Sabtu, 20 Julai 2019

KEPERLUAN LATIHAN DALAM ORGANISASI


KEPERLUAN LATIHAN SYARIKAT PILIHAN

Nama Samsung berasal dari perkataan Korea Hanja yang bermaksud tristar atau three star iaitu tiga bintang. Perkataan three itu membawa maksud sesuatu yang besar dan berkuasa dan star membawa maksud berkekalan. Syarikat Samsung Electronics diasaskan pada tahun 1969 bertempat di Daegu,Korea Selatan dan ianya merupakan salah satu anak syarikat yang dikenali sebagai ‘Samsung Gruop’ yang beribu pejabat di Samsung Town, Seoul Korea Selatan. Syarikat ’Samsung Group’ telah ditubuhkan oleh Lee Byung Chull pada 1 Mac 1938 di Suwon Korea Selatan dan setelah Lee Byung Chull meninggal dunia,syarikat ini kemudian diambil alih oleh Lee Kun Hee dan memecahkan Samsung kepada empat kumpulan perniagaan iaitu Samsung Group, Shinsegae Group,CJ Group dan Hansol Group. Samsung Group telah menceburi industri elektronik dan menjelang pertengahan tahun 1970 mereka telah menceburi industri perkapalan dan pembinaan dan dikenali dengan nama Samsung Elektonics Co. Ltd

            Syarikat ini telah beroperasi di lima puluh lapan (58) buah negara dan mempunyai lebih daripada 208,000 orang pekerja dibawah seliaanya dengan operasinya lebih terarah kepada lima bidang perniagaan iaitu media digital,teknologi digital dan peralatan rumah, telekomunikasi serta semikonduktor. Syarikat Samsung Elektronik bermula sebagai sebuah organisasi yang bersandarkan eksport pada tahun 1938 dan kemudian menceburi industri elektronik seterusnya pada pertengahan tahun 1970, mereka telah menceburi industri perkapalan dan pembinaan dan kini ia juga sedang mendahalui pesaingnya dalam penghasilan komponen elektronik seperti Sony dan Panasonic.Dari tahun 1958 dan seterusnya Samsung mulai melebarkan sayapnya ke industri lain seperti kewangan, media, bahan kimia dan pembuatan kapal sepanjang tahun 1970-an.

            Samsung Group mulai masuk ke dalam industri elektronik. Untuk memastikan pertumbuhan syarikat berkembang dengan pesat, Samsung membahagi tugas kerja dalam bentuk divisyen-divisyen elektronik, di antaranyaSamsung Electronics Co Devices, Samsung Electro-Mechanical Co, Samsung Corning Co, dan Samsung Semiconductor & Telecommunications Co, dan membuat fasiliti di Suwon.Pada tahun 1980, syarikat yang diakuisisi oleh Hanguk Tongsin Jeonja di Gumi, mulai membuat peranti telekomunikasi. Produk awalnya adalah switchboards. Bermula dari produk ini, Samsung mulai menghasilkan telefon dan mesin faks dan akhirnya menjadi Samsung’s mobile phone manufacturing. Daripada kilang inilah, Samsung telah menghasilkan hampir satu billion telefon bimbit sehinggalah hari ini.

rahsia+samsung_billyinfo5

            Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, Samsung Electronics berinvestasi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pelaburan dalam R&D ini sangat penting untuk mendorong syarikat itu ke garis depan dalam industri elektronik global.
Pada tahun 1980-an Samsung adalah syarikat penghasil, pengedar, dan menjual pelbagai jenis peralatan dan produk elektronik di seluruh dunia. Pada tahun 1982, Samsung membangunkan sebuah kilang untuk menghasilkan televisyen di Portugal. P
ada tahun 2003 dan tersenarai sebagai salah satu diantara sepuluh (10) pengeluar produk elektronik di dunia,ianya telah meletakkan nama syarikat dikenali  ini di peringkat antabangsa. Terdapat empat teknik latihan dalam meningkatkan kualiti tenaga kerja yang digunakan oleh Syarikat Samsung Elektronik dalam memacu pelaksanaan program-program latihan dalam syarikat ini adalah melalui aspek analisa iaitu:-
i.          Analisis Keperluan
            Kaedah pendekatan yang boleh digunakan untuk menentukan keperluan latihan ialah dengan analisis keperluan. Analisis ini bertujuan untuk menentukan keadaan sebenar dan membandingkannya dengan keadaan yang dikehendaki. Sekiranya prestasi kerja yang sebenar kurang daripada prestasi kerja yang dikehendaki dan keadaan ini dapat diperbetulkan melalui latihan iaitu melalui perubahan dari segi pengetahuan, kemahiran, atau sikap pekerja, maka di sini program latihan diperlukan.Kekurangan kemahiran untuk mengurus juga memberi kesan kepada prestasi pekerja sepertimana kesan pengenalan teknologi baru. Kebanyakkan pengurus kanan kurang mahir dalam mengendalikan kornputer, tetapi tidak dihebahkan kerana bimbang ia akan memberi kesan negative kepada organisasi. Setiap organisasi pasti akan berhadapan dengan masalah ini dan kerapkali bila ia timbul , ia akan didiagnosis sebagai pekerja yang mempunyai masalah sikap atau pekerja 'burnout'. Situasi seperti ini harus diperbaiki dan analisis keperluan yang tepat perlu dilakukan           
            Pembaikan prestasi boleh dicapai melalui pekerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkomitmen untuk menjadikan organisasi tempat kerja mereka berjaya dan maju. Kebanyakkan pekerja ingin menjalankan tugas sebaik mungkin. Tetapi oleh kerana mereka tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan akibat daripada teknologi yang sentiasa berubah dan proses operasi baru diperkenalkan, maka masalah sering timbul. Sesetengah pekerja mengalu-alukan inovasi dan cara baru melakukan sesuatu pekerjaan, namun tidak kurang juga yang membantah. Contohnya seorang pengurus A misalnya cekap dan mentadbir unitnya dengan berkesan sehingga sistem komputer diperkenalkan disyarikatnya. Beliau keberatan untuk mempelajari operasi sistem komputer seperti 'word processing', appl ikasi 'spreadsheet', 'automatic costing', dan sistem file berasaskan komputer.  
            Kekurangan kemahiran untuk mengurus juga memberi kesan kepada prestasi pekerja sepertimana kesan pengenalan teknologi baru. Kebanyakkan pengurus kanan kurang mahir dalam mengendalikan kornputer, tetapi tidak dihebahkan kerana bimbang ia akan memberi kesan negative kepada organisasi. Setiap organisasi pasti akan berhadapan dengan masalah ini dan kerapkali bila ia timbul , ia akan didiagnosis sebagai pekerja yang mempunyai masalah sikap atau pekerja 'burnout'. Situasi seperti ini harus diperbaiki dan analisis keperluan yang tepat perlu dilakukan melalui latihan yang dinamik, distrukturkan mengikut keperluan adalah suatu mandat untuk memenuhi tuntutan yang sentiasa berubah akibat saingan global.
ii.         Analisis Organisasi
            Tujuan utama analisis organisasi adalah untuk menentukan bahagian dalaman organisasi yang memerlukan latihan dan strategi organisasi. Lazimnya setiap bahagian organisasi mempunyai keperluan latihan yang tersendiri. Analisis ini melibatkan penelitian terhadap matlamat organisasi, sumber organisasi, budaya organisasi dan hubungan organisasi dengan alam persekitaran luaran. Sebelum menentukan bahagian yang memerlukan latihan ataupun bahagian yang dikenalpasti lemah, objektif-objektif organisasi perlulah diketahui. Program latihan yang bercanggah dengan objektif dan dasar organisasi tidak akan berjaya. Oleh itu, objektif latihan haruslah selaras dengan objektif organisasi. (Linda,2012) Dalam organisasi kaedah analisis persekitaran luaran dan iklim dalaman organisasi juga adalah amat penting. Pihak organisasi juga perlu mengambil kira faktor-faktor yang akan mempengaruhi kehendak latihan. Contohnya pertukaran staff atau pekerja sekiranya bilangan pengrekrutan adalah besar, maka besarlah kehendak latihan dalam kemahiran bekerja dan latihan pengenalan.
            Perubahan dalam sistem  teknologi dan proses baru memerlukan staf yang terlatih dalam penggunaannya, banyak sistem yang gagal bukan kerana masalah teknikal, tetapi tiada latihan yang disediakan untuk pekerja menggunakan teknologi.Perubahan dalam kerja- kerja akan berubah mengikut masa, terutamanya perubahan dalam organisasi, maka pekerja perlu dilatih untuk menerima perubahan.Perubahan dalam perundangan- perubahan dalam perundangan atau peraturan kerajaan bermakna berlakunya perubahan baru dalam sistem dan pendekatan yang digunakan sebelum ini. Pembangunan ekonomi- syarikat begitu prihatin dalam pengurangan kos dan peningkatan produktiviti dimana ia memerlukan pekerja yang terlatih yang mana mempunyai pelbagai kemahiran supaya mereka dapat digunakan dengan fleksibal dan sepenuhnya.Syarikat Samsung membekalkan pekerja-pekerja mereka dengan latihan dan bengkel-bengkel yang sesuai agar mereka mendapat pengalaman dan kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan tugas dengan lebih efisien.
            Tekanan pasaran keperluan untuk bertahan dalam pasaran, bermakna organisasi perlu memastikan pekerja mengetahui teknologi terkini dan mempunyai kemahiran untuk pembaharuan.Polisi sosial- penswastaan, bermaksud, pihak pekerja awam perlu mempelajari kemahiran yang komersil.Aspirasi pekerja- keperluan untuk mengekalkan pekerja dengan menawarkan latihan dan pembangunan.Perubahan perlaksanaan- di mana terdapat perubahan yang significant di dalam bahagian-bahagian yang tertentu dalam organisasi.Keseimbangan peluang- pihak organisasi perlu menganjurkan program latihan bagi memastikan sesebuah kumpulan yang lemah seperti etnik minoriti, wanita tidak diabaikan terutama sekali apabila berkaitan dengan peluang kenaikan pangkat.
iii.        Analisis Tugas
            Analisis tugas mensyaratkan pemeriksaan teliti kerja yang hendak dilakukan sesudah latihan. Ia melibatkan pengumpulan maklumat secara bersistem yang menghuraikan dengan tepat bagaimana kerja dilakukan supaya piawai prestasi untuk pekerjaan tersebut dapat ditentukan bahkan pekerja juga tahu bagaimana tugas hendak dilaksanakan untuk menepati piawai itu. Pengetahuan kemahiran, kemampuan dan ciri-ciri lain yang perlu untuk prestasi tugas yang dijalankan. Malahan jenis peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan serta tempat yang paling sesuai perlu untuk mempelajari pekerja sesuatu tugas contohnya mewujudkan corak kerja kondusif memberikan kelonggaran kepada organisasi dan pekerja supaya mereka dapat mempelajari kemahiran yang baru.
            Kemahiran dan kecekapan dimanifestasikan ke dalam tindakan, sarna ada prestasi sebenar berkaitan dengan pekerjaan atau aspek kehidupan yang lain. Ia memandu aktiviti dan menjurus kepada output yang jelas dan terbukti hasilnya. Pengetahuan dikongsi melalui komunikasi verbal atau bertulis. Bagi kemahiran dan kecekapan pula ia terdapat pada minda dan ia dapat dilihat melalui tindakan dan tugas-tugas yang telah diselesaikan.
            Jika sekiranya seseorang mempunyai kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja, bermakna ia berkeupayaan menjalankan tugas tersebut secara efisien dan berkesan. Adalah perlu untuk membezakan antara kemahiran fizikal (teknikal) dengan kemahiran mental. Latihan teknikal memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran fizikal. Contohnya bagaimana cara memandu kereta, melakukan operasi mesin, membuat perabut atau menjalankan kegiatan pertanian. Aktiviti ini berkaitan dengan pembangunan kemahiran fizikal walaupun dalam melaksanakan tugas tadi, masih menggunakan akal untuk berfikir. Sekiranya seseorang individu mempunyai kemampuan merancang projek atau membentuk alat untuk menjalankan survey, maka kamahiran ini boleh dirujuk sebagai kemahiran mental. Kebanyakan kemahiran pengurusan dan perancangan adalah kemahiran mental. Kemahiran mental melibatkan kebolehan untuk menganalisa situasi atau masalah, kemudian mengambil keputusan untuk bertindak. Proses ini memerlukan seseorang berfikir, mengambil keputusan dan bertindak untuk melaksanakan tugas atau aktiviti , Dalam program latihan, kemahiran dan kecekapan dikembangkan melalui latihan atau pengulangan sesuatu aktiviti supaya biasa melakukan kerja atau tugas.
iv.        Analisis Individu
            Analisis individu memberi tumpuan pada pekerja itu sendiri. Melalui analisa ini dapat ditentukan ahli-ahli organisasi yang memerlukan latihan dan jenis latihan yang diperlukan. Langkah pertama analisa ini ialah penilaian prestasi. Sekiranya hasil penilaian ini menunjukkan prestasi seseorang pekerja itu memuaskan, maka tindakan yang selanjutnya tidak diperlukan. Sebaliknya jikalau prestasi pekerja itu didapati lemah, maka satu diagnosis untuk menentukan kelemahan dan kelebihannya perlu dilakukan. Maklumat diagnosis ini boleh digunakan untuk menentukan kandungan latihan, iaitu jenis latihan kemahiran dan pengetahuan yang perlu diajar agar prestasi kerja pekerja dapat diperbaiki. Syarikat Samsung mempunyai staf yang ada kemahiran dengan pengalaman yang mana kepimpinan atau pengurusan telah mengupah dan merekrut pekerja atau staf dari pelbagai kaum untuk berkhidmat dengan syarikat. Latihan dan peluang untuk kenaikan pangkat juga menjadi amalan dalam Syarikat Samsung Elektronik
            Pada masa ini terdapat banyak kaedah latihan yang boleh digunakan dan setiap kaedah mempunyai kesannya yang tersendiri samada buruk dan baik. Apa yang menjadi perkara pokok adalah peranan organisasi dalam menimbang bentuk latihan yang perlu dan kaedah latihan yang dilaksanakan. Dengan perkataan sebelum sesuatu latihan itu di jalankan, pihak yang bertanggungjawab dalam organisasi tersebut mestilah terlebih dahulu mengenalpasti kaedah latihan agar keberkesanannya akan mencapai tahap yang paling maksima. Prestasi pekerja boleh dinilai berdasarkan berbagai-bagai ukuran. Salah satu daripadanya ialah ukuran tingkah laku. Penggunaan ukuran ini melibatkan pemerhatian terhadap tingkah laku kerja seseorang itu. Prestasi kerja juga boleh diukur berdasarkan ukuran ekonomi seperti jumlah unit yang dikeluarkan, jumlah jualan, produktiviti dan kadar kemalangan. Walau bagaimanapun, ukuran ekonomi lebih sesuai untuk menilai prestasi pekerja bawahan dan kurang sesuai untuk peringkat pengurusan. Akhir sekali, ujian kecekapan seperti ujian bertulis dan sampel kerja juga boleh digunakan untuk penilaian prestasi pekerja. Syarikat Samsung berpendapat sekiranya pekerja tidak mempunya motivasi, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan ianya akan menjejaskan perkhidmatan yang diberi pada pelanggan dan hasilnya jualan akan menurun. Maka syarikat ini mengunapakai kaedah latihan dalam kerjaya sebagai satu budaya untuk meningkatkan kualiti produk, perkhidmatan dan pembangunan pekerja. Dengan itu, para pekerja yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan Negara ini dilihat dapat berhubung, berkomunikasi dan berkerja bersama-sama untuk membangunkan syarikat Samsung Elektronik.

1 ulasan:

  1. Do you understand there is a 12 word sentence you can communicate to your partner... that will induce intense feelings of love and instinctual attraction to you deep inside his chest?

    Because hidden in these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's impulse to love, worship and protect you with his entire heart...

    =====> 12 Words Who Fuel A Man's Love Impulse

    This impulse is so built-in to a man's genetics that it will make him try better than ever before to make your relationship the best part of both of your lives.

    As a matter of fact, fueling this influential impulse is so mandatory to getting the best possible relationship with your man that the moment you send your man one of these "Secret Signals"...

    ...You'll instantly find him expose his mind and soul to you in such a way he never experienced before and he'll see you as the only woman in the world who has ever truly appealed to him.

    BalasPadam

Pembangunan kerjaya dalam organisasi

Bagaimana berlaku pembangunan kerjaya dalam organisasi?      T erdapat tiga faktor utama berlakunya pembangunan kerjaya yang mana ianya me...