHLI KELUARGA

            Era globaliasi ketika ini memperlihatkan isu keruntuhan institusi keluarga menjadi bualan hangat seluruh rakyat Malaysia.Konflik merupakan satu proses yang dinamik dan berlaku dengan mengabungkan persepsi daripada individu dengan pihak lain yang mengalaminya.Selain itu,Konflik merupakan suatu masalah sosial yang timbul disebabkan wujudnya perbezaan pandangan atau pendapat dalam sesebuah kehidupan masyarakat yang membawa kepada masalah Negara.Menurutnya lagi seorang pakar dalam kajian konflik yang dikenali sebagai Alabanessa telah berpendapat bahawa keadaan yang mewujudkan percanggahan peluang dan destinasi oleh mana-mana pihak dalam mencapai sesuatu matlamat merupakan satu konflik.Sementara itu keluarga pula digambarkan sebagai satu kelompok manusia yang hidup bersama dalam satu kesatuan atau unit masyarakat kecil dan dipimpin oleh seorang ketua dimana mempunyai ikatan pertalian darah,ikatan perkahwinan dan sebagainya yang wujud dalam satu bumbung.Para ilmuan yang pakar dalam konflik iaitu Patricia Noller dan Mary Anne Fitzpatrick pada tahun 1993 telah mencatatkan bahawa konflik sebagai bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan berkeluarga.Konflik dalam keluarga berlaku apabila terdapat ahli-ahli keluarga yang tidak bersetuju atau berbeza pendapat mengenai sesuatu perkara dalam sistem kehidupan mereka yang wujud akibat faktor-faktor seperti masalah ekonomi,sosial,rohani dan masalah emosi yang merujuk kepada sumber kewangan,komunikasi,pendidikan atau agama dan masalah tekanan perasaan yang membawa kepada kesan keatas keseluruhan ahli-ahli keluarga.

            Kewangan merupakan perkara yang penting untuk memenuhi keperluan hidup.Wang mahupun harta kekayaan menjadi salah satu daripada tahap pengukur kebahagiaan seseorang.Masalah kewangan sering kali menjadi punca utama dalam konflik keluarga dimana terdapat banyak kes jenayah,penderaan,beban hutang,percerian dan lain-lain berlaku.Perceraian yang berlaku disebabkan oleh masalah ekonomi lazimnya cenderung kepada status ekonomi suami atau bapa.Hal ini kerana suami atau bapa merupakan ketua yang perlu menyara keluarga.Akibat status kewangan yang tidak stabil dan sumber pendapatan yang rendah maka kehidupan keluarganya akan menghadapi masalah yang mana sumber pendapatan yang rendah tidak mampu menampung ahli keluarga di samping peningkatan kos sara hidup dan keperluan yang semakin tinggi di kala ini.Sekiranya masalah ekonomi ini berpanjangan dan semakin serius, kehidupan rumahtangga menjadi tidak terurus dan porak peranda serta memberi tekanan kepada pihak isteri dan keluarga yang lain.Selain itu isu krisis kewangan seperti menghadkan perbelanjaan kewangan anak-anak dan permbelian perbelanjaan dapur juga menjadi punca utama konflik berlaku dimana anak-anak atau ahli keluarga memberontak,mengamuk dan berlaku pertengkaran antara ayah,ibu,anak-anak dan keluarga lain.

            Pada dasarnya manusia merupakan makhluk sosial yang tidak dapat hidup sendiri yang memerlukan orang lain untuk memenuhi keperluannya terutama dari segi komunikasi di mana ia akan berinteraksi,menyampaikan kehendak,perasaan dan gagasan atau idea yang dimilikinya.Kemelut atau konflik komunikasi dikalangan ahli keluarga berlaku disebabkan wujudnya suasana tidak harmoni dan melahirkan ketegangan atau konflik dalam sesebuah ikatan kekeluargaan.Menurutnya lagi kegagalan pasangan suami isteri untuk berkomunikasi dengan berkesana selalunya membawa kepada implikasi yang buruk terhadapa sesebuah rumahtangga dimana komunikasi atau interaksi yang agresif seperti memaksa pasangan menerima sesuatu pendapat dan sikap menengking menimbulkan reaksi pertelingkahan.Selain itu penggunaan nada suara yang turut berubah,menggunakan bahasa kasar atau kesat juga menimbulkan komunikasi yang tegang dikalangan pasangan,anak-anak atau keluarga yang lain.Bahkan suami isteri yang saling tuduh menuduh dan menyatakan bahasa pasangannya adalah punca kebosanan atau penderitaan yang dialami menjadi satu contoh titik komunikasi yang mendatangkan kemusnahan kepada seluruh keluarga yang menghadapi krisis.Kkonflik yang timbul dari segi rohani pula adalah lebih merujuk kepada pendidikan keagamaan.Pendidikan agama merupakan benteng yang kukuh untuk menahan seseorang individu daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak baik atau negatif.Walaubagimanapun mutakhir ini,ibu bapa atau institusi keluarga didapati tidak memberikan memberikan perhatian sewajarnya tehadap isu pendidikan agama anak-anak samaada di peringkat kanak-kanak,remaja dan belia.Perceraian ibubapa menyebabkan anak-anak kekurangan kasih sayang dan perhatian.Peranan sebagai ibubapa tunggal menyebabkan ibubapa tersebut lebih mementingkan aspek kewangan dan material.Hal ini kerana untuk menjamin keperluan keluarga yang perlu ditanggung dan dipenuhi.Namun begitu, tanggungjawab kepada anak-anak terabai termasuk dari aspek kasih sayang dan pendidikan. Kesannya,anak-anak akan kekurangan didikan terutamanya didikan agama.Apabila tiada didikan dan pengetahuan agama,maka anak-anak cenderung melakukan perkara yang sia-sia. Anak-anak yang menjadi mangsa perceraian akan kekurangan kasih sayang dan rasa dipinggirkan.Seterusnya,anak-anak ini akan mencari altenatif lain untuk meluahkan kekecewaannya seperti lari dari rumah,terjebak dengan gejala sosial dan pengambilan pil khayal atau dadah untuk melupakan masalah.Kebahagian keluarga terletak pada banyak faktor dan yang paling utama ialah beragama lalu pengabaian amalan agama membentuk keluarga yang resah,pincang, mudah bergelora dan kesan jangka masa panjang yang negatif kepada ledakan konflik keluarga.

            Konflik dari segi emosi yang wujud akibat tekanan atau kurang keupayaan mengawal emosi dalam diri insan menjadi watak utama kepada ketegangan dan keretakan hubungan kekeluargaan.Akibat Kurang keupayaan mengawal emosi juga menyebabkan seseorang individu itu sensetif,tidak pandai menguruskan masa,kurang kasih sayang dan tiada sikap tanggungjawab dan obses mengejar harta duniawai.Akibat pemikiran yang tidak rasional menyebabkan anak-anak,suami,isteri atau keluarga lain dipukul dan menjadi mangsa buas dan penderaan dan sekaligus menjadi faktor krisis dalam pembangunan keluarga hari ini.Selain itu,terdapat anak-anak yang terpaksa berpisah dengan adik-beradik yang lain kerana mengikut haluan ibu atau bapa yang bercerai yang mana hal ini akan menyebabkan emosi anak-anak menjadi sunyi,murung dan gelisah.Terdapat juga ibu bapa atau keluarga yang memberi hukuman melampau apabila anak-anak atau ahli keluarga lain melakukan kesalahan menyebabkan seluruh keluarga teutama anak-anak berasa tidak selamat dan rasa tidak disayangi serta lari dari rumah.Lazimnya, anak-anak yang kerap dihukum dan dimarahi akan menjadi seorang yang pendendam dan pemarah.Hal ini kerana rasa hormat dan rasa takut yang melampau kepada ibu atau bapa mereka yang sedang bermasalah.Rentetan itu,anak-anak atau ahli keluarga yang lain ini mengalami tekanan emosi yang teruk dan membawa kesan negatif dengan meluahkan perasaan melalui perbuatan dan sikap panas baran atau pemarah kepada orang lain dan penjadi pembuli kepada rakan sebaya yang lemah dan mudah ditindas.Selain itu,tekanan emosi ini juga boleh mewujudkan gejala vandalisme kepada kemudahan awam seperti menconteng papan tanda,dinding bangunan,merosakkan tong sampah awam dan sebagainya. Kemuculan sebarang konflik menyebabkan timbulnya pelbagai fenomena atau permasalahan kekeluargaan dalam sesebuah sistem keluarga.Perlu diingat keluarga merupakan nadi yang akan membentuk personaliti seseorang bermula dari kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku,sikap dan pemikiran seseorang ketika menjangkau  alam dewasa.Maka wajar lah ibu bapa dan keluarga sentiasa saling menyanyangi demi mencapai keluarga yang harmoni dan sehat sejahtera kearah  membentuk pembangunan insaniah.Komitmen yang padu dan jitu haruslah diimplikasikan oleh semua pihak samaada institusi keluarga,komuniti setempat,pertubuhan bukan kerajaan,swasta dan kerajaan dalam membenteras gejala-gejala negatif dalam negara ke arah menuju wawasan 2020.


STRATEGI MENGURANGKAN  KONFLIK KELUARGA         

            konflik berlaku apabila terdapat ahli-ahli keluarga yang tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara dalam kehidupan mereka.Suami berkonflik dengan isteri, ayah berkonflik dengan anak dan ibu juga berkonflik dengan anak malah anak-anak turut berkonflik sesama sendiri.Konflik berupa pergeseran dan pertentangan di antara dua pihak disebabkan perbezaan nilai,kehendak,pendirian dan perasaan dalam usaha memenuhi keperluan dan matlamat dan ianya fenomena biasa apabila wujud interaksi di antara dua pihak atau lebih manusia yang berlaku dari masa ke semasa. Dalam menangani dan mengelakakan masalah konfilk dalam keluarga,langkah-langkah utama yang sebaiknya dilakukan adalah mengimplementasikan strategi yang efektif melalui peranan ibu bapa dan peranan anak-anak serta peranan ahli keluarga dan peranan ahli keluarga yang lain seperti kedua orang tua,adik beradik,sepupu dan saudara mara.Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa adalah contoh tauladan dalam membentuk sahsiah dan jatidiri kepada anak-anak sepertimana kata peribahasa ‘Bagaimana acuan,begitulah kuihnya’ dimana sikap anak-anak didapati suka meniru apa sahaja yang dilakukan oleh orang tua mereka.Lantaran itu,ibu bapa perlu mewujudkan keluarga bahagia dan dengan membataskan pergaulan anak di luar,memberikan kasih sayang dan belaian yang sewajarnya kepada seluruh ahli keluarga seperti menatang minyak yang penuh.Selain itu,ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul dan meluangkan masa bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain.Ekoran daripada itu anak-anak atau ahli keluarga yang lain akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka dan dapat meluahkan isi hati ketika mengalami masalah pelajaran,kemusykilan,masalah,konflik dan sebagainya kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka.Selain itu,didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala gejala sosial,konflik,pergaduhan dan sebagainya di kalangan ahli keluarga.Menurutnya lagi,ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga yang lain dengan memberikan didikan agama seperti mengaji,solat dan lain-lain demi mengajar anak-anak dan ahli keluarga yang lain supaya dapat membezakan antara kaca dengan permata dan melahirkan insane yang mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidup.Ibu bapa seharusnya menunjukkan sikap yang baik untuk dicontohi anak-anak dimana mereka pastinya menjadi ‘Role Model’ kepada ahli seluruh ahli keluarga.

            Selain ibu bapa,setiap anak juga perlu memikul tanggungjawab untuk kebahagian institusi keluarga.Salah satu peranan yang prioriti anak untuk menjamin kebahagiaan keluarga adalah bersahsiah mulia dan berbudi bahasa dan mendukung tanggungjawab dalam meringankan beban keluarga dengan membantu kerja-kerja rumahtangga seperti menyapu,memasak,mengemas rumah,mencuci kereta dan sebaginya.Tingkah laku anak yang sopan dapat melegakan ibu bapa yang menghadapi pelbagai persaingan dalam kerjaya mereka.Hal ini selaras dengan peribahasa, “Yang merah itu saga,yang kurik itu kundi, yang baik itu bahasa, yang indah itu budi”.Lantaran itu,anak yang kecil juga perlu dicelikkan peranan mereka dengan mengubah sikap mereka untuk menjayakan program rumahku, syurgaku.Anak-anak perlu sentiasa bertutur dengan lemah lembut,sopan dan berhemah tinggi melayani ibu bapa mereka dan tidak bertengkar di kalangan adik-beradik atau kaum keluarga yag lain sehingga merisaukan orang tua kita.Budaya salam orang tua juga perlu dipraktikan dalam sistem kekeluargaan dan golongan anak-anak harus meminta kebenaran sebelum membuat sesuatu keputusan kepada kedua orang tua atau yang lebih berumur daripada mereka.Kata-kata hikmat harus sentiasa tertanam dalam bibir anak,seperti “Terima kasih”, “Maafkan saya”,“Bolehkah saya”,“Tolong” dan lain-lain lagi.Segala penat lelah ibu bapa akan reda ketika menghadapi anak mereka yang berperangai murni sekaligus mengelakkan konflik berlaku.Anak-anak itu sendiri perlu ada kesedaran dalam diri bagi menghadapi dunia yang penuh mencabar terutama dalam memilih rakan sebaya dimana mereka perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat sebelum melakukan sesuatu perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu bapa dan ahli keluarga lain bagi mengelak dari terjebak dalam masalah sosial bahkan mereka perlu melibatkan diri secara aktif dalam sukan atau kem motivasi yang dianjurkan oleh Jabatan kerajaan,pertubuhan bukan kerajaan dan swasta. 

Seterusnya adalah dari aspek peranan ahli keluarga lain seperti ibu bapa, kakak,abang,sepupu atau saudara mara bagi membantu menangani krisis dikalangan ahli keluarga. Dalam usaha membentuk sebuah keluarga bahagian setiap anggota keluarga tersebut perlu mengetahui peranan masing-masing dan apabila semua ahli keluarga memahami tugas dan tanggungjawab maka ianya memudahkan pentadbiran institusi kekeluargaan. Konflik adalah rencah hidup yang tidak dapat dielakkan dan akan terus wujud dalam keluarga. Bagi menghadapi konflik keluarga, sumber kepada konflik berkenaan harus dikaji dan diteliti supaya strategi yang diguna pakai dapat mengurangkan konflik tersebut,Menurutnya lagi melibatkan orang tengah atau mediator dapat membantu mengurangkan dan menguruskan konflik dalam keluarga dengan berkesan dimana contohnya kes pergelutan rumah tangga melibatkan penjagaan ibu bapa yang telah uzur yang mana suami atau isteri lebih rela menghantar orang tua mereka ke pusat penjagaan atau mengupah orang untuk menjaga,namun sekiranya adanya orang tengah atau saudara mara dapat membantu menasihati atau memberi pandangan dalam hak penjagaan kedua orang tua tersebut.Ahli keluarga lain juga boleh memberi pandangan kepada keluarga untuk mengikuti sesi kaunseling bagi membantu mengurangkan konflik atau permasalahan yang berlaku dalam sesebuah institusi keluarga.Khidmat nasihat juga merupakan mekanisme terbaik dalam menangani konflik dikalangan ahli kelurga.Dalam usaha mengurangkan konflik,khidmat orang pakar dan mahir seperti kaunselor atau ahli psikologi amatlah diperlukan bagi memberi panduan dan cara-cara mengatasi sebarang bentuk konflik dalam sesebuah keluarga daripada pelbagai krisis seperti isu pengagihan harta,perebutan anak-anak dan sebagainya.Setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing untuk menjamin kebahagian keluarga.Setiap ahli keluarga perlu meluangkan masa bersama seperti melaksanakan aktiviti yang membawa kepada keakraban dan mengeratkan silaturrahim seperti gotong royong dan beriadah dalam usaha mengelakkan konflik dikalangan ahli keluarga.

Tuntasnya,setiap kumpulan masyarakat mempunyai cara komunikasi yang berbeza berdasarkan tatacara dan budaya kehidupan seharian. Lantaran itu akan wujud salah faham dan salah tafsir yang akan menghadirkan konflik dan ianya merupakan lumrah kehidupan dunia sejagat.Semua pihak perlu menghormati diantara satu dengan yang lain semasa berkomunikasi bagi mengelakkan sebarang krisis atau permasalahan berlaku.Segala strategi di atas tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya tidak mendapat kerjasama semua ahli dalam sebuah intitusi kekeluargaan.Konflik tidak seharusnya difikirkan kearah yang perkara-perkara yang negatif dan membawa kepada malapetaka sahaja.Konflik juga akan membawa kepada perkara-perkara yang bermanfaat sekiranya emosi positif di tanam dalam diri setiap individu dan ianya akan memimpin hubungan yang lebih erat dikalangan ahli keluarga dan juga masyarakat setempat kearah usaha mewujudkan institusi keluarga yang utuh sepertimana kata pepatah ‘Bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat’. Kita perlu memahami bahawa setiap ras masyarakat memiliki komposisi komunikasi dan had umur yang berlainan serta cara penyampian perkongsian yang berbeza.Maka wajar bagi semua pihak memainkan peranan mendengar dengan baik,memberi perhatian dan meletakkan kepercayaan diantara satu dengan yang lain kearah melestarikan budaya masyarakat madani dan memiliki entiti yang maju dari segi ilmu,personaliti dan ketrampilan demi menjaga imej dan nama baik negara Malaysia kepada dunia global.

            Berdasarkan hasil perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa institusi kekeluargaan perlu ditadbir dan di urus dengan baik kerana keluarga yang mantap dan stabil dapat menyumbang kepada keharmonian sejagat.Negara juga akan mendapat sanjungan dan pujian terbentuk daripada masyarakatnya yang hidup dalam aman dan damai,saling bergantung dan saling memerlukan dalam pelbagai medium.Seseorang individu seharusnya memiliki sifat yang terpuji dan jujur kepada diri sendiri.Penyebaran pelbagai idea daripada pelbagai medium seperti daripada media sosial,internet dan sebagainya perlu dititikberatkan dan tidak sewenang-wenangnya dan perlu ditapis untuk dalam usaha menyampaikan maklumat yang betul dan sahih serta tidak mendatangkan kemusnahan dan ketakutan kepada amnya dan kepada negara khasnya.Mayarakat juga perlu memainkan peranan mereka dimana sekiranya mereka melihat atau mendengar terdapat salah faham atau pergaduhan dalam sesebuah institusi rumah tangga,mereka hendaklah memaklumkan kepada pihak yang berwajib seperti Pejabat Pembangunan Wanita,Polis dan sebagainya bagi meberikan peluang dan ruang kepada rumah tangga yang bermasalah tersebut mendapat khidmat nasihat daripada orang tang sepatutnya.Peranan swasta juga diperlukan dalam pembangunan masyarakat hari ini dengan menyediakan pelbagai kaedah seperti memberikan buku-buku,risalah berkaitan atau khidmat bimbingan kaunseling kepada masyarakat samaada berbayar atau mengenakan harga pembelian yang murah supaya semua pihak dapat memiliki dan dijadikan panduan dalam hidup berkeluarga.Pihak kerajaan juga disarankan agar menyediakan sumber prasarana kemudahan awam,tempat atau persekitaran yang bersih kearah mewujudkan komunikasi yang ekeftif terutama semasa keluarga beriadah atau bersukan dan ianya sekaligus melahirkan kepercayaan dan keselamatan yang terjamin kepada semua pihak dan semua peringkat tanpa mengira kaum,bangsa dan agama.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pembangunan kerjaya dalam organisasi

Bagaimana berlaku pembangunan kerjaya dalam organisasi?      T erdapat tiga faktor utama berlakunya pembangunan kerjaya yang mana ianya me...