Komunikasi bermaksud memindahkan dan menyampaikan
mesej,idea,pemikiran, pengetahunan atau maklumat daripada satu pihak ke pihak
lain melalui pertuturan,perbuatan, tulisan atau lukisan yang melibatkan pihak
penghantar dan pada abad ke 21 ini masyarakat Malaysia telah berkomunikasi
dengan cara yang berbeza melalui empat generasi yang berbeza iaitu veteran,anak
merdeka,generasi X dan generasi Y.Perkataan Keluarga berasal daripada bahasa
Sanskrit iaitu kula dan warga "kulawarga" yang bererti
"ahli" dan "kelompok kerabat". Keluarga adalah persekitaran
di mana beberapa orang yang masih mempunyai hubungan darah, bersatu dan terdiri
dari ayah,ibu dan anak-anak. Keluarga dapat ditakrifkan sebagai satu kelompok
atau kumpulan manusia yang hidup bersama dalam satu kesatuan atau unit
masyarakat yang kecil yangmana biasanya ianya melibatkan hubungan darah,ikatan
perkawinan atau ikatan lainnya dan tinggal bersama dalam satu rumah yang
dipimpin oleh ketua keluarga dan makan dalam satu periuk.Keluarga merupakan
persekitaran pertama anak-anak sejak dilahirkan dan konteks komunikasi keluarga
seringkali menjadi isu utama kepada perbincangan berkaitan dengan berfungsinya
sesebuah keluarga sebagai satu entiti kepada masyarakat pasca globalisasi hari
ini.
Kepentingan komunikasi dapat dilihat
apabila ia merupakan penanda aras bagi seluruh interaksi antara manusia samaada
perseorangan,kelompok dan organisasi. Komunikasi berfungsi
sebagai satu kaedah dalam memujuk dan medium dalam keakraban hubungan keluarga
seperti adik beradik,ibu bapa,saudara mara,kakak,abang dan lain-lain. Pada
dasarnya manusia merupakan makhluk sosial yang tidak dapat hidup sendiri yang
memerlukan orang lain untuk memenuhi keperluannya terutama dari segi komunikasi
di mana ia akan berinteraksi, menyampaikan kehendak,perasaan dan gagasan atau idea
yang dimilikinya. Kehidupan manusia diwarnai dengan pergaulan atau komunikasi
di antara manusia dalam keluarga,lingkungan masyarakat,sekolah,tempat
kerja,organisasi sosial dan lains sebagainya untuk menyampaikan
kehendak,perasaan atau idea yang ada pada individu.Komunikasi menjadi asas bagi
aliran maklumat kepada seluruh keluarga melalui pelbagai kaedah samaada melalui
keluarga,jiran atau teknologi.Komunikasi dijadikan sebagai kaedah dalam
perkongsian maklumat.Dalam konteks keluarga,komunikasi menjadi platform dalam
menyampaikan maklumat sebagai contoh dalam isteri yang sedang sakit akan
menyampaikan makumat dan berinteraksi dengan ahli keluarga lain seperti
anak-anak,kakak,ayah atau suami yang terdapat dalam sebuah sistem keluarga
itu,dengan ini komunikasi tersebut ia memberi maklumat dalam penjagaan
kesihatan mahupun kesejahteraan keluarga itu dan dapat disimpulkan ia membantu
dalam peringkat awal kesihatan seseorang individu mahupun sesebuah isntitusi
keluarga dan ianya memberi gambaran bahawa komunikasi yang baik dari pelbagai
sudut merupakan penanda arah dalam menjana keluarga bahagia dan hidup secara
aman damai tanpa sebarang perselisihan atau perdebatan.
Salah satu kepentingan komunikasi dalam
keluarga adalah mempengaruhi dan memberikan penyelesaian dalam membentuk
keharmonian sesebuah sistem keluarga.Hal ini dapat dilihat kerana keluarga
merupakan satu kesatuan yang mempunyai satu ikatan dan saling mempengaruhi
diantara satu sama lain.Komunikasi membina kehangatan,menambah semangat
kehidupan seseorang dan memberikan keceriaan dalam hidup sesama manusia.Sebagai
contohnya sesebuah keluarga yang berkomunikasi dengan positif bersandarkan
motivasi dan asuhan yang baik yangmana ianya memberikan semangat kepada
anak-anak atau remaja supaya tidak berputus asa dan tidak mundur dalam pelbagai
bidang yang diceburi.Kepentingan komunikasi juga dilihat dapat mengurangkan
tekanan kepada semua pihak dan ianya juga dapat mewujudkan komuniti baru dalam
sesbuah institusi keluarga dan masyarkat umumnya.Malahan kepentingan dari segi
pengaruh ini juga akan membantu remaja yang sedang melangkah kealam dewa untuk
tidak terjebak ke dunia sengsara berpandukan dorongan nasihat daripada ibu bapa
dan ahli keluarga yang lain seperti adik beradik,nenek dan lain-lain sebagai
arah hidup normal dan dipenuhi kasih sayang.sementelahan juga,komunikasi
dianggap sebagai jambatan menuju penyelesaian terhadap pelbagai permasalahan
yang muncul dalam diri,keluarga atau masyarakat.
Fungsi atau kepentingan komunikasi berikutnya adalah dari segi membentuk keperibadian yang mana komunikasi yang baik dan berkesan akan membentuk keperibadian anak atau ahli keluarga lain menjadi terbuka,fleksibel dan bersahabat. Komunikasi dalam keluarga juga membentu dari segi menghiburkan dalam kehidupan sesebuah keluarga. Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Manap 2015, ibu bapa yang memiliki ilmu atau pendidikan yang baik akan membentuk peribadi anak-anak atau ahli keluarga yang lain kerana kerana mereka diajar dan bentuk komunikasi juga berbeza mengikut peredaran zaman.Era ini kita dapat melihat pendidikan merupakan tugas keluarga yang utama iaitu dari segi memberikan didikan agama atau moral kepada anak-anak atau keluarga lain sebagai mempersiapkan dan mematangkan mereka menjadi anggota masyarakat yang berguna dan baik pada masa akan datang dan menjadi generasi penerus keturunan yang berjaya.Selain itu terbentuknya norma-norma positif juga terhasil daripada komunikasi yang dibina melalui sistem pembelajaran yang dihadapai seharian.Dari sudut ini juga,pastinya membawa kepada pembentukan negara bangsa kerana remaja atau belia hari ini akan menjadi akar penerus masa depan negara dapat dilihat belia atau remaja hari ini mempunyai tanggugjawab dan peranan untuk belajar bersunguh-sunguh demi menatapkan diri dari segi ilmu pengetahuan supaya dapat memberikan sumbangan kepada masa depan negara.
Kesimpulanya, kita perlu memahami bahawa
setiap ras masyarakat memiliki komposisi komunikasi dan had umur yang berlainan
serta cara penyampian perkongsian yang berbeza. Maka wajar bagi semua pihak
memainkan peranan mendengar dengan baik, memberi perhatian dan meletakkan
kepercayaan diantara satu dengan yang lain kearah melestarikan budaya
masyarakat madani dan memiliki entiti yang maju dari segi ilmu, personaliti dan
ketrampilan demi menjaga imej dan nama baik negara Malaysia kepada dunia
global.
Bagus la
BalasPadamtq
Padamtq
BalasPadamwelcome
Padam