Ahad, 30 Julai 2017

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH


KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH


Kemahiran berfikir ditakrifkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep,aplikasi,analisis,sintaksis dan menilai maklumat melalui penghasilan pengamatan dan pengalaman.Kemahiran berfikir merupakan landasan kepada kepercayaan dan keyakinan dalam sesuatu tindakan dan ianya didapati selari dengan apa yang diutarakan oleh pengasas sebuah badan pemikiran kritis yang dikenali sebagai The Center for Critical Thinking’ di Amerika Syarikat iaitu Dr.Richard Paul.Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir,cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.Menurut seorang tokoh pemikir bernama Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir dapat dikaitkan dengan pemikiran  lateral yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah,tetapi juga melihat perkara itu berdasarkan pelbagai perspektif bagi tujuan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

            Terdapat dua komponen utama dalam kemahiran berfikir iaitu merangkumi berfikir secara kritis dan berfikir secara kreatif.Kemahiran berfikir secara kritis menekankan kebolehan analitikal terutama bagaimana untuk meneliti hujah, menganalisis, mengkategorikan dan penakulan dalam mencapai sesuatu maklumat atau kesimpulan..Menurut Beyer (1985), pemikiran kritis ialah process of determining the authenticity,accuracy and worth of information or knowledge claim.Beliau juga menambah bahawa pemikiran kritis mempunyai dua dimensi utama iaitu kerangka minda dan beberapa operasi mental yang spesifik.Sementara itu,kemahiran secara kreatif pula dilihat sebagai kaedah pemikiran yang memfokuskan kepada penerokaan idea, penjanaan pengetahuan serta membangunkan pendapat yang akan membawa kepada penghuraian. Menurut Anne,2012 pula kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti

Kepenting kemahiran berfikir adalah dari aspek keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah dipelajari kepada situasi yang lain atau baru.Kemahiran berfikir penting dalam proses meninggikan keupayaan menangani masalah kerana melaluinya hal demikian individu dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan tindakan.Bahkan juga dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dgn lebih  produktif.Kemahiran berfikir dapat digunakan terutama dalam menganalisa sesuatu masalah dan isu untuk mendapatkan fakta yang spesifik contohnya bagaimana hendak bekerja dengan ketua yang sukar tanpa menjejaskan hubungan seperti menarik rambut rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak.Tujuan utama kemahiran berfikir dapat dilihat dari perspektif berikut:

a)      Membanding dan membeza

Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang  membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu.Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara dua tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan seperti  nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti segi tiga dan piramid, dua peristiwa dan sebagainya.Alat berfikir yang boleh digunakan ialah Pengurusan Grafik Membanding dan  Membeza.

b)     Membuat kategori

Kemahiran mengkategori ialah aktiviti minda yang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan mimilih maklumat serta meletakkan sesuatu perkara itu di bawah satu label ,tajuk dan sebagainya, anda sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda mengklasifikasi dan mengkategori.

c)      Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan

Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan.Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap  bahagian itu berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.


Penyelesaian Masalah Dan Tujuan

            Penyelesaian masalah didefinisikan sebagai satu proses yang kognitif yang mana pelbagai maklumat akan digunakan dalam usaha mencari jalan penyelesaian dalam mencapai sesuatu matlamat. Antara ahli pakar yang telah memperkenalkan pendekatan penyelesaian masalah adalah John Dewey (1910) dan Helen Harris Perlman (1957, yang mana menurut kedua-dua teori tersebut menjelaskan penyelesaian masalah sebagai satu bentuk kaedah pertolongan yang melibatkan proses-proses tertentu.Sementara itu,ahli pakar bernama Torrence (1973) telah mengtakrifkan penyelesaian masalah sebagai suatu proses dimana seseorang itu menjadi peka terhadap masalah dan ini menyebabkan individu tersebut mencuba untuk mencari jalan penyelesaian,mengubah andaian dan mengubah kehidupan.Konsep penyelesaian masalah termasuk dalam kompenan berfikir secara kritis dan kreatif.
            Kemahiran penyelesaian masalah diperlukan apabila wujud sesuatu rintangan dalam mencapai matlamat.Penyelesaian masalah merupakan keupayaan menggunakan minda untuk mencari idea dan langkah-langkah mengatasi kekurangan atau halangan yang ada untuk mencapai objektif yang dihasratkan.Menyelesaikan masalah dengan bijak adalah penting dalam kehidupan seharian kita kerana dapat memajukan lagi kehidupan kita dengan ciptaan dan rekaan teknologi yang lebih canggih dan menjadikan kehidupan kita lebih selesa dan selamat. Pengasas terkenal teori penyelesaian masalah telah mencipta Model Polya.Model ini merupakan satu model pengajaran yang terulung dan sering dijadikan sumber rujukan utama para penyelidik lain. Model penyelesaian masalah yang diutarakan oleh Polya (1957) ini berasaskan heuristik. Model ini telah merupakan satu model pengajaran yang terulung dan sering dijadikan sumber rujukan utama para penyelidik lain. Heuristik ialah sesuatu strategi atau teknik mental yan dilakukan tetapi tidak semestinya diakhiri dengan penyelesaian yang diingini. Dalam konsep ini maslaah dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil dengan mengambil kira faKtor-faktor gambaranmenyeluruh dan mengasingkan fakta penting berkaitan masalah yang bermula dari belakang di mana langkah yang akhir diberi perhatian dahulu dan kemudian berganjak ke langkah pertama untuk menyemak sama ada ia menepati matlamat.Model Polya ini mengandungi empat fasa iaitu memahami masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak masalah dan penyelesaiaannya semula

            Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu. Menyelesaikan sesuatu masalah boleh dijadikan sebagai cabaran kepada seseorang. Seseorang akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya terdesak untuk menanggani keadaan yang tidak menyenangkan. Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif,maka pilihan itu hendaklah dipertimbangkan semula ataupun ditolak. Kepentingan penyelesaian masalah dapat dilihat terutama dalam membantu mentor memberikan proses pertolongan dengan lebih tersusun,cekap dan berkesan.Manfaat atau kebaikan penyelesaian masalah adalah dari segi kerahsiaan mana-mana pihak yang bersengketa terjamin,membantu mengelakkan berlaku kelambatan yang diakibatkan oleh prosedur atau birokrasi dimana ianya dilaksanakan secara jujur dan amanah.Selain itu kaedah penyelesaian masalah juga dapat dilaksanakan secara rasional dan objektif dengan melihat sebab dan rintangan,mengamalkan proses penyelesaian masalah yang sistematik,membantu meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah.

Intihanya, negara Malaysia sedang menuju Wawasan 2020 dan berada dalam zaman ledakan teknologi dan maklumat.Dalam usaha mencapai negara maju,negara kita sedang berada dalam zaman persaingan ekonomi perindustrian yang hebat dan memerlukan persaingan daya fikir yang bersifat kritis,inovatif, imaginatif dan kreatif.Rakyat Malaysia perlu memiliki pemikiran yang berkualiti, logik, kreatif dan inovatif dalam mencapai transformasi impian Wawasan 2020 demi mencapai matlamat negara maju dengan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai kearah pembangunan sejagat.Dalam melahirkan insan minda pertama, setiap lapisan masyarakat yang bermula daripada kanak-kanak hingga peringkat warga tua perlu belajar dan berinteraksi bagaimana untuk terus memperoleh pengetahuan sepanjang hayat mereka.Masyarakat seharusnya dapat bersama-sama menggabung jalin ilmu yang berbeza serta mewujudkan dan memanfaatkan pengetahuan baharu melalui penggunaan teknologi hari.  Dengan menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting,termasuk pemikiran kritis, penaakulan, pemikiran kreatif dan inovasi teknologi berkompeten ianya mampu melatih minda dan mental dalam masyarakat Malaysia yang berdaya saing serta mahir dalam pelbagai bidang bahkan mampu membolehkan percambahan pemikiran serta mengeksplotasikan kemahiran berfikir berlaku dikalangan masyarakat tanpa mengira kaum dan keturunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pembangunan kerjaya dalam organisasi

Bagaimana berlaku pembangunan kerjaya dalam organisasi?      T erdapat tiga faktor utama berlakunya pembangunan kerjaya yang mana ianya me...